Kita Tiada Hak Melabel Negatif...

Sebaik sahaja selesai kongsikan  tajuk 'psikologi remaja' ibu perasan  warden asrama puteri sedih duduk  di hujung belakang sekali... Tertanya-tanya adakah dia tersinggung? Bila ditanya jawabnya;
"ana rasa bersalah...dah malukan seseorang di khalayak ramai..." Jika tersilap, tidak hina jikakita minta maaf, bahkan mangsa itu akan akui kesilapannya menyebabkan kita marah.

Halaqah guru/asatizah Khamis lalu kami buat 'brainstorm' bagaimana  cara kita hendak menyantuni remaja bermasalah di dalam kelas. Banyak  aduan yang ibu  terima pelajar  tidak hormati guru, tidak masuk kelas,  sesuka hati keluar kelas tanpa minta izin,  dalam kelaspun asyik  tidur. Tidak menjawab soalan peperiksaan, hantar kertas kosong. Latihan tidak buat dengan alasan tiada pen, buku latihan hilang dan seumpamanya.  Di sekolah  harian  biasa lebih teruk lagi, murid  bergaduh dengan guru dan  tidak beradab (kurang  ajar)....Memang sedih mendengar berita ini  kerana  majoriti yang menjadi mangsa  adalah  peajar-pelajar  Melayu  yang membesar  bagai anak yatim yang terbiar, walhal  ibu bapa mereka masih hidup tetapi terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan peribadi masing-masing.

Dalam liqo di Matri pada tengah hari Jumaat lalu, ibu diamanahkan berkongsi input  tentang  psikologi  remaja. Alhamdulillah hasil 'brainstorming'  dalam Halaqah  asatizah/guru sebelum itu  banyak membantu ibu  melontar idea dalam rumusan  bahawa para remaja itu sedang terperangkap dalam  gejala 'BLASTED' di mana mereka  tidak mendapat haknya  daripada  ibu bapa. Mereka  tidak dilayan bagai raja semasa berumur 0-6 tahun. Mereka tidak didisiplinkan dengan adab ketika membesar selepas 7 tahun hingga remaja. Yang mereka terima setiap  hari hanya 'marah-marah, tengking herdik' dari ibu bapa. Ibu bapa yang  tidak suka belajar menyebabkan anak-anak menjadi mangsa  kejahilan mereka. BLASTED adalah ringkasan  daripada  "bored, lonely, angry, stress & tired". Mereka  sentiasa  rasa bosan, kesepian, mewarisi panas baran ayah ibu, hidup dengan pelbagai tekanan dan cepat penat (banyak tidur) Hak anak  adalah mendapat   didikan dan kasih sayang daripada  ayah dan ibunya. Perangkap BLASTED ini dicipta  oleh ibu bapa yang jahil dengan kemahiran keibu bapaan. Didikan mereka  hanya bermodalkan 'marah' semata-mata. kasihan  anak-anak  membesar  dalam suasana ini, hilang hala tuju  klehidupannya. Bukan tak boleh marah tetapi ada batasannya jangan sampai merosakkan 5 fitrah sucinya:

1.  mentauhidkan Allah, 
2.  menjadi pengabdi yang taat, 
3. menjadi pemimpin umat bila dewasa nanti, 
4. Memanfaatkan kecerdasan untuk  berbakti kepada  keluarga, masyarakat dan 
5. tidak terlibat  dalam LGBT kerana  faham fitrahnya samada  lelaki atau wanita  memang  berbeza       antara satu sama lain.

😤Tahap-tahap Kemarahan😡

1. Kurtun (كرة ) - Jelaskan lagi jika anak2 lupa
2. Sukhtun ( سخط) - Ketap Gigi sambil Jelaskan lagi dengan tegas
3.  Ghasbun (  غضب) - jerit, tengking, memekik 
4. Laknatun ( لعنة ) - memaki hamun dengan kata-kata yang tidak sopan
No 1 & 2 - dibolehkan
No 3 & 4 - amat merbahaya boleh merosakkan jiwa, emosi & saraf otak anak-anak.

Ibn Khaldun dalam bukunya Al Muqadimmah menjelaskan intipati kesan jika anak-anak dididik dengan  kekersan seperti berikut;

  1. Didikan cara kasar/ paksaan -  pelajar akan dikuasai oleh serba keterpaksaan.
  2. Keterpaksaan akan membuat jiwanya merasa sempit dan sukar berlapang dada.
  3. Semangat dan kreativitinya akan lenyap, cenderung bersikap malas.
  4. mendorongnya bersikap berdusta dan melakukan kebusukan kerana takut dihukum.
  5. Cenderung melakukan tipu muslihat dan penipuan sehingga  menjadi kebiasaan (pekerti  buruk)
  6. Akhirnya, rosaklah nilai-nilai kemanusiaan yang seharusnya dijunjung tinggi olehnya.”

Kesilapan  ibu  bapa ini menyebabkan para guru  tidak boleh melabel  negatif  terhadap  pelajar-pelajarnya. Suburkanlah rasa ihsan terhadap  mereka yang tidak bernasib baik, mereka dihantar di hadapan semua  guru di sini kerana Allah tahu semua guru mampu memberi kasih sayang dan membina semula  peribadi atau fitrah yang telah dirosakkan oleh ibu bapa mereka. Terima mereka tanpa syarat. ikhlas  menyantuni  mereka  kerana Allah. Allah akan permudahkan segala urusan guru hingga  keluarga mereka Allah pelihara. 
Mengimbas  kembali pesanan  Almarhum Said Ramadhan Al Butiy dalam bukunya, ( terlupa tajuk..tetapi tentang remaja), 

Ada 3 kategori  remaja seperti berikut;

  1. Majoriti  remaja  tahu dirinya  bermasalah, hanya menunggu ada orang  yang menyelamatkannya (PASIF)
  2. Ramai    remaja  menempah kecelakaan kerana  benci kepada  nasihat (‘shut  down’) apabila dinasihati  (AGRESIF)
  3. Minoriti / terlalu sedikit  remaja yang  soleh/ solehah ~  suka nasihat dan sentiasa mencari ilmu untuk  perbaiki diri (ASERTIF)                                                                                                                                                                                         Namun kes remaja no 2, yang menempah kecelakaan tu kita tak boleh dan tidak berhak sama sekali  menyatakan dia  jahat, masuk neraka atau tiada harapan kerana  ada kes  Allah ampuni segala dosa-dosanya;
    1. Kes   pemuda  membunuh 99 + 1 . Seorang pembunuh berniat  hendak meninggalkan profesion membunuh lalu bertanya seorang  ulamak. Ulamak itu berkata anda layak masuk neraka. lalu pemuda itu bunuh ulamak tersebut, genap 100 orang yang dibunuhnya. namun hasrat hendak berubah tetap bertakhta dalam jiwanya lalu dia bertanya seorang ulamak lain. ulamak itu berkata jika hendak  berubah, mesti hijrah  dari kampungnya ke kampung yang penduduknya terdiri  di kalangan orang soleh. Dia pun berlari ke kampung orang soleh, ditakdirkan Allah dia meninggal dunia  dalam perjalanan. Malaikat rahmat dan malaikat  azab berebut  rohnya. Allah perintahkan agar diukur jarak mana lebih dekat. Apabila diukur didapati dia sudah dekat  dengan tempat yang dituju...
    2. Kes  jenazah pemuda dibuang ke tempat  sampah  zaman  Nabi Musa kerana  orang kampung melabel dia budak jahat. Bayangkan satu kampung tidak memahami perasaannya sebaliknya melabel dia budak jahat. Satu hari pemuda ini  meninggal  dunia, satu kampung berpakat  membuang mayatnya  di hujung kampung (tempat  sampah). Allah  perintahkan nabi Musa  mencari jenazah budakitu, bersihkan dan kebumikan secara baik.                                                                                                                                                                                                                                  Memang  kita tidak berhak  melabel negatif kepada sesiapa sahaja. yang penting jangan jemu berusaha ~ ikhlas  menegur  dengan kasih sayang  mcm Ebit Lew. Modalnya  3 sahaja, sering diulang-ulang.                        Allah sayang, sayang mak ayah dan jangan tinggal solat.

.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil