Ramadhan nya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam - Ust. Budi Ashari,...


Apa  makna taqwa? 
Perisai  menjaga diri. 
Pengubatan...mengubati sebelum terjadi. Prevantif supaya  tidak sakit. Sebelum terjadi kemaksiatan telah ada pelindungnya.
Abu Hurairah ditanya, Taqwa  itu apa? 
Kamu pernah  berjalan di jalan  yang penuh  duri? Jalan dengan penuh hati-hati agar tidak terkena  duri, itulah taqwa. Hati-hati sebelum tertusuk duri. Puasa  itu  kunci sangat besar untuk dapatkan Taqwa.

Dua persoalan penting  tentang  Ramadhan;

Latar Ramadhan, bagaimana  Ramadhan   diwajibkan? 
Konteksnya perlu dilatih...Ramadhan itu syariatnya diturunkan di bulan Syaaban, tahun 2 Hijrah.  memahami ini ada nilainya. Sebulan selepas itu terus  berpuasa. Memahami latar ini menarik. 
i. Dalam pembahasan  seerah nabawiyah, tahun-tahun awal  Rasulullah sedang  menyiapkan sebuah negara. Persiapan memancang tiang.Potertnya sejak tahun  satu Hijrah. Tahun satu hingga dua , Rasulullah sedang menyiapkan asas-asas sistem. 3 tahun  di mekah sebelum itu menyiapkan orang-orangnya. Syariat Islam ditegakkan kerana ada orang yang faham. Kader-kader yang luar biasa telah wujud. Juga  membina  hubungan dengan non-Muslim.
Ramadhan  tidak terpisahkan dari upaya untuk menguatkan sistem sebuah negara. Bina  sebuah konsep istimewa di dalam  bulan Ramadhan. Jadi konsep negara menjadi lar biasa.

ii. Ternyata tema Syaaban2 Hijrah, ada 4 syariat   yang turun  hampir bersama;
a. tahwil (perpindahan) kiblat
b. Puasa
c. Zakat
d. al Jihad

Syariat ini beriringan turunnya... Kenapa tak turun di Mekah? Ketika di Mekah, puasa dan zakat belum wajib. begitu juga jihad. Rangkaian syariat  ini adalah istimewa. Dalam juz kedua ;
"kami melihat, engkau wahai Muhammad  menghadapkan  wajahmu ke langit. kami akan menghadapkanmu ke kiblat yang  engkau redhai ( ke Kaabah) maka searang hadapkan wajahmu ke Masjidil haram." Mengapa nabi minta dipindahkan  kiblat?
Nabi tidak mahu disamakan dengan Yahudi yang berkiblat ke Baitul Maqdis. Kenapa  Nabi tidak suka disamakan dengan Yahudi? Dalam surah Al-Fatehah ada sebut  jangan sampai kami jadi Yahudi (dimurkai) dan Nasrani (sesat). 
Dalam perpindahan kiblat ada roh besarnya,,, solat itu mencegah fasad dan mungkar. Puasa ...yang masih belum meninggalkan dosa, Allah tidak perlu puasanya. Jika sedang marah atau diajak  bergaduh kita disunatkan  berkata "kami sedang berpuasa" Syariat ini ada roh.
Contohnya ekonomi Islam ada rohnya "harta itu jangan berputar hanya di kalangan orang kaya sahaja"
syariat ini ada rohnya, bukan kering.
Kalau ada saudara berhutang dan tidak mampu membayarnya, beri dia tempoh hingga ada kelapangan untuk  membayarnya. itulah roh, membantu saudara dalam kesulitan.

Apabila berpindah kiblat, musuh Islam dapat lesen untuk menyerang orang Islam.Muslim sering diserang  melalui pintu syariat. Contohnya  kalimat  musuh Islam "mereka  berkata, lihat ini Islam  tidak  benar/sesat sebab selama ini berkiblat di Masjidl Aqsa, maknanya semua syariat Islam sesat"
Kalimat musuh Islam sangat logik untuk menyesatkan umat  Islam. Umat Islam gunakan jawapan ini;
"Semuanya  dari  Rabb (tuhan) kami" Tidak semua jawapan  boleh dijawab secara logik. Islam terasnya Ilmu dan Iman. Islam tidak menuhankan akal..Akal diletakkan di bawah syariat. 

Az Zakat. roh besarnya  apa? Ambillah sebahagian harta mereka, fungsinya membersih/mensucikan. Mengeluarkan zakat  itu mensucikan kita, sucikan harta kita yang halal... 
Dalam harta itu ada hak orag lain. Untuk orang tua, berikan harta yang terbaik, bukan zakat?

Jihad~ Allah mewajibkan pada kalian 'perang' padahal perang itu kalian tidak suka, tetapi wajib bagi kalian. Para asatizah  takut  dilabel 'terroris' fiqh jihad tidak disampaikan, tidak diajarkan. Jihad ada aturannya.
Ada  dua  ibadah individu, iaitu  solat, puasa (antara kita dengan Allah). Zakat walaupun antara kita  dengan Allah tetapi wang itu sampai kepada masyarakat.  Ada ibadah perlukan modal  harta. 
Jihad penting, menjaga keamanan, menegakkan syariat. Abu Bakr As Sidq serang mereka  yang tidak bayar zakat.. Orang tidak solat juga patut ditangkap. maka tidak benar  jika adayang sebut  uusan agama adalah urusan peribadi dengan tuhan sahaja, negara juga patut turut  bantu urusan menegak syariat. 
Ada Fiqh Nahi Mungkar? Perlu belajar fiqhnya...
Contoh, orang yang lakukan nahi mungkar, ukur bagaimana  nak hentikannya?  

2. Fiqh Ramadhan ; Al-Baqarah :183-187 
"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu  berpuasa, mudah-mudahan kamu beroleh  TAQWA"

Panggilan dalam Qur'an ada macam-macam. Ada  panggil nama terus , contohnya "Ya Maryam, taatlah kamu kepada Rabb-MU

Ya Zakariya,  ya  yahya, Ya Adam

~ ada yang panggil keturunan...Ya Bani Israil,  Ya Bani Adam

~ panggilan umum, Ya ayuhannas.

Panggilan yang menghina, ya ayuhal lazi nafa karu (wahai orang-orang kafir)

Panggilan kemuliaan  "wahai orang-orang yang beriman..." Panggilan disesuaikan dengan keadaan. Panggilan disayangi, dihormati, diberi penghargaan untuk meninggikan..."

Bermakna  puasa itu untuk meninggikan, untuk memuliakan., urusan dipermudah dan diringankan.Puasa untuk orang beriman tidak berat... Allah inginkan kemudahan bukan kesulitan.

Yang dewasa tak puasa,,,banyak syaitannya. Rasa bahagia untuk menikmati Ramadhan. beruntunglah.

Jika ada yang  rasa keberatan menyambut puasa, bermakna panggilan itu belum masuk.

dalam dirinya .

'Kutiba' bermakna dicatatkan atau dituliskan, dalam terjemahan biasa sebut diwajibkan. kenapa Allah tidak gunakan kata yang biasa? Kata perintah menunjukkan itu wajib. Kenapa guna 'kutiba'? Syariat diwajibkan dengan kutiba ada 4, semuanya dalam surah Al-Baqarah;

1. Puasa

2. Perang

3. Qisas

4. Wasiat bagi orang yang sudah dekat ajalnya


Firman Allah "Puasa itu untuk-KU, dan Akulah yang membalasnya"



Syariat para nabi tidak selalu sama...

Waktu nabi Adam, menikahi saudara  bersilang (adik beradik) dibolehkan

sekarang tidak boleh. Puasa ada di setiap zaman (orang dahulupun berpuasa,,menunjukkan puasa ini adalah keperluan manusia sepanjang zaman.

Apa makna  TAQWA?






Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil