Raikan Mereka, InshaAllah Mereka Akan Menceriakan Generasi Baru Kita
Amat terasa begitu pantasnya masa berlalu, sedangkan idea-idea menyedia dan menyiapkan bekalan menginstitusikan Taska untuk ummah masa depan masih berderet dan beratur dalam fikiran tunggu masa dan giliran untuk dimodulkan. Dua minggu berkampung di Perpustakaan Shah Alam terasa masih tidak mencukupi. Semangat untuk menyiapkan masih berapi-api seolah-olah esok tidak sempat lagi. Bertindaklah sama-sama ke arah menyahut seruan Rasulullah SAW yang bermaksud;
“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
Sesi perbincangan untuk memurnikan lagi modul pertama sudah selesai bersama team taska di Bangi. Hasil perbincangan itu keluar pula idea baru daripada minda 'pengusaha muda' agar sentiasa berusaha memenangi hati pendidik/ pengasuh baru sebagai pelaksana modul itu. Mereka juga punya perasaan perlu diraikan. Ibu rasa terhibur menerima idea pengusaha muda yang kreatif dan inovatif. Dalam musafir kita berpeluang mengenali mereka dan mereka dapat kenal hati budi kita. Insha Allah bila dah kenal baru akan wujud kepatuhan dan mereka akan ikut saranan modul dengan sebaik-baiknya.
Teringat kisah Saidina Umar amat berhati-hati dalam memilih pekerja..tidak semudah kita terima selepas interview..Kita akan kenal apabila berpeluang bermusafir dengan mereka.. "Good idea.. Sahibah!!..Alhamdulillah"
Ibu berazam dan sedang menyiapkan modul kepimpinan pendidik Taska dan juga proposal untuk membawa mereka ikuti kem Kepimpinan Pendidik/ Pengasuh Taska di Pulau Langkawi. Bincang dengan pemilik Indra Travel, kos menyewa tiga gerabak keretapi termasuk 'Conference Coach', menyewa penginapan dan dewan di hotel, makan minum, sewa ATV, sewa kereta, balik naik flight dsb mungkin akan membebankan mereka.
"Idea gila-gila" tapi yakinlah untuk maslahat ummah masa depan, semoga projek ini akan menjadi dengan izin Allah. Kami berdoa, mudah-mudahan ada banyak penaja yang bermurah hati untuk menyumbang ~ Allah akan bahagiakan kita kalau kita membahagiakan bakal-bakal pendidik Taska ini.."Ya Allah, aku tak mampu, hanya ENGKAU yang dapat permudahkan segala urusan ini".
Sampai saja di rumah dapat whats app "tepat tekaan akak.memang saya amat risau......"
Tapi apakan daya, sekadar berikan pandangan berbekalkan pengalaman serta doa untuknya.
Kadang-kadang merenung anak mata kanak-kanak yang ibu bapanya bermasalah, ibu boleh menangis, rasa nak jadi ibu mereka jika berpeluang. Kasihan anak-anak itu, jiwa mereka bersih diuji seawal usia..Semoga Allah beri peluang..Amin. Bersamalah kita memadu tenaga menyelamatkan akidah generasi pewaris kita agar tidak dirosakkan oleh kejahilan kita selaku pendidik mereka.
![]() |
Asuh kanak-kanak merasai bagaimana setiap makhluk bertasbih memuji Allah |
Ibu tertarik bahan yang besan whats app tentang 10 sebab Jepun Mencapai Kemajuan walaupun bukan negara Islam
1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah hingga darjah 6 dengan satu subjek bernama "JALAN KE ARAH AKHLAK". Kanak-kanak belajar adab dan cara berdepan dengan orang lain.
2. Tidak ada kegagalan / failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan kerana objektifnya ialah MENDIDIK dan menanam konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).
3. Jepun, walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah ke atas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan.
5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di 'disinfected'/ seterilkan. dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap hari selepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan makan dahulu makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatanmereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Kerja pembersihan di Jepun digelar sebagai "jurutera kesihatan" yang gajinya sebanyak 5K-8K USD sebulan tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Dilarang mengguna handphone di dalam keretapi, restoren dan tempat-tempat tertutup dan dinamakan status 'silent' di handphone sebagai 'akhlak/etika'
9. Jika makan di restoren, ambil sekadar yang perlu dan makan sehingga licin.
10. Kadar kelambatan keretapi adalah 7 saat sahaja dalam setahun kerana mereka adalah orang yang tahu menghargai nilai masa dan gemar kepada ketepatan saat dan minit
Dari media RFM
Bagaimana mereka wujudkan suasana 'Islami' ini jika tidak bukan di awal usia kanak-kanak?
Comments
Post a Comment