Ibu Mithali, Ibu Sejati...
Tajuk blog kali ini ibu tujukan khas kepada semua ahli keluarga Almarhumah bonda Hjh Selamah bte Salim, sempena lagu yang dinyanyikan oleh cucu-cucu (anak-anak Hjh Roslina & Hj Yusuf Ludin) semasa family day suatu ketika dahulu.
Pagi Sabtu 6 Julai 2019, ibu mengedit blog bertajuk "Apakah Tanda Kita Sayang Allah?" berkongsi tentang kematian jiran di Tunjung Perlis dua hari selepas kematian assyahid Muhamad Mursi (presiden Mesir yang sebenarnya). Ketika menaip itu asyik teringat dan tertanya-tanya apa khabar bonda di Muar. Agak sudah lama juga tidak berjumpa, kali terakhir jika tak silap bulan November 2018. Ketika kami di Johor 29 Jun lalu, memang kesuntukan masa dan banyak destinasi yang perlu dikejar. Abang kandung sendiri pun tak sempat nak ziarah, lagipun kerana sedikit keuzuran hendak bergerak, suami tak boleh singgah banyak tempat.
![]() |
Almarhumah bonda Hjh Selamah |
Apabila teringat bonda, satu sahaja peluang yang ada, doakan yang terbaik untuknya, samada masih hidup atau di alam barzakh kelak, semoga Allah himpunkan rohnya dalam rombongan roh para sidiqqin dan solehin menuju ke syurga Allah.
Lepas Zohor, sebelum jam 3 petang anak ibu call memaklumkan berita sedih "ibu...mak tok dah tak ada...,meninggal dalam tidur, sebelum Zohor, masa nak makan tengah hari"
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ
عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dengzn air, salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.”
Almarhumah bonda Hjh Selamah Bte Salim dalam kenangan. Bonda yang ibu kenali pernah menjadi peserta musabaqah Al-Qur'an ketika muda. Dalam keadaan tidak boleh memandu, beliau bersama teamnya mengaktifkan pergerakan WI di Tangkak. Kemahirannya menjahit dan memasak dijadikan modal menjana tabung kebajikan wanita setempat. Di antara rakan seperjuangannya adalah kakak ibu sendiri yang aktif dalam persatuan wanita ketika itu.
Keramahan dan keadilan melayan anak menantu dan cucu-cucu wajar dicontohi menyebabkan ibu tak pernah dapat lupakannya. Anak menantu dan cucu amat merindui air tangan bonda setiap kali balik kampung. Keramahannya dan kemanisan kata-katanya pasti dirindui siapa sahaja yang mengenalnya. Dari aspek ibadah, solat fardhu sentiasa tepat pada waktunya. Solat Tahajjud setiap sepertiga malam telah menjadi rutinnya dan sering mengisi masa lapang dengan membaca Al-Qur'an. Tiap-tiap hari Khamis malam Jumaat bonda dalam keadaan uzurpun membaca surah Al-Kahfi. Semoga semua amal solehnya menjadi amal jariyah yang akan disambung oleh anak menantu dan cucu cicit sampai akhirat. Berkat keikhlasan semua anak cucu menyambung amal jariyah bonda.Insha Allah kita akan dipertemukan kembali di dalam syurga bersama bonda. Sesungguhnya Allah telh angkat darjat bonda kerana kecintaannya terhadap Al-Qur'an dan kecintaannya memakmurkan rumah keluarga dengan majlis ilmu yang menjadi taman-taman syurga buatnya.

Selepas tahun 1994-2010 merupakan tempoh kenangan indah ibu bersama keluarga bonda, sama-sama ahli keluarga merancang family day setahun sekali dan majlis ilmu bergilir-gilir sebulan sekali di rumah anak-anak bonda. Allah beri ibu rasa bahagia dan kepuasan yang luar biasa kerana dapat berbakti memeriahkan keluarga ini dengan 'taman-taman syurga' (majlis ilmu) setiap bulan. Biasanya bonda akan ambil giliran awal tahun dan setiap bulan Ramadhan. Memang dapat dikenal pasti bonda sangat suka dan bahagia dengan taman-taman syurga ini. Lanjutan dari majlis ilmu bersama keluarga, bonda tidak jemu, bahkan dua minggu sekali bonda mengumpul jiran, saudara mara yang berdekatan di rumahnya Parit Setongkat dan menjemput kakak ibu, Pn Hjh Nortipah berikan ceramah di Muar. Taman syurga ini bukan sahaja menimba ilmu bahkan mengeratkan silaturahim.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Segala agenda yang baik pasti ada cabaran dan duri-duri yang menanti... Ada ujian dan gangguan yang menyebabkan majlis ilmu yang mulia tertangguh selepas tahun 2010. Biarlah Allah sahaja yang uruskan segalanya jika ada niat mereka yang menyimpang menyebabkan ibu menderita seketika, bonda dan sebahagian besar ahli keluarga berasa amat sedih suatu ketika dahulu. Hanya satu hasrat dan pesan bonda kepada ibu sebelum tahun 2009, "jangan tinggalkan ..... (anaknya) walau apapun terjadi" pesan bonda dalam esak tangisannya apabila mendapat berita yang menyayat hatinya. Jawapan ibu, sambil mengurut tangan bonda "kita serahkan segala urusan ini kepada Allah, ya mak.., biarlah Allah aturkan yang terbaik untuk kita...."
Pada 18 Mac 2015, ketika ibu menziarahinya bonda meluahkan rasa redhanya menerima takdir Allah "mak dah agak dah, jodoh awak memang cepat, segalanya sudah tercatat dan tersurat di Loh Mahfuz" air matanya tergenang sambil merenung mata ibu, sayu...
Lagu dendangan Keluarga Hjh Roslina/Hj Yusuf Ludin ketika family day

Jenazah bonda dikebumikan berdekatan dengan kubur Almarhum suaminya, Hj Ghazali Hj Shahid, di Tanah Perkuburan Bakri. Anak ibu maklumkan "Mak tok meninggal sangat mudah, tidak menyusahkan anak-anak. Hujan lebat sebelum keranda mak Tok dibawa keluar selepas disolatkan dua kali, di rumah dan di masjid Parit Setongkat, hujan berhenti seketika. Sebaik sahaja jenazah selamat dan siap dikebumikan, hujan lebat kembali." Biasanya jika hujan, tanda bumi menangis kehilangan orang soleh. "Bonda adalah salah seorang wanita solehah" hati ibu terdetik...
Semoga segala amal soleh dan Al-Qur'an yang bonda baca sentiasa menjadi peneman bonda di alam barzakh, menerangi dan membahagiakan bonda di alam sana...Aamiin
Persaraan pilihan ibu pada tahun 2010 kononnya nak mudahkan urusan keluarga, tetapi perancangan Allah lebih baik. Tahun 2011-2012, Allah aturkan tenaga ibu ketika itu sangat diperlukan untuk membantu kakak-kakak ibu uruskan Tadika dan Taska di Tangkak. Di Tangkakpun ibu bantu hidupkan taman-taman syurga untuk staff tadika dan taska khususnya. Allah aturkan cukup indah, ibu berpeluang mengambil kursus Permata di Muar. Perkemaskan Tadika Subur Fitrah mengambil pakej Little Abd Programme (LAP) dan semua guru-guru dibimbing oleh team LAP.
Pada 20 Mac 2015 Allah takdirkan jodoh ibu bersama Mudir & Murabbi MATRI juga salah seorang penasihat HALUAN Malaysia . Ibu faham sendiri, bernikah dengannya bermakna berkahwin sekali dengan organisasi besar HALUAN. Alhamdulillah ibu dipermudahkan berhijrah ke utara dan bersama membahagiakan keluarga HALUAN Perlis tanpa lupakan HALUAN Johor. Alhamdulillah hingga kini ibu sentiasa dihiburkan pelbagai aktiviti membantu Matri, Sratti dan Taska Ummu Salamah di samping mengadakan halaqah-halaqah kaum ibu di rumah dan taska, bergilir-gilir dua minggu sekali.. Majlis ilmu hampir setiap hari bersama pelajar Matri di bilik Kaunseling rumah kami. Bilik Kaunseling bertuah ini juga sering dikunjungi oleh kaum ibu meluahkan rasa hati secara peribadi, mencari solusi masalah yang dihadapi. Alhamdulillah, segala yang Allah atur itu memang indah belaka.
Sebenarnya takdir yang Allah atur itu sangat cantik, hendak kurniakan kebahagiaan atau 'as saadah' yang lebih bermakna sebagai sukarelawan HALUAN. Semoga kami istiqomah bersama para solehin selamanya hingga akhir hayat. Insha Allah, muda-mudahan segala amal soleh ini juga memberi ganjaran pahala berpanjangan buat bonda Hjh Selamah di samping bonda dan ayah kandung ibu juga. Besar harapan kita semua digolongkan di dalam golongan orang yang Allah beri nikmat, (rujuk surah al Fatehah). Nikmat ini Allah kurniakan kepada mereka (para anbia, sidiqqin, syuhada dan solehin) kerana kesabaran dan keikhlasan mereka mendidik dan berbakti untuk Islam, tanpa memikirkan sebarang upah dan ganjaran dunia.

Walaupun ibu jauh di utara, ibu tak pernah lupa keluarga bonda, memang selalu doakan agar hasrat bonda teruskan taman-taman syurga membekalkan ilmu kepada ahli keluarga seadanya. Dalam keuzuran bonda tetap teruskan apa yang terdaya, setahun sekalipun Alhamdulillah sudah cukup membahagiakan bonda. Tanah kosong bekas kebun durian dan langsat suatu ketika dahulu, bonda sudah maklumkan kepada ibu, diwakafkan untuk Maahad Tahfiz, memanjangkan amal jariyah Almarhum ayahnda. Bonda masih ingat kenangan kami bersama, dan setiap kali berjumpa akan bercerita kenangan indah itu. Anak ibupun ada maklumkan "Mak tok tak pernah lupakan ibu..."
![]() |
Kenangan indah tahun 2016 |
Di samping bonda Almarhumah Hjh Esah Bte Long ( ibu kami 13 beradik), Almarhumah Hjh Salimah Bte Abdur Rahman (tukang urut yang menjaga 4 anak yatim) dan Almarhumah Puan bte Mat (ibu suami), bonda Hjh Selamah juga adalah bonda ibu selamanya di dunia dan akhirat. Insha Allah. Moga Allah pertemukan kami kembali di Syurga nanti. Aamiin.
Doa khusus untuk ahli keluarga Almarhumah bonda Hjh Selamah💖😭
Allahumma Ya Qodir ya Muktadir, setiap yg berlaku pd diri kami adalah kehendak dan takdir-Mu jua dan kehendak-Mu semuanya terbaik bagii kami kerana Engkau ya Rahman ya Rahim ya Barr ya Karim yg maha pengasih penyayang, baik lg Maha Mulia.
Ya Allah, masukkan rasa redha dlm jiwa kami atas takdirMu ini. Kami sedar Engkau ya Muhyi menghidupkan dan ya Mumit mematikan.
Ya Allah ya Fattah ya Razzaq ya Karim, bukalah pintu syurga bg bonda Hjh Selamah dan keluarga ini atas segala kebaikannya, ketaatannya dan pengorbanannya serta kesabarannya menanggung ujian-Mu.
Ya Baasith, lapangkan kubur bonda kami, Almarhumah Hjh Selamah,
ya Nuur, pancarkan cahaya dlm kuburnya, temani rohnya dgn belas kasih-Mu ya Rahman ya Rahim.
Allahumma ya Aziz ya Qowiy ya Matin, alirkan kekuatan dlm jiwa keluarga bonda Hjh Selamah ini utk menanggung ujian-Mu ini.
Ya Sobur, kurniakan kesabaran kepada keluarga ini utk menghadapi ujian kehilangan ini.
Ya salam, tenangkan jiwa mereka , ya basith, lapangkan hati dan fikiran mereka
Sesungguhnya Engkau ya Sami' maha mendengar, ya Mujib Maha mengabulkan doa kami...
Allahumma Ya Muhyi ya Mumit, Engkaulah yg menghidupkan dan mematikan, Engkaulah yg mematikan bonda kami dan membawa dia ke sisi-Mu.
Ya Rahman ya Rahim, jadikanlah kuburnya dari taman-taman syurga,
Ya Hafiz ya Muhaimin, Engkau lindunginya dari azabMu,
Ya Ghaffar ya Ghaffur, ampunilah segala dosanya,
Ya Karim, muliakan dia disisiMu.
Allahumma Ya Malik, bonda kami ini adalah milikMu, Engkau memberi pinjam dia kpd kami utk bimbing membimbing mencari redhaMu.
Kami redha Engkau mengambilnya ya Malik, Kami redha atas kehendak dan takdir-Mu ya Qodir ya Muktadir.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Wadud, ya Baaqi, walaupun bonda kami ini sudah tiada, Engkau tetap ada, dan sentiasa mencurahkan kasih dan cinta-Mu kpd Kami dan cinta-Mu suci, kekal dan abadi.
Ya Allah ya Fattah, bukalah hijab aku dan Engkau, ya Qoreeb, tariklah kami dekat dgnMu,
Ya Salam, tenangkan kami dlm zikir memujiMu,
Ya Basith, lapangkan hati kami dlm ingatan kepada ---Mu sentiasa.
Ya Rahman, Ya Rahim, ya Wahab ya Karim, tolonglah kami dlm hidup ini.
Ya Muqit, Ya Rozzaq, cukupkan rezekiMu buat kami.
Ya Fattah, bukalah pintu2 kebaikan kpd kami
Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Alamin...😭
Sastria Hotel
Sungai Petani Kedah
12 Julai 2019
Koleksi gambar daripada anaknda Mubarak dan adinda Roslani
Kenangan ketika sihat
Comments
Post a Comment