Melaka Bandar Bersejarah

Alhamdulillahir Robbil Alamin, Ibu amat bersyukur ke hadrat Allah SWT  kerana mendapat peluang  menziarahi  abang kandung yang mengalami demam sampai menggiggil, denyut jantungnya laju sampai 180. Ditidurkan hampir 24jam ketika ditahan di ICU~ ketika itu hanya sekadar mendengar berita dari group whatsapp  family. Hampir sebulan ditahan di hsopital tetapi tidak boleh menjalani pembedahan buang hempedu kerana  organ lain turut bermasalah. Hati berkuman dan bernanah begitu juga paru-parunya.Dengar  agak serius. Apabila disedut keluar nanah dan kuman-kuman dari organ itu, barulah selera makannya bertambah baik. Badannya cengkung sebab tiada selera makan. 

Pengembaraan  cuti 10 hari sempena Tahun baru Cina bermula pada 3 hb Feb hari Ahad lepas Subuh. Petang Sabtu  ada mesyuarat  Biro Kaunseling dan Psikologi di rumah untuk  menjayakan  Program keibubapaan. Lega, semua tugas sudah diageh-agehkan dan dapatlah ibu tumpukan masa untuk menulis dan terus menulis  agenda yang telah lama diamanahkan tetapi belum siap. Nak menulis memang sesuai waktu mengembara, tak perlu ingat nak ke dapur atau urus rumah tangga yang cepat  meletihkan. 3 Febuari meraikan jemputan khenduri sahabat di Bandar Baharu Penang dan kami bermalam di Parit  Buntar. Esoknya  ke Guest House yang comel sebelum ke khenduri  walimah perdana  melibatkan 4 keluarga menguruskannya. Jimat masa dan belanja. Guest House itu  memberi inspirasi kepada anak menantu ibu memanfaatkan rumah di Batu Pahat  selepas berhijrah ke Melaka kelak.

Syukur Allah aturkan sebaik sahaja sampai Bangi 5 Feb, kak ngah ambil di hotel dan ziarah abang di Shah alam yang akan dioperasi buang hempedu pada  hari khamis, 7 Febuari. Puas hati dapat dengar dan lihat sendiri  perkembangan kesihatannya. Sebelum balik, sempat berbisik  ke telinga kakak  ipar "terima kasih jaga abang saya sebaik ini, Allah sayang kamu semua"


Sudah lama impian ibu hendak  ber'family day' di Melaka, hanya lintaskan sahaja  dalam benak dan fikiran. Allah Maha  Mengetahui dan Maha Mendengar segala  bisikan hati, tanpa mendesak sesiapa, semuanya tersusun rapi, dua malam kami D Village dapat bersama  besan, anak menantu dan cucu-cucu. Lain kali  jika hendak buat family day, lintaskan sahaja di hati, minta, mengadu dan rayu pada Allah. Tak perlu tanya sesiapa sebab bila tanya  tidak menjadi dan banyak alasan-alasannya. Alhamdulillah, keadaan di Melaka, tidaklah sesibuk yang dijangka.  Mungkin ibu sampai hari Selasa, ramai dah balik. Syukur, besan di Batu Pahat macam faham-faham sahaja, masak lauk kampung yang lazat dan kami makan bersama  di Melaka. Dapatlah berjumpa anak menantu dan cucu, penghibur buat suami, tidak kesepian. Rabu-Khamis, memang  hari bekerja. Anak ibupun bekerja. Ibu teman menantu survey sekolah  anak-anaknya dan rumah sewa yang sesuai. 

Entah kenapa terlintas, mudah-mudahan dapat  rumah di atas tanah bekas tapak Istana  zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum tahun 1511. Dalam lubuk  hati  ini sarat dengan  rindu untuk menulis  zaman kegemilangan Islam  di Melaka  agar  menjadi bahan rujukan  cucu-cucu kelak. Sempat ibu bercerita sejarah zaman kegemilangan  Melaka, sebagai pusat ilmu Islam di Nusantara di mana istana menjadi pusat atau institusi  pengajian tinggi  di zaman lampau. Fakta ini membuktikan  keturunan raja-raja dahulu adalah pencinta ilmu dan Islam bangkit di zaman  Sultan Mansor Shah hingga  zaman Sultan Alaudin Riayat Syah (di bawah pentadbiran Tun Perak) Kedatangan Puteri Hang Li Poh memberi kesan  wujudnya masyarakat  Baba dan Nyonya  di Melaka. Cucu-cucu amat tertarik mendengar legenda  Hang Tuah bersama  5 sahabat karibnya. Suamipun turut  bercerita tentang Hang Jebat. Sukanya  mereka , cucu lelaki memang suka dengar  kisah kepahlawanan tokoh-tokoh Islam masa lalu. 
Ibu amat bahagia  anak ibu  berhijrah ke Melaka,  bagai orang mengantuk disorong-sorongkan bantal. Pucuk  dicita  ulam mendatang. Melaka, kami akan datang lagi menyiapkan novel remaja pula. Insha Allah

Garis masa hayat Hang Tuah

1431-1444 

- Tahun kelahiran sehingga berusia 13 tahun / zaman kanak-kanak
- Pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444)


1444-1459

- Berusia 13 tahun hingga 25 tahun / zaman remaja
- Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)

1459-1477

- Berusia 25 tahun hingga 46 tahun / zaman dewasa
- Pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477)

1477-1488

- Berusia 46 tahun hingga 57 tahun - zaman pertengahan
- Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)

1488-1511

- Berusia 57 tahun hingga 80 tahun - zaman tua
- Pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511)

Keris luk sembilan

- Ditemui di pekarangan Kuil Diraja Engakuji, Okinawa pada tahun 2002 tanpa hulu dan sarung.
- Hadiah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka kepada Kerajaan Ryukyu, yang tercatat dalam surat dibawa Hang Tuah.
- Bilah keris sepanjang 22.1 sentimeter (hampir sembilan inci).
- Dipercayai diperbuat daripada meteor kerana kajian saintis Jepun mendapati bilahnya tidak sepadan dengan mana-mana elemen di bumi.
- Dipercayai berukuran lebih satu kaki jika diukur dengan hulunya.
- Luk sembilan pada keris menandakan ia sebagai peralatan majlis rasmi, bukan untuk berjuang.
- Ahli sejarah dari University of The Ryukyus, percaya keris itu berasal daripada Melaka, berdasarkan hubungan diplomatik kedua-dua kerajaan yang terjalin pada abad ke-15.
Wallahu 'alam
sila  baca lagi di https://www.bharian.com.my/node/101137

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil