SUDAH SAMPAI MASANYA ISLAM BERKUASA !!!



Penting sekali  kita terus fokus memahami Firman Allah dalam surat Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: 
"Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang makruf dan melarang dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." 

Merujuk you tube di atas, agenda mulia yang dilaksanakan oleh  Ustaz Bakhtiar  Nasir  harus dicontohi  oleh  semua ulamak di Malaysia. Mungkin pihak Sinar sebaik-baik meneruskan agendanya  menyatukan pemimpin Islam seperti program yang dibuat  sebelum PRU14. 
Dalam realiti umat Islam saling menunding jari menyalahkan pihak lain, sewajibnya kita menjadi pendamai  dan bukan mengintai-intai aib pihak lain hingga  menambah keruhkan lagi keadaan. Kita tidak boleh berlepas tangan. jangan jadi Ashabul A'raf iaitu  golongan yang berkecuali untuk memilih antara yang hak dan batil. Golongan yang berkecuali untuk memilih samada ingin ke syurga atau ke neraka. 
Bahkan khalifah Ali RA menegaskan dengan atsarnya yang bermaksud: “kebaikan yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun”.
Tiada  ketaatan kepada pemimpin  kecuali ketaatan pemimpin itu kepada Allah dan Rasul. Khalifah Umar r.a. pernah berkata “Tiada Islam tanpa Jamaah,dan tiada Jamaah tanpa kepemimpinan dan tiada kepemimpinan tanpa ketaatan.”
Abu Bakar Ash Siddiq di awal pidatonya dari atas mimbar mengingatkan: “Taatlah kalian kepadaku selama aku taat kepada Allah. Jika aku maksiat kepada-Nya maka tidak ada kewajiban atas kalian untuk taat kepadaku”

Kenangan terindah di usiaku  56 tahun

Alhamdulillah, hari ini usia  ibu sudah 56 tahun. Kalau ikut umur kewafatan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, tinggal 7 tahun lagi sisa umur  yang ada. Jika ditakdirkan panjang umur macam umur Dr Mahadhir, moga Allah sentiasa akrabkan ibu dengan Al-Qur'an. Anak ibu ucapkan seawal menjelang  Sahur Ramadhan  ke~ 11;
 "semoga ibu sentiasa sihat  dalam taqwa meneruskan kerja-kerja  menolong Deen Allah"    Aamiin... 
Hadiah istimewa Telekong  Siti Khadijah menjadi kenangan indah sempena  hari ulang tahun ke-56 ini. Alhamdulillah. 
Ketika meniti usia ini, ibu bersyukur anak-anak yang lain sudah memahami bukan masanya lagi di usia ini ibu disibukkan dengan kerja memasak dan mengurus dapur kecuali jika  ibu sendiri berkelapangan dan terdorong melakukannya kerana Allah.

Priority ibu mulai saat ini  bukan lagi sibuk dengan urusan dapur dan jamuan sana sini. Meraikan iftar family 'TOP13' pun ibu tempah sahaja kerana  sisa-sisa umur yang ada sangat berharga bersama Al-Qur'an. Dalam surah Maryam ayat 33, ibu suka  mengulangnya mendoakan diri sendiri...  



وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ اَمُوْتُ وَيَوْمَ اُبْعَثُ حَيًّا (٣٣)

Maksudnya :

“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari kelahiranku, pada hari kematianku dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.” 
Semoga  doa  ini menambah kukuhkan pendirian ibu  untuk terus istiqomah bersama Dakwah dan Tarbiyah. Insya Allah



Azam ibu untuk terus  fokus kepada  kerjaya Dakwah dan Tarbiyah serta mengabaikan segala gangguan dan fitnah. Jika dilayan akan menjadi 'sampah-sampah emosi' yang merosakkan diri sendiri. Segala  ujian  ibu serahkan 100% kepada Allah. Insya Allah tarbiyah tidak terencat. Pesanan suami sangat mendidik. Solusi selamat  adalah "Diam" dan doa. "Depa tak faham..." itu saja alasannya. Jika depa faham, semuanya akan OK. Pentingnya kita sentiasa doakan mereka diberikan kefahaman tentang Deen. Justeru itu dengan diam sangat merawat  diri dan suasana. Alhamdulillah.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil