إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ
"Sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku" (Surah As -Syu'ara:62)
5 Cabaran Sentiasa Menanti
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Hari Ahad, 12 September sebelum Subuh, Allah izin terlintas dalam fikiran hendak masukkan input 5 cabaran untuk menjawab persoalan bahagiakah umat Islam yang dizalimi khususnya di Palestine, Kashmir dan Uygur. Ibu terlupa siapakah ulamak yang mengemukakan cabaran tersebut. Cepat-cepat ibu merujuk suami yang setahu ibu memang selalu terdengar dalam ceramahnya tentang peringatan itu. Suami minta ibu rujuk buku Dr Fathy Yakan, 'Cabaran Dalam Dakwah' kalau tidak silap.
Bagi ibu semuanya Allah aturkan untuk bersihkan nama ibu setelah sekian lama difitnah. Memang tidak dinafikan masih ada orang Islam yang dengki dengan perjuangan suci ini.
Bagi ibu, cukuplah suami dan anak kandung ibu dan sahibah yang memahami merestui dan mendoakan ibu dalam jihad ini.
Berhati-hatilah dengan 5 cabaran berikut:
1. Orang Islam yang dengki dan membencimu
2. Orang Munafiq yang memusuhimu
3. Orang Kafir yang memerangimu
4. Hawa nafsu yang mengongkongmu
5. Syaitan yang berusaha menyesatkamu...
Allah izin setiap kali ibu selesaikan ceramah atau forum online untuk ummah, Waktu malam diganggu ketika tidur. Biasanya kalau ada gangguan seperti itu ibu akan buka you tube surah Al-Baqarah penuh oleh Syeikh Mishary Rashid sebagai teman tidur menghalau gangguan tersebut.
Pada hari Isnin malam Selasa gangguan itu datang lagi menggelapkan ibu walaupun lampu bilik air terpasang, Allahu Akbar kuat sungguh benda ghaib itu cuba hendak masuk, tangkap dari belakang sebab ibu tidur mengiring ke kanan. Alhamdulillah, Allah izin ibu cepat bertaawuz sekuat hati dan ulang-ulang baca surah Al mukminun ayat 97-98 yang telah ibu hafal. Setelah benda ghaib itu lari, cepat-cepat ibu buka you tube bacaan surah al Baqarah Syiekh Mishary Rashid.
Astaghfirullah, rupa-rupanya benda ghaib itu datang lagi walaupun bacaan Syeikh itu masih berkumandang. Allahu Akbar, 5 kali ibu berlawan dengan makhluk itu berbekalkan senjata ayat surah Al Mukminun ayat 97-98.
Maksudnya :
Dan katakanlah, wahai Nabi Muhammad, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan, dan aku berlindung pula kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku dalam segala aktivitiku.”
Pada ayat ini Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya dia selalu berlindung kepada-Nya dari bisikan-bisikan syaitan dan dari godaan-godaannya, dan supaya syaitan itu selalu jauh daripadanya dan tidak dapat masuk ke dalam hatinya untuk memperdayakannya.
Demikianlah seharusnya sikap setiap pejuang untuk menegakkan kebenaran. Mereka harus benar-benar menjaga supaya tidak sekalipun dipengaruhi hawa nafsunya dan terdorong untuk melakukan tindakan-tindakan yang tidak benar dan tidak jujur. Syaitan amat mudah sekali menjerumuskan manusia ke jurang kesalahan, penghinaan dan kejahatan apabila ia dapat memasuki hawa nafsu manusia. Kerana itu hendaklah kita selalu berlindung kepada Allah dari tipu daya setan. Memang apabila seseorang benar-benar telah berserah diri kepada Tuhannya dalam segala tindakannya dan selalu memohon perlindungan-Nya dari tipu daya dan godaan syaitan, dirinya menjadi bersih dan hati nuraninya akan terketuk untuk selalu berbuat kebaikan dan menghindari kejahatan. Rasulullah selalu berlindung kepada Tuhannya supaya dijauhkan daripadanya campur tangan syaitan dalam segala perbuatannya terutama dalam solat ketika membaca Al-Qur'an dan pada saat ajalnya akan tiba.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Baihaqi dari 'Amr bin Syu'aib dan ayahnya dari kakeknya ia berkata, "Rasulullah saw mengajarkan
Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya, dari siksa-Nya. Dari kejahatan hamba-Nya, dari bisikan-bisikan syaitan dan dari kahadiran syaitan kepadaku. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
(Dan katakanlah! "Ya Rabbku! Aku berlindung kepada Engkau) aku meminta perlindungan (dari bisikan-bisikan syaitan) dari kecenderungan-kecenderungan syaitan yang selalu setan hembus-hembuskan itu.
Allah Swt. memerintahkan kepada Nabi Saw. agar memohon perlindungan kepada-Nya dari bisikan syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak dapat ditipu dan tidak mahu mengikuti kebajikan. Dalam pembahasan ta'awwuz telah kami sebutkan bahawa Rasulullah Saw. sering mengucapkan doa berikut:
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari setan yang terkutuk, yaitu dari godaan, bisikan, dan tiupannya.
97-98. Dan katakanlah, wahai nabi Muhammad, 'ya tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung pula kepada engkau ya tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku dalam segala aktivitiku. '97-98
97-98 Adapun bila pihak yang berbuat jahat berasal dari kalangan syaitan, sikap baik tidak berguna baginya. Tidaklah syaitan menyeru kelompoknya melainkan agar mereka menjadi penghuni Neraka Sai’r. Strategi saat menghadapinya adalah, memohon petunjuk dengan metode yang Allah ajarkan kepada RasulNya. Allah berfirman, “Dan katakanlah, ’Ya Rabbku, aku berlindung kepadaMu’.” [Maksudnya aku memohon perlindungan dengan daya dan kekuatan-Mu, dengan berlepas diri dari daya dan kekuatanKu]. “dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung kepada-Mu ya Rabbku dari kedatangan mereka kepadaku,” maksudnya, aku memohon perlindungan dari kejelekan yang menimpaku lantaran interaksi, bisikan dan pengaruh mereka, dan dari kejelekan yang muncul dari wujud dan tiupan was-was mereka. Ini merupakan permohonan perlindungan dari materi yang buruk secara keseluruhan dan sumbernya. Termasuk juga memohon perlindungan dari bermacam godaan syaitan, yang berbentuk pengaruh dan tiupan was-wasnya. Bila Allah telah menjaga seorang hamba dari kejelekan ini dan menyambut doanya, maka dia selamat dari setiap kejelekan, dan memperoleh taufik untuk menjalankan kebaikan.
97. Katakanlah wahai Nabi ketika waktu sulit: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari ganguan dan gelapnya bisikan-bisikan syaitan
Alhamdulillah, ibu pernah terbaca dalamQur'an, Syaitan tak kuat manapun jika kita sentiasa memohon perlindungan kepada Allah. Sejak tahun 2009 gangguan ini sentiasa datang dan pergi. Apabila kita bergantung harap kepadaAllah, rasa bersemangat hendak lawan dan tidak sekali-kali menyerah, ibu yakin Allah jaga ibu. Terima kasih Ya Allah Engkau permudahkan aku dapat hafal ayat ini untuk dipraktikkan dan jadi zikir harian membenteng diri.
Alhamdulillah baharu dapat tidur bertemankan zikir doa tersebut....
Hingga kini setiap malam ibu tidur bertemankan bacaan Manzil Sheikh Mishary Rashid berbelas kali ulang. Doa suami dan anak juga turut mengiringi keselamatan diri ini. Insha Allah.
Kesan gangguan itu sedikit sebanyak ada juga menganggu keharmonian ibu. (berserabut sekejap) dan suami juga terkesan melihat perubahan itu, khususnya bila dalam tandas. Kini ibu sedang istiqomah bermujahadah. Buat masa ini ibu MC (cuti dari semua program) dan beruzlah sepanjang menjalani proses pemulihan diri, Insha Allah sampai Sabtu nanti.
Ibu berpeluang berkomunikasi dengan kak Ngah, suaminya stroke dan ditahan di Wad Hospital UPM Serdang.
Lihat wajah kak Ngah sentiasa ceria. Masha Allah, Tabarakallah. Mana tidaknya mulai dari pagi hingga tengah malam sentiasa bersama Al Quran. Pagi mengajar hampir 15 pelajar secara online. Malam belajar Al Quran. Allah, cemburu rasanya!
"Ya Allah Suburkanlah kecintaan kami terhadap-MU, Rasul-MU dan Al Quran"
Begitu juga kak Uda yang baharu pulih dari sakit rahangnya, sentiasa bersama program taddabur Al Quran. Allah bahagiakannya dalam sakit.
Suami ibu baharu khattam bacaan Quran terbaharunya dan kini mengulang semula untuk cuba khatam kali berikutnya. Bersyukur sangat, ibu dikelilingi oleh mereka yang mencintai Al- Quran.
Anak cucu di rumah ini juga begitu, sentiasa bersama Al Quran. Rumah ini bagaikan taman-taman syurga, tiada jerit pekik, sentiasa tenang harmoni selamanya. Insha Allah.
Hakikatnya memang manusia tiada yang sempurna, tidak perfect, jadi usah berharap apapun kepada kami yang lemah ini. Apa sahaja kekurangan yang ada, maafkanlah dan banyak bersabar. Jangan berharap kepada makhluk, nanti mudah kecewa. Berharaplah kepada Allah, harapan sentiasa ada.
Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milik Allah yang masih meminjamkan kepada kita segala anugerah dan nikmat-Nya yang sangat membantu kita meneruskan amanah utama iaitu menjadi hamba-Nya dan khalifah-Nya di muka bumi yang fana ini. Selawat dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah hingga hari kiamat. Sejak hari Rabu malam Khamis, ibu tak boleh tidur seperti biasa. Melayari FB dan berikan perkongsian dalam post. Ibn Qaiyyim AlJauzi berkata: "Harapanku ini adalah Iman, cahaya dan hikmah. Sedangkan harapan mereka adalah tipu daya dan muslihat" Nabi sallallahu alaihi wassalam memuji orang yang bercita-cita kebaikan serta berharap mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakan. Seperti orang yang berkata, "Seandainya s...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ . . وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚإِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Renungilah firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah: Yang benar (Haq) telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" (QS. Al-Isra': 81). Pesanan Almarhum Dr Mustafha As Siba'i; " Janganlah engkau menunda-nunda untuk menyerukan kebenaran dengan alasan seruanmu tidak akan didengar, dan tidak ada benih yang akan tumbuh di tanah yang gersang. Orang-orang puas dengan pendapatmu atau tidak, itu bukan urusanmu. Kerana, yang penting bagimu adalah mengatakan apa yang engkau yakini benar" (Sumber: halaman 119-120~ dari buku 'Belajar Dari Pengalaman, Sebuah Refleksi Agar Hidup Lebih Bernilai...
Jumaat 21 Zulhijjah 1445 Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan urusan membawa suami ke Klinik homopati dan herba di Pt Buntar hari Selasa 25 Jun 2024. Perkembangan kesihatan jantung bertambah stabil, darah tidak bertoksid lagi, cuma sarafnya masih tegang ( kesan trauma terjatuh) dan ada masalah buah pinggang (perlu minum air 0 lbih banyak) Bagi ibu masih ada sedikit lagi masalah gangguan ingatan (kesan trauma ujian bertubi-tubi sejak awal umur 30an)... InshaAllah semua pasti ada hikmahnya, Allah ArRofiq, Al Latif hendak selamatkan ibu dari fitnah jawatan (pengetua hendak naikkan ibu ke jawatan yang dia kehendaki) dan fitnah poligami yang tidak adil. Ibu tidak cerita dengan orang lain, hajy terlintas dalam hati, mungkin ini puncanya. Namun ibu mohon Allah tetapkan hati redha terima semua ujian ini hingga Allah redha dengan penyerahan total hati ini kepada-Nya. Semoga beroleh Husnul khotimah dan dapat menuju ke ar Rofiqul A'la Hari Isnin sehati sebelum ke Par...
Comments
Post a Comment