Apakah Tanda Kita Sayang Allah?

Pada hari Rabu, 19 Jun, kami dikejutkan  dengan berita kematian  jiran  kami  yang solehah, Kak Juma Bee Bte Ramzan (74), isteri  kepada almarhum cikgu  Yahya (meninggal dunia  di Jeddah). Almarhumah dihantar ke hospital pada hari Selasa malam Rabu kerana sesak nafas. Pada paginya dimaklumkan beliau muntah darah dan menghembuskan nafas terakhir jam 10.45 pagi. Ketika baru hendak memulakan halaqah dengan staff Matri, ukhti Khuzaimah memaklumkan "Mak cik Juma dah tidak ada..." 

Terpaku  ibu seketika kerana malam sebelum itu baharu dimaklumkan beliau telah selesaikan masalah kewangan seorang ibu tunggal... Hakikatnya memang beliau sangat suka bersedekah. Ramai pelajar yang tidak mampu akan dibiayainya terus belajar di Matri. Hingga  hujung nyawa, masih istiqomah  meneruskan halaqah  untuk puteri-puteri  Matri.  Inilah contoh  murabbiyah  yang faham tujuan berkhidmat untuk  Deen (dakwah dan tarbiyah) hingga  akhir hayatnya. Semoga Allah ampuni  segala dosa-dosanya, Allah terima segala amal solehnya dan himpunkan rohnya bersama roh para anbia, syuhada, sidiqqin dan para solehin...Amiin. Menurut  anak didik yang memandi dan mengkafannkannya, jasad beliau kelihatan seperti tidur, istirehat selamanya... Masha Allah


Menyentuh soal kematian, mari bersama kita mengimbau kembali seerah Asabiqun Al Awwalun, para sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Mereka semua dididik  memiliki hadaf@hala tuju agar tidak berlaku inhiraf (tidak menyimpang) dari matlamat mengharapkan keredhaan Allah, bahkan merindui kematian. Setiap kali ada peperangan, mereka sudah ada niat untuk syahid. Mereka adalah tentera yang cinta  mati seperti mana cintanya musuh-musuh Islam berperang untuk hidup.  Dalam penjelasan UOHS dalam usrah gabungan  2 Julai 2019, dimurnikan lagi oleh CMAZ merujuk buku Syeikh Musthafa Mahsyur ( من  فقه الدعوه )  Ada  4 perkara  wajib yang  dalam menjaga ketulenan Harakah  Islamiyah    ( المحافضة  على الأصالة );

1. Ketulenan fahaman Islam ( أصالة  الفهم ) sila rujuk  buku  Usul Isyrin dimulai dengan memahami kesyumulan  Islam

2. Memelihara  hala tuju  (  المحافظة  على الءهداف  )
~ Redha Allah
~ Menegakkan Daulah

3. المحفظة  عليها  بالاهتمام  بالتربية  والجانب الروحى  Mengambil  berat  akan tarbiyah  dari aspek ruhi.
Bumi Allah ini adalah untuk dimakmurkan bermula dari roh, bukan akal. Inilah tugas generasi  Rabbani, wajib mengurusi dunia. Setiap Muslim  wajib mengurus semua  hal. Yang  mendorong Muslim mengurusi adalah kerana  Deen (Islam). Pergerakan Muslim dimulai dari qalbunya, tempat di mana turunnya wahyu, bukan di akal tetapi di qalbu, kemudian diikuti dengan lisan dan perbuatan. Iman itu adalah apa yang tertancap di hati  dan dibenarkan dengan amalan. Qalbu  adalah panglimanya yang mengerakkan segala amalan. (fokus  proses Takhliyah & Tahliyah)

4. Perlu  iltizam ( التزام) dengan yakin  akan jalan ini dan marhalah-marhalahnya walaupun mengambil masa yang panjang hingga tertegaknya Daulah Islamiyah. Ramai  yang ingin memetik buah sebelum tiba masanya. Mereka ingin cepat mendapat natijah sedangkan proses yang dilalui tidak ikut marhalah-marhalah  yang ditunjukki oleh Assabiqun Al Awwalun yang dibimbing  oleh Rasulullah SAW...
~ Zaman kegemilangan Islam hanya akan muncul kembali apabila  kita  benar-benar ikut manhaj atau sistem tarbiyah madrasah Rasulullah  sallallahu alaihi wassalam. Tidak mungkin Islam akan bangkit di atas tapak sekularisme dan pelbagai isme  ciptaan manusia.
Jom kita renungkan pengorbanan seorang  sahabat walaupun baru nikah, melalui malam pengantin dengan penuh rindu, namun belum sempat mandi junub,  apabila terdengar  panggilan  jihad terus  melompat ikut menyertai ekspedisi perang.  Beliau syahid ketika cuba membunuh Abu Sufian di dalam Perang Uhud. Takdir Allah mendahului impiannya yang ingin melihat  Islam gemilang di bumi ini, akhirnya beliau syahid di tangan Syaddad  bin Aswan yang berusaha menolong Abu Sufian.


Hanzhalah radhiallahu ‘anhu syahid dengan darah yang harum, meninggalkan pengajaran tentang pengorbanan seorang hamba kepada Allahu Subhanahu wa Ta’ala. Pengorbanannya meninggalkan isteri yang baru dinikahinya telah membangunkan jiwa kita yang yang sedang lena agar terpecut semangat sentiasa bersedia menyahut panggilan jihad. Kisahnya mengajar kita  bagaimana cara menunggang kenderaan  syahadah  (dakwah dan tarbiyah) dan membuang kenderaan-kenderaan khayalan (kerjaya mencari dunia~ pangkat, keluarga, harta dan takhta).

Sebaik sahaja selesai peperangan,Jasad  Hanzalah ditemui siap dimandikan. Para sahabat  amat hairan lalui menemui dan bertanya  Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda bersabda;

 “Aku melihat para malaikat memandikan Hanzhalah bin Abu Amir di antara langit dan bumi dengan embun di dalam bejana-bejana perak.

Kabilah Aus, amat  bangga dengan pengorbanan Hanzalah. Mereka berkata, “Di antara kami terdapat seseorang yang dimandikan malaikat, dialah Hanzhalah bin Abu Amir". 

Ini baru secebis kisah para sahabat  yang  cinta kematian. Kepada  ayah ibu dan para  pendidik, perbanyakkan lagi kisah-kisah  yang perlu dijadikan sumber  inspirasi kepada anak-anak  yang sedang membesar  agar  mereka  ada 'role - model' yang patut diikuti. 



Kematian As-Syahid  Muhammad  Mursi,  Presiden Mesir yang sebenarnya, seharusnya  sentiasa membekas di hati sanubari kita, betapa besarnya pengorbanan beliau sanggup menanggung kesakitan di dalam penjara demi Islam yang dicintai.Tugasnya mempertahankan hakikat tanggungjawab sebenarnya adalah sebagai pemimpin Mesir, membawa keluar rakyat Mesir dari memperhambakan sesama manusia kepada memperhambahakn diri hanya kepada Allah. Syahidnya Muhammad Mursi seolah-olah  mengulang kembali sejarah As Syahid  Hasan Al Bana  dibunuh kerana pemerintah Mesir ketika itu  amat takut dengan pengaruhnya yang berjaya mengubah masyarakat dunia agar mengenal pencipta-Nya dan mengabdikan diri hanya kepada Allah. Api Tauhid yang menyemarakkan jiwa orang yang beriman  inilah  yang amat ditakuti oleh para pendukung  dan penguasa sistem Sekular. Mereka (musuh-musuh Allah)  akan berbuat apa sahaja agar  Islam  sentiasa  di dalam kawalan mereka. 

 
Kini  isu itu  juga  sedang  melanda Indonesia. Sistem  politik yang dikatakan sebelah pihak sana sebagai 'curang' dan membelakangkan syariat  Allah sentiasa berusaha memadamkan hakikat kemenangan pasangan Prabowo-Sandi  dalam pemilihan Presiden pada  17 April 2019. Hingga  kini tidak selesai, kerana  Mahkamah Konstitusi yang mendakwa "hanya  takut kepada Allah" seolah-olah diperalatkan untuk  memenangkan pasangan Jokowi-Maaruf.  Kes  kecurangan ini  akan di bawa oleh pasangan Prabowo-Sandi  ke Mahkamah  International. Akan menangkah pasangan ini, jika jahiliyah masih masih berkuasa mencengkam Islam di merata dunia?


Seorang  demi seorang  yang Allah jemput  pulang kembali ke Rahmatullah. Siapakah yang bertanggunjawab untuk memikul amanah dakwah dan tarbiyah selepas  ini?

Jawapannya  adalah kita semua. Umat Islam perlu bersatu dengan menyemarakkan api akidah Tauhid dalam jiwa  masing-masing, mendidik  dan berbakti untuk membangunkan  'sebaik-baik  ummah'. 

Kerisauan ibu  adalah bagaimana persiapan kaum lelaki hari ini? Ramai isteri dan kaum ibu mengadu tidak cukup diberi nafkah atau tidak beri nafkah sama sekali. Usrah dan Halaqah tunggang langgang, sedangkan mereka tahu  bahawa  halaqah itu adalah batu-batu  awal  pembinaan daulah Islam. Diri sendiri  tidak menghayati islam yang tulen, bagaimana hendak membina keluarga dan ummah???  Mungkinkah dalam keadaan  para lelaki 'Muslim' lalai  dan leka mencintai  dunia, mampukan mereka  membawa  Islam hingga dapat  memerintah dunia???

Banyak  kali kaum ibu sudah tegur agar  mereka menyemarakkan  halaqah namun suara-suara itu bagai mencurah air  di daun keladi. Walaupun ada juga  yang  buat, tapi masih banyak di kalangan  pemuda masih dibuai  mimpi... Salah seorang pemuda (ada Dr falsafah) menemui  ibu dan bersembang  santai meluahkan kerisauannya melihat  pemuda-pemuda (guru-guru lelaki)  kehilangan  'syuur' kerana  lebih mementingkan business... "mai sekolah lambat, keluar masuk sekolah sesuka hati...Boleh  tutup sekolah  ini  jika depa  tak ada  rasa tanggung jawab hendak  berkorban demi islam...." 
Ego  seorang  lelaki begitulah...Tanpa  dakwah dan tarbiyah, nasihat menjadi musuh utamanya. Orang  yang menasihatinya akan dijauhi dan  dijadikan musuhnya. Inilah  yang  ibu fikirkan sekarang, kerana dunia (ada jawatan dan dikenali..) mereka sanggup menjauhi para syuyukh yang ikhlas mendidik mereka.  Inilah cabaran  yang dihadapi oleh para syuyukh.Tak ingat  matikah mereka  yang sudah merasai diri serba sempurna?  Moga Allah menggantikan mereka dengan pemuda  lain yang lebih ikhlas. Insha Allah... Firman  Allah  yang bermaksud.
"Hai orang-orang yang beriman, ..., maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya." (Al-Maidah: 54). 

Mutakhir  ini, dalam akhbar dan media sosial sering  kita dengar pasangan yang baharu kahwin bercerai. Bulan lepas ibu muda berkorban lepaskan 3 anaknya kepada bekas suami agar  dapat tebus talak dengan bayaran RM1, 000 daripada  bekas suaminya yang didakwa tidak solat... Mudah-mudahan jiwanya kini lapang dapat fokus perbaiki diri sendiri.  
Allah izin paling tidak menyangka, pagi tadi ibu dikunjungi oleh seorang  warga emas, berumur  hampir  60an diceraikan oleh suaminya  yang berusia  80an. Beliau sedang  murung dan sedih yang amat sangat serta mohon perkongsian  dari pengalaman ibu  sendiri  bagaimana  membina kekuatan berhadapan dengan isu perceraian. Sebelum berjumpa beliau whatsapp dahulu membuat  temu janji... 

Ibu berterus terang  dengannya bahawa yang membuat  ibu bahagia dan bersedia  menerima hakikat perceraian  adalah Dakwah  dan tarbiyah. Tanpa  dakwah dan tarbiyah ibu juga akan alami suasana  yang sama seperti kebanyakan wanita dalam masyarakat, apabila bercerai mengalami kemurungan. Demi  Allah dan Deen-Nya, ibu bangkit. Luruskan niat kita  bekerja 100% hanya untuk Islam. Alhamdulillah, Allah yang  beri kekuatan, ibu tidak rasa kehilangan walaupun sudah 28 tahun bahagia  dalam rumah tangga pertama bahkan Allah kurniakan keadaan dan tempat  hijrah yang lebih baik, bersama  berkhidmat secara sukarela di MATRI, SRATTI dan Taska  Ummu Salamah.

Penderitaan  ibu hanya seketika (tidak sampai sebulan), sekitar pertengahan tahun 2012, apabila  dihantui dengan rasa benci yang amat sangat ketika diganggu oleh sikap orang  yang  sudah diberi betis, bukan sahaja hendak peha, bahkan hendak semua. Cara hilangkan rasa benci itu adalah beri semua  apa yang dia mahu jika itu  membahagiakannya. Ibarat  orang sedang  main tarik tali, memang letih dan penat  jika kita terjerat ingin merebut  tali tersebut. Senang  cerita  lepaskan tali itu, (kami bercerai pada 3 Mei 2013) biar mereka terpelanting dengan dunianya. Selepas itu baru rasa lega, ibu dapat  rehat dan berdoa yang baik-baik (tak perlu fikirkan mereka lagi) dan fokus  buat kerja dakwah  dan tarbiyah.

Bagi wanita  yang mengalami 'stress' kerana suami memburuk-burukkan atau memfitnahnya, ibarat ini sangat penting, jangan bergantung  atau berharap kepada  makhluk (bekas suami), sebaliknya berharaplah hanya kepada Allah. Di sinilah kebahagiaan (saadah) menanti dengan hidayah dan taufik-Nya. Ibu berpesan kepadanya, lupakan dia sebab dia bukan suamimu lagi. Contohilah  wanita  di dalam Al-Qur'an, bagaimana reaksi  isteri  Firaun, dia bahagia  kerana bersama  Allah, bukan kerana  bersama Firaun yang zalim itu.  Ibu teringat  cerita  yang ibu kongsikan  dalam ceramah  "Mencontohi Wanita  di Dalam Al-Qur'an'  ketika  di Tangkak dan dalam halaqah-halaqah. Menceritakan persiapan isteri  Firaun rela mati daripada  mengadaikan Tauhidnya.  Kecintaannya  kepada  Allah dengan sesungguhnya  telah menimbulkan keberanian melawan Tuhan palsu iaitu  suaminya sendiri  yang mengaku sebagai  Tuhan.

رب  بن  لى  عندك  بيتا  في  الجنة

Maksudnya;

" Ya  Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah  istana  di sisi-MU  dalam Syurga..."


Berikut adalah  ringkasan  Halaqah   kami pada  hari Khamis, 4 Julai 2019; 

 Ulang2 aku sayang  Allah, peluk  al Quran  selalu,  nnt  Allah  hadirkan  rasa  rindu  dan  cinta  kpd -Nya

 Dlm  kubur nnt  Allah  akn dtgkan  2 malaikat  bertanya  kita,  bg  mrk  yg  cinta  Al Quran, al Quran yg  akn  tolong  jwb  soalan  malaikat  trsbt

Hadis  Rasulullah  saw : kamu  tak  akan  sesat selagi  berpegang  kpd  2 pkr  iaitu  Al Quran dan  sunnahku
 Syukuri  segala  nikmat  yg  kita dapat...
Khususnya Nikmat faham  Islam.
Nikmat  kesucian seorang  wanita

Alhamdulillah kehadiran
7 org. Tidak hadir: Shima  & Nadhira

 Pengisian  KH  rujuk Quran surah Al Hasyr:17-18


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.
 
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

 Bila  takut  dgn  Allah  sepatutnya  kita dapat makin  dekat  dengan  Nya

 Allah  awasi  sungguh 2 apa  yg  kamu  lakukan. Jgn  jadi  spt  org  yg  lupa  pada  Allah. Jika  lupa  Allah, kita lupa  pada  diri  sendiri.  Boleh  cuba  Ulang2  "ya  Allah jgn  bagi  aku  lupa  pada -Mu "
 
 Ada  doanya spt  yg  Rasulullah  ajar  Muaz  bin  Jabbal



 Hadirkan  niat  utk  sentiasa  ingat  Allah. Minta  Allah Minta hadirkan  rasa  (syuur ) utk  ingat  kpd -Nya

 Org  yg  lupa  pd  Allah adalah  orang  yang  Fasiq

Tanda  sayang  Allah adalah bersedia  nak  mati,  sentiasa  ingin balik  bertemu  dengan -Nya 

Biasakan  pakai  telekong  putih,  bisikkan  di  hati "Ya Allah mcm  ni  lah  nanti  aku  bertemu  dengan MU "

 Ambil  wudhu,  bersihkan  hidung,  doa
"Ya Allah, jadikan  setiap  nafasku  mengingati  Mu"
 Mati  jasad  shj  tp  roh  balik  kpd  NYA

Baca  mathurat. Asbahna....ya Allah, nyawaku  masih  lg  Kau  sambung... Dakwah  n  tarbiyah  kita lupa mmg  betul2 membantu  utk  jdi solehah Nk  balik  pd Allah jgn  bawa  beban  dosa Bawa  amal  soleh  sbg  teman  menemani  kita di solehah alam  barzakh Bila  dh  mati,  ada  yg  minta pd Allah utk  dihidupkan  kembali  agrr berpeluang  utk  bersedekah

Sharing : selalulah berbual ( monolog), cakap sorang 2 dgn Allah. Seolah-olah Allah ada di hadapan kita. (Ihsan)

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil