Posts

Showing posts from February, 2019

Tanpa Tarbiyah Imaniyah, segalanya sia-sia???

Image
Alhamdulillah, setakat ini Allah permudahkan dan satukan team kami untuk menjayakan  'Seminar Menyediakan Masa Hadapan Anak-Anak  menghadapi Cabaran Zaman' pada pertengahan bulan Mac nanti. Kali pertama  ibu rasa tidak  terdaya dan tidak  layak memberi ceramah kepada ibu bapa. Letih berfikir, cukuplah beri ibu tugas berfikir sebagai 'think thank' sahaja, bagaimana hendak perbaiki keadaan ummah dalam realiti yang sungguh mencbar sekarang. Kita amat perlukan tenaga  muda yang  faham Deen... Semoga ada nilainya keletihan ini di sisi Allah. Alhamdulillah  Allah  hantar  penceramah muda yang menghayati tarbiyah Islamiyah Harakiyah sejak  mereka di Matri lagi. Sudah teruji memang paling layak mewarisi kerja-kerja kami yang semakin uzur.  Program ini mesti dibuat memandangkan berlakunya kepincangan masyarakat bermula dari rumah. Ramai guru bersungut dan mengeluh, letih mentarbiyah anak-anak  kerana tidak ada kesinambungan tarbiyah di rumah. Guru membina, ibu bapa meruntu

Kefahaman Sebelum Keikhlasan

Image
Almarhum Dato' kaya  Bakti Ustaz Dahlan Bin Md.Zain pernah mengingatkan; " Jika tarbiyah berhenti, maka akan terbitlah banyak masalah dalaman, sedangkan kita  tidak berhajat kepada masalah yang banyak kerana kerja-kerja terlalu banyak berbanding masa yang sedikit"  Fokus  kita hanya kepada yang berhajat untuk memahami Islam yang kamil. syamil dan mutakammil. Mereka yang telah berpuas hati  dengan Islam secara tradisi dan juzi'e amat sukar  untuk kita  fahamkan kerana  pendengarannya  telah dipekakkan sendiri, penglihatan  telah dibutakan  sendiri sebelum kita adakan sebarang aktiviti perkongsian. 'silent no entry' disampaikan secara 'brain wave' menyebabkan  kami  tak boleh hendak berbuat apa-apa kepada mereka melainkan diam dan terus berdoa. Sebaik-baiknya  kita simbukkan diri melaksanakan  amanah Allah yang merupakan taklif Rabbani. Minimanya latih diri  kendalikan satu halaqah. Apabila kita ada amanah yang hendak dikendalikan, maka dengan s