Posts

Showing posts from July, 2019

Kita Tiada Hak Melabel Negatif...

Image
Sebaik sahaja selesai kongsikan  tajuk 'psikologi remaja' ibu perasan  warden asrama puteri sedih duduk  di hujung belakang sekali... Tertanya-tanya adakah dia tersinggung? Bila ditanya jawabnya; "ana rasa bersalah...dah malukan seseorang di khalayak ramai..." Jika tersilap, tidak hina jikakita minta maaf, bahkan mangsa itu akan akui kesilapannya menyebabkan kita marah. Halaqah guru/asatizah Khamis lalu kami buat 'brainstorm' bagaimana  cara kita hendak menyantuni remaja bermasalah di dalam kelas. Banyak  aduan yang ibu  terima pelajar  tidak hormati guru, tidak masuk kelas,  sesuka hati keluar kelas tanpa minta izin,  dalam kelaspun asyik  tidur. Tidak menjawab soalan peperiksaan, hantar kertas kosong. Latihan tidak buat dengan alasan tiada pen, buku latihan hilang dan seumpamanya.  Di sekolah  harian  biasa lebih teruk lagi, murid  bergaduh dengan guru dan  tidak beradab (kurang  ajar)....Memang sedih mendengar berita ini  kerana  majoriti yang menjad

JOM Sama-Sama Kita SIAPKAN GENERASI KEBANGKITAN ISLAM ...

Image
Alhamdulillah, bersyukur kita  ke hadrat Allah  SWT  di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada  kita semua dalam meniti kehidupan yang semakin  mencabar dari masa ke masa. Duri-duri kehidupan semakin bertaburan menanti generasi muda kita, mampukah mereka meneruskan perjuangan sebagai sukarelawan jika hanya dihidangkan dunia tanpa dakwah dan tarbiyah sebagai bekalan???  Selawat dan salam ditujukan kepada  junjungan Rasulullah SAW, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para tabiut tabieen, ulamak-ulamak muktabar serta  jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Syukur ke hadrat Allah, kami dapat bermusafir mulai hari Khamis 18 Julai, sampai ke Pulau Pinang sebelum hadiri proses meminang seorang ibu tunggal anak lima untuk anak saudara  yang kematian isterinya awal tahun baru-baru ini. Ketika di JSW Inn, ibu mengimbau kembali kenangan lama semasa  belajar di USM  Minden sebelum berpindah ke UM Lembah Pantai pada tahun 1984-1985. B

Ibu Mithali, Ibu Sejati...

Image
Tajuk blog kali ini ibu tujukan khas kepada semua ahli keluarga  Almarhumah bonda  Hjh Selamah bte Salim, sempena lagu yang dinyanyikan oleh cucu-cucu (anak-anak Hjh Roslina & Hj Yusuf Ludin)  semasa family day suatu ketika dahulu.  Pagi Sabtu 6 Julai 2019, ibu mengedit blog bertajuk "Apakah Tanda Kita Sayang Allah?" berkongsi tentang kematian jiran di Tunjung Perlis dua hari selepas kematian assyahid Muhamad Mursi (presiden Mesir yang sebenarnya). Ketika  menaip itu asyik teringat dan tertanya-tanya apa khabar bonda di Muar. Agak sudah lama juga tidak berjumpa, kali terakhir jika tak silap bulan November 2018. Ketika  kami di Johor  29 Jun lalu, memang kesuntukan masa dan banyak destinasi yang perlu dikejar. Abang kandung sendiri pun tak sempat nak ziarah, lagipun kerana sedikit keuzuran hendak bergerak, suami tak boleh singgah banyak tempat.  Almarhumah  bonda Hjh Selamah Apabila teringat bonda, satu sahaja peluang yang ada, doakan yang terbaik untuknya,

Apakah Tanda Kita Sayang Allah?

Image
Pada hari Rabu, 19 Jun, kami dikejutkan  dengan berita kematian  jiran  kami  yang solehah, Kak Juma Bee Bte Ramzan (74), isteri  kepada almarhum cikgu  Yahya (meninggal dunia  di Jeddah). Almarhumah dihantar ke hospital pada hari Selasa malam Rabu kerana sesak nafas. Pada paginya dimaklumkan beliau muntah darah dan menghembuskan nafas terakhir jam 10.45 pagi. Ketika baru hendak memulakan halaqah dengan staff Matri, ukhti Khuzaimah memaklumkan "Mak cik Juma dah tidak ada..."  Terpaku  ibu seketika kerana malam sebelum itu baharu dimaklumkan beliau telah selesaikan masalah kewangan seorang ibu tunggal... Hakikatnya memang beliau sangat suka bersedekah. Ramai pelajar yang tidak mampu akan dibiayainya terus belajar di Matri. Hingga  hujung nyawa, masih istiqomah  meneruskan halaqah  untuk puteri-puteri  Matri.  Inilah contoh  murabbiyah  yang faham tujuan berkhidmat untuk  Deen (dakwah dan tarbiyah) hingga  akhir hayatnya. Semoga Allah ampuni  segala dosa-dosanya, All