Alhamdulillah Para Profesional Dalam Team Islam

"Dua-dua  parti tu thaghut! Team Najib Thaghut, team Mahadir juga thaghut!!! Jika salah satu dari dua  parti itu menang, kita  rakyat Malaysia akan masuk dalam  'round about'  yang sama." Pesan seorang  murabbi di wilayah tengah.  Lebih selamat  undi  Parti  Islam, akar umbinya  kukuh tertancap ke bumi dengan Akidah Tauhid. Dahan dan daun-daunnya menjulang ke langit mengharapkan Redha Allah semata-mata.  

Seperti dalam firman Allah SWT surat Ibrahim ayat 24 sebagai berikut:
اَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ اَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ◌
Artinya:
"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
Ayat di atas menjelaskan bahawa akarnya teguh menunjukkan akarnya yang kuat menancap ke bumi. Di antara fenomena kekuasaan Allah Swt, Ia telah menjadikan  kesesuaian/keseimbangan antara batang-batang pohon dan akar-akarnya. Setiap kali batangnya semakin besar dan banyak, maka akar-akarnya pun semakin kuat, banyak dan dalam. Demikian itu untuk menjaga cabang-cabangnya dari terpaan angin-angin taufan dan banjir. Cabangnya menjulang ke langit menunjukkan pertumbuhannya menaik dan menjulang menuju langit. Telah diketahui bahawa fungsi akar ialah mengantarkan bahan makanan ke cabang-cabang dan daun pohon.

Puak-puak kecewa yang bergabung dengan matan PM, tidak pernah jemu, bagai iblis  yang sentiasa mengintai kelemahan anak Adam untuk dijadikan mangsa  tawanannya. Mereka  masih lagi  rancak  mereka cipta pelbagai bahan fitnah terhadap  bekas parti yang pernah mendidik mereka suatu ketika dahulu. Bahan fitnah itu amat berharga bagi mereka untuk dijadikan  modal  menanam  bibit-bibit kebencian di hati rakyat  terhadap  parti yang diperli di merata media  sosial  sebagai 'Parti Suci'. Mudah-mudahan perli dan sindiran itu menjadi kenyataan. Senjata yang direka cipta untuk mengalahkan musuh kini sudah ketara memakan  tuannya.  Parti Suci yang dimaksukan itu  sering  menjadi mangsa  diperli,difitnah,  ditohmah, dikeji dan dihina sejak puak-puak  kecewa itu tubuhkan parti  baru kini mendapat sokongan rakyat Malaysia  yang amat prihatin. 

Rasulullah dan para sahabat lebih 1400 tahun dahulu mengalami pengalaman fitnah  yang lebih teruk dari kaum munafik dan kafir Quraisy. Sunnah perjuangan mencapai redha  dan syurga Allah  bukanlah dihampar dengan carpet merah. hakikatnya jihad perlu diteruskan berlandaskan syariat  Allah, bukan guna landasan sekular yang sudah rapuh akar umbinya. 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil