Tanpa Tarbiyah Imaniyah, segalanya sia-sia???


Alhamdulillah, setakat ini Allah permudahkan dan satukan team kami untuk menjayakan  'Seminar Menyediakan Masa Hadapan Anak-Anak  menghadapi Cabaran Zaman' pada pertengahan bulan Mac nanti. Kali pertama  ibu rasa tidak  terdaya dan tidak  layak memberi ceramah kepada ibu bapa. Letih berfikir, cukuplah beri ibu tugas berfikir sebagai 'think thank' sahaja, bagaimana hendak perbaiki keadaan ummah dalam realiti yang sungguh mencbar sekarang. Kita amat perlukan tenaga  muda yang  faham Deen... Semoga ada nilainya keletihan ini di sisi Allah. Alhamdulillah  Allah  hantar  penceramah muda yang menghayati tarbiyah Islamiyah Harakiyah sejak  mereka di Matri lagi. Sudah teruji memang paling layak mewarisi kerja-kerja kami yang semakin uzur. 

Program ini mesti dibuat memandangkan berlakunya kepincangan masyarakat bermula dari rumah. Ramai guru bersungut dan mengeluh, letih mentarbiyah anak-anak  kerana tidak ada kesinambungan tarbiyah di rumah. Guru membina, ibu bapa meruntuhkan.... Ibu sudah rasai  ketika mengajar di KPM lebih 20 tahun. Sistem pendidikan mendukung  sistem jahiliyah,guru-guru  terjerat sama bertungkus lumus bekerja untuk menegakkan sistem 'benang basah'  yang memang sudah terbukti gagal memperbaiki ummah. Maksiat dan mungkar akbar berleluasa dan sukar dibendung. 

28-30 tahun lalu,  ibu bersyukur  mendapat pasangan yang sama-sama  faham tentang tarbiyah   Islamiyah Harakiyah. Allah permudah kami  didik anak walaupun anak kami hanya seorang namun kami berusaha  mengajak sekali anak-anak sahabat buat tamrin di rumah, berziarah, beriadhah dan berehlah bersama. Memang tarbawi, Alhamdulillah. Allah aturkan pada umur 48 tahun kami terpisah kerana  ada pasangan  yang sangat memerlukannya, yang boleh lahirkan anak lebih ramai dan ligat berniaga seperti yang dihajati. Tidak seperti  ibu banyak kekurangan dan tidak berminat dalam urusan business. 

 Alhamdulillah di hujung usia ini, 52 tahun, Allah kurniakan ibu jodoh yang  memiliki visi dan misi yang sama memudahkan kami bekerjasama di mana sahaja kami berada, walaupun belum berpeluang  ke tanah suci lagi seperti dahulu.Setiap detik masa yang terluang Allah izin sentiasa memikirkan apakah sumbangan  yang boleh kami  manfaatkan untuk ummah? Bila fikiran fikir jauh, yang dekat ibu anggap sudah 'settle'. Apabila  rumah tangga  tidak ada jerit pekik seperti neraka, ibu anggap semua  ahli dalam rumah itu adalah ahli syurga.   Ibu redha masih belum berpeluang ke tanah suci namun amat yakin suatu masa  nanti akan sampai jua impian dan cita-cita  besar ibu mendapat husnul khotimah  di sana. Aamiin.

Ibu tidak ralat ada hikmahnya  yang tersirat untuk kebaikan dakwah dan tarbiyah yang menjadi matlamat utama kami kini, biarpun  ramai  yang tak suka. Kerja perbaiki diri memang orang tidak kisah, tetapi urusan perbaiki ummah pasti banyak songel dan halangannya. Jika ada anak-anak 'mogok' tidak puas  hati kami asyik 'out station' mungkin kerana tidak faham visi dan misi kami.   Ibu positifkan mind set "itu qorin dia, sebenarnya dia soleh/ solehah'... Perangkap  jahiliyah sekitar kita  amat  kuat. Inilah cabaran zaman, tanpa  tarbiyah Imaniyah, ramai lagi  yang akan menjadi  mangsa  jahiliyah. Justeru itu pentingnya tarbiyah imaniyah kerana tanpanya amat bimbang  semua  kerja kita  akan menjadi bagai debu-debu yang berterbangan.


Pada 14 abad yang lalu Rasulullah SAW sudah berwasiat  mengenai anak ‘tidak ada pendirian (bagai lalang)’ yang mudah mengikut  arus jahiliyah (followers jahiliyah)

Dari ciri-ciri anak  dapat dikenalpasti  yang mana, mudah terbawa pengaruh  jailiyah, salah satunya adalah belum  berani  membuat sebarang keputusan  dan  selalu berkata  ‘tidaktahu’, ‘entah’ atau ‘terserah’ jika ditanya tujuan hidupnya

Mengapa berlaku keadaan sedemikian?  anak kita mengalami BLASTED. BLASTED adalah kesinambungan   dari perasaan bosan( Bored), kesepian  (Lonely), Marah (Angry), tertekan (Stress)  dan  keletihan (Tired)

1.      Bored

Rutin hidup  yang membosankan membuat anak jauh dari gembira, ditambah lagi ibu bapa  seringkali tidak mahu  memahami pendaman-pendaman (sampah-sampah emosi) yang  mengotorkan jiwaanak-anak.

Jalan keluar dari tekanan masalah  bosan;  mereka  mencari hiburan lain di luar rumah seperti games online, PS, untuk mengatasi kebosanan itu.

Kajian  barat membuktikan  anak yang kecanduan atau ketagih  pornografi bukan berarti anak yang jarang beribadah  tetapi  dilanda badai  kebosanan

2.      Lonely.


Anak seringkali merasakan kesepian kerana  tidak memiliki teman  berbual dan berbincang, orangtua terlalu pendiam. Hal ini yang membuat anak merasa sendiri dalam menghadapi masalahnya. Ciri-ciri anak  kesepian ini apabila cuba  dinasihati , nafasnya sudah teratur maka perlu pegang  telapak tangan , usap bahunya kemudian baharu minta izin untuk memberi nasihat.  Ana-anak seperti ini perlu  ditemani selalu, jangan sampai merekalebih selesa meluahkan kesepian di media sosial

Ciri-ciri anak kesepian ini  banyak tidur, suka bangun lambat dan berlama-lama di dalam tandas. Solusi terbaik untuk mengatasi anak seperti ini  dengan perbaiki lebih dulu jadual waktu  biologis anak dan jangan membiarkan anak memiliki  tandas peribadi. Biar dia berkongsi.

3.      Angry, dalam merespon anak akan melakukan dua hal: fight or flight, melawan atau kabur. Senikata lagu seperti berikut;
    " We used to love one another 
    Give to each other Lie under covers so, 
   Are you friend or foe..." 
    Ungkapan 'Friend or Foe' sendiri bermaksud  'Teman atau Musuh'. 
   Persoalan  'Are you friend or foe?' seperti  dalam  lirik lagu di atas  menanyakan apakah  kita  adalah teman atau musuh. Mengapa kata Foe lebih dipilih daripada kata enemy untuk ungkapan tersebut? Mungkin memang kerana persamaan huruf awal tersebut mungkin yang membuat 'Friend or Foe' lebih biasa digunakan sebagai ungkapan. Kata enemy lebih bermakna musuh yang serius seperti pada dialog-dialog yang ada dalam filem perang ala Hollywood. Fight of Flight Istilah 'Fight or Flight' sering dibaca pada beberapa buku motivasi. Terutama pada pembahasan tentang problem solving dan strategi menghadapi konflik. Fight artinya bertarung dan flight  artinya terbang. Namun ungkapan 'Fight of Flight' artinya 'Hadapi atau Hindari'. Saat seseorang menghadapi masalah, maka dia harus cepat berfikir untuk menghadapi masalah tersebut atau menghindarinya alias kabur saja. Kalau dalam Islam diajar segala  aib buat-buat tak nampak. Buat baik berpada-pada  nanti aib itu akan kabur dengan sendirinya. insha Allah.



  1. Stress, anak-anak seringkali ditolak diusir kerana dianggap menyibuk, tidak nyaman, merasa dianggap ‘low class’  Contohnya di masjid, bukannya mendapat galakan dan sapaan hangat tetapi dihalau, diusir dan dimarahi. hal ini membuat anak merasa jauh dari sifat rahmah . Mengapa  anak-anak suka main game?  penjaga warnet, PS, atau game online yang selalu ramah dengan anak-anak yang datang   ke tempatnya (buka laman web) .



Solusi

Untuk memperbaiki generasi sekarang, kita amat perlukan  contoh generasi terdahulu memperbaiki generasi yang ada di hadapan mata kita. Kembalilah ke madrasah Rasulullah SAW. Ikut jejak langkah baginda dan para sahabat.

Bagaimana cara memulakannya?

a.       Anak- anak perlu  mendapat pengasuhan yang lengkap dari ibu dan ayah yang faham Deen  serta peranan yang  seimbang dari keduanya.

b.      Manfaatkan habis-habisan dihujung  usia ini. Usahakan yang  terbaik  untuk menciptakan emotional bonding.  Di mana sahaja dalam dunia ketika ini : 'fatherless country' . Secara psikologi  peranan  pengasuhan ayah yang kurang akan mempengaruhi karakter di masa hadapan  anak.

c.       Dalam Al Quran  ada 17 dialog anak dengan orang tuanya. 14 dialog ayah-anak, 2 dialog ibu-anak, dan satu dialog guru-anak.

d.      proporsi dialog ayah-anak dalam al- Quran, menunjukkan pentingnya peranan  ayah dalam pengasuhan anak

e.       
   Imam Ibnul Qayyim berkata  " jika anda amati kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah ayah" (tuhfatul maufud bi ahkamil maulud)

f.       
     Ada istilah orangtua ( ibu bapa)  derhaka? ada, yakni orang tua  yang mengabaikan hak anaknya sejak  kecil

g.      
     Pola pengasuhan yang sempurna: ibu sebagai madrasah pertama dengan ayah sebagai guru besarnya. Fungsi guru besar : membuat visi misi dan membuat  rumah/sekolah sebagai ‘taman-taman syurga’


Sesi soal jawab

Q1: bagaimana mengubah karakter anak yang sudah terlanjur dewasa yang kurang mendapat didikan dan asuhan  ayahnya?

Jawapan : Walaupun sukar tetapi tidak mustahil. Boleh dilakukan dengan banyak istighfar, mohon pertolongan Allah dan  memperbanyak interaksi kegiatan yang bersifat maskulin seperti ketenteraan, bela diri (silat, tekwando ,bola sepak dsb)

Q2: Bagaimana peranan abang atau  kakak dalam keluarga?

Jawapan: Perlu banyak bersabar, menjadi ‘teman’ yang menyenangkan. Jangan sampai kita lebih bersabar dengan teman/adik orang lain  berbanding dengan adik kita sendiri

Q3: Bagaimana membuat anak patuh tanpa menakutkannya?

Jawapan:  Kuncinya adalah TOGETHERNESS, biasakan melibatkan anak dalam keputusan-keputusan. Contoh : jika ingin beli lauk, anak ditanya, teringin makan apa? Ibu nak beli kereta, Tanya anak jenis dan warna apa yang disukai?

Q4: bagaimana hendak hilangkan  rasa tak enak dalam jiwa terhadap anak (rasa benci, geram,marah, sakit  hati dsb)

Jawapan : Rawatan jangkapendek : Banyak main ‘brain wave’

Sebut ulang-ulang  anak aku baik, anak aku baik ( lebih 100 kali)  

Lisan  yang baik akan merawat  hati  yang sakit  berubah jadi gelombang otak sampai ke otak anak. Insha Allah. Perkataan yang diulang-ulang itu  menjadi doa yang Allah cepat makbulkan , khususnya dari ayah ibu kepada anak-anaknya.
 

Urusan qalbu ini adalah urusan Allah. Manusia  memang tidak boleh  hendak menyatukannya. Namun urusan penyatuan itu perlu diusahakan semaksimanya, khususnya  berdoa kepada Allah  dan cuba hubungkan silaturahim  mana  yang mampu dan terdaya. IMAN   DAN UKHUWWAH  perlu seiring dan sejalan di mana sahaj kita berada , setiap detik, ketika dan di mana sahaja kita berada.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil