Hadiah Terbaik Allah Aturkan

Perjalanan ke Bangi bersama anak menantu dan cucu sangat ibu rindukan selama ini. Hadiah istimewa apabila cucu bernama Maher sendirian menghibur kami berulang-ulang kali bersyahadah dan menyebut senikata 'Sayang Allah dan sayang Nabi.' Terhibur sangat mendengarnya. Tok Wan ulas "bahasanya baku" tak pelat langsung menepati sebutan dalam lagu asal Omar & Hana. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suaranya. Apabila ditanya  apa kunci syurga, secepat kilat dia dan abangnya berebut bersyahadah. Paling kelakar bila kakinya sakit setelah melompat-lompat, lalu mengadu sakit... selamba sahaja sebut, ada jual tongkat budak kecik tak? ha ha ha, kelakarnya cucu tok ibu ni.
Pengalaman indah ini sangat banyak membantu ibu memurnikan lagi Rancangan Universiti Mutiara Syurga dan akan mulakan gerak gempurnya apabila telah sampai masa Allah  aturkan dengan satu team yang memang sudah terlatih dalam bidang ini sekian lama di utara. Insya Allah.


Sebaik sahaja selesai ikuti TOT Kaunseling di IPG Cyberjaya bermula 22 - 24  Disember, kami berkejar pulang kerana  ada tugas penting menanti untuk sharing pengalaman cara mengawal emosi bersama siswa dan siswi IPTIP. Dalam perjalanan pulang ke Utara ibu tidak lepaskan peluang berbincang dengan Murabbi yang terkenal di kalangan sahabat dengan gelaran "Gedung Tarbiyyah". Terasa bagai belajar di IPT dapat manfaatkan pandangan beliau dalam menyiapkan bahan penyampaian dalam bentuk power point.  Insya Allah, pentingnya kita merujuk 'syuyukh' agar segala input tidak menyimpang dari jihad untuk memperkasakan tarbiyyah dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi. Alhamdulillah sebaik sahaja selesai program dengan siswa dan siswi, salah seorang pensyarah menyebut akan ada subjek 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' di IPTIP  tidak lama lagi.
Masya Allah, bahagianya rasa sebab memang selama ini minat ibu ke arah itu, ingin menjadi pensyarah bidang itu. Cantiknya apa yang Allar aturkan. Alhamdulillah, baru semalam selesai bantu team Taska Matri kendalikan training pengasuh-pengasuh Taska.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil