Cabaran Umat ~ Manfaatkan Sekecil-kecil peluang untuk berbakti
Rabu, 4 Jamadil Awal 1441 Hijrah bersamaan dengan 1 Januari 2020. Sebenarnya umat Islam sudah mendahului lebih 4 bulan menyambut tahun baharu.
Seharusnya tahun 2020 Masihi @ 1441 Hijrah...Disambut dengan cabaran mengembalikan penguasaan ummat.
Umur Ummat, antara yang tersurat dan tersirat...
Zaman Nubuwat
609M - 8 /6/ 632M
(-)13H - 13 RA 11H
Jumlah: 23 tahun
Khalifah ar-Rasyidin
8/6/632M - 29/6/661M
13Rabiul Awal 11H - 24 Safar 41H
Jumlah: 30 tahun
Kerajaan Kekhalifahan
29Jun661M - 3/3/1924
24Safar 41H - 26Rejab 1342
Jumlah: 1302 tahun
Tiada Kerajaan(Islam dikuasai oleh jahiliyah)
3 Mac 1924 - 1/1/2020
26 Raj1342 - 5JamadilAwal1441
Jumlah:99 tahun
Jumlah : 1454 tahun.
Allahu al-Musta'an
Segala puji-pujian hanya milik Allah SWT yang amat mencintai para hamba-Nya di atas nikmat-Nya yang sangat berharga iaitu masih meminjamkan nyawa kepada kita semua untuk terus bernafas agar dapat aktif beribadah istiqomah berbakti kepada Deen-Nya. Selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad sallallahu alaihi wassalam, Murabbi agung yang amat mencintai umatnya hingga akhir zaman.
Kak Ngah sering berkata "untung Ustaz dapat awak." Manakala Kak Uda, abang-abang dan sahibah karib sering berpesan; "syurga awak ni...jaga sebaik-baiknya" Alhamdulillah sebenarnya ibu sendiri rasa bertuah kerana sering didoakan oleh orang soleh, apa lagi dimotivasi setiap malam, dalam dakapan, suami membisikkan kata-kata:
"minta maaf, terima kasih di atas segalanya, banyak membantu..."
Kadang-kadang rasa biasa mendengarnya. Selalu juga rasa hiba nak menangis. Mungkin juga ini kata-kata luar biasa seolah-olah memberi isyarat bersiap sedialah.... Sukar hendak ungkapkan dengan kata-kata, samada mereka yang uzur atau kita yang masih sihat kerana ajal akan datang bila-bila masa. Justeru itu buatlah persiapan serapi-rapinya untuk membahagiakan pasangan mengecapi nikmat kehidupan dalam beribadah hanya kepada Allah.
Tiada daya dan kekuatanku melainkan hanya dengan izin Allah. Segala ilham yang baik dan bermanfaat untuk ummah itu sebenarnya dari Allah jua. Kita adalah khadam atau 'alat' untuk melaksanakannya dengan sebaik-baiknya demi ummah tercinta. Kita perlu 'move on' dengan idea yang sebaik-baiknya walaupun jasad seperti terkurung. Zaman media sosial mendominasi, idea yang bernas perlu dilontarkan sejauh dan seluas-luasnya demi manfaat ummah seluruhnya.
Banyak kes yang ibu saksikan sendiri, di hujung usia, anak-anak ambil mudah merelakan emak atau bapanya yang uzur dirawat samada di wad hospital atau di rumah orang-orang tua tapi amat sayang sekali mereka tidak memahami ketidak selesaan pesakit, apa lagi jika tidak dapat wad 1 atau teman sebelah sentiasa'bising'. Biasanya umur tua apa lagi jika uzur dan sakit, mereka perlukan 'privacy' dan ketenangan, lebih-lebih lagi bagi pesakit jantung.
Ada satu kes ibu dimaklumkan oleh anaknya dalam whatsapp goup, ketika ibunya 'nazak' terpaksa buka aurat kerana panas tidak terhingga dan tetamu tidak digalakkan berziarah. Kasihan melihat keadaannya, namun apakan daya, ahli keluarga semuanya sibuk bekerja, tiada yang sanggup berkorban menjaga di rumah. Semoga Allah sentiasa menjaganya dan menjaga kita semua khususnya di hari tua dalam keredhaan-Nya.

Allah izin dua kali pengalaman ibu menemani suami di wad HTF (Hujung Ogos 2019 - awal Sept 2019) dan di Hospital UiTM cawangan Sg Buluh (27 Nov-5 Dec) telah mengundang idea untuk mewujudkan wad di rumah. 'Home stay' kami yang awalnya dibina untuk bilik kaunseling, diubah suai menjadi wad VVIP untuk keselesaan suami. Insya Allah, ibu yakin, pengorbanan yang tidak sia-sia, bahkan sangat banyak manfaatnya untuk ummah.
Wad di rumah ini bukan sahaja selesa untuk pesakit bahkan Alhamdulillah, ibu sendiri rasa seronok, ceria dan puas hati merawatnya apa lagi lebih memudahkan tetamu dapat mengunjung.
![]() |
Rombongan ziarah dari Sg Petani 25 Disember 2019 |
![]() |
Alhamdulillah, semakin berselera untuk ibadah |
Subhanallah, semoga cetusan idea ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain agar sentiasa menghargai peluang-peluang yang ada untuk berbakti kepada Murabbi yang telah mendidik kita dengan sebaik-baiknya. Fizikalnya nampak uzur, tapi kesucian dan intipti yang ada dalam dadanya itu sangat berharga....
Sebelum Maghrib tadi bersama anak cucu, kami meraikan ulang tahunnya yang ke-75
Sebelum Maghrib tadi bersama anak cucu, kami meraikan ulang tahunnya yang ke-75
Ada kes yang sama, seorang wanita mengalami lemah jantung tak sampai 25% kekutannya, ditambah dengan kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang menyebabkan kakinya berat tidak boleh melangkah. Kesakitannya menyebabkan dia sering rasa 'penat' letih dan tidak bermaya akibat hilang selera makan. Doktor memaklumkan ianya berpunca dari masalah jantungnya. Beliau meninggal dunia di hospital HTF pada 29 November 2019 yang lalu.
Apa yang dialami oleh wanita itu juga dilalui oleh suami kekuatan jangungnya menurut pakar di KMC Alor Star tidak sampai 35%, hilang selera makan sebelum kami ke hospital Sungai Buluh. Cuma kelebihannya, suami tidak ada masalah kencing manis atau darah tinggi. Kini berkat kerjasama anak-anak menyediakan ubat dan menempah physioterapis ke rumah selama 16 sesi, keadaan kesihatannya nampaknya semakin baik. Alhamdulillah. Usaha perlu semaksimanya. Natijah tetap milik Allah.

Bagus sama-sama kita hijrah membangunkan ummah dengan mendengar ceramah bermanfaat ini;
Comments
Post a Comment