Menjana Kekuatan Ummah (2)
Berakhirnya Ramadhan, umat Islam digalakkan hidupkan malam hari raya
dengan Takbir, zikir, solat, baca Qur'an dan berdoa kerana waktu ini merupakan salah satu waktu mustajabnya doa. Allah izin selepas aktiviti rutin menghidupkan malam ibu tertidur dan bermimpi indah hadiah dari Allah..Alhamdulillah,semoga menjadi kenyataan. Insha Allah.
Puasa 6 juga merupakan peluang untuk kita semua terus menghidupkan syuur Ramadhan seolah-olah kita berpuasa sepanjang tahun.. (kedua-dua fakta ini ada hadis sohehnya Insha Allah)
Berdoalah dan terus berdoa. Siapkan skrip doa paling syahdu, bila-bila masa kita boleh berdoa..
"Ya Allah, satukan hati-hati seluruh umat Islam sedunia khususnya pemimpin-pemimpin negara Islam..satukan mereka dengan penuh sedar atas dasar satu akidah ikhlas ingin memperhambakan diri hanya sanya kepada-MU..
Ya Allah suburkan silaturahim pemimpin-pemimpin Islam atas dasar berukhuwwah kerana-MU.. Walaupun terdapat banhyak perbezaan antara mereka namun mereka redha untuk terus bersatu dan saling melengkapi kekurangan yang ada demi menyelamatkan umat Islam yang teruk dizalimi oleh musuh-musuh-MU.
Ya Allah, kami memohon pertolongan-MU untuk melupuskan segala ego dan semua sifat mazmumah khususnya di kalangan pemimpin umat Islam digantikan dengan jiwa yang tawadhuk dan dihiasi sifat-sifat MAHMUDAH.
Mulai saat ini lapangkanlah hati mereka untuk memilih dan membenarkan sinar Rahmat-MU mengiringi setiap detik kehidupan umat Islam sedunia demi membina dan mengukuhkan kekuatan ummah untuk mengalahkan semua musuh-musuh-MU khususnya Zionis yang sudah terbukti merupakan pengganas tegar sedunia. Hancurkanlah dan pecah belahkan kekuatan kebatilan mereka dan sekutu-sekutu mereka sebagaimana berlaku dalam kisah benar di dalam al-Qur'an bagaimana Engkau hancurkan tentera Abrahah yang cuba menakluk Makkah, dan tenggelamnya Firaun dalam lautan dan terkuburnya Haman dan Qarun dalam longgokan harta kekayaannya"..Amin ya Rabb
Segala yang nampak mustahil di dunia ini akan berubah menjadi tidak mustahil jika Allah kehendakki dan izinkan bergantung kepada sejauh mana ikhlasnya seorang hamba itu berdoa dengan penuh harap. Untung ruginya kesan doa itu juga bergantung kepada titik bertolak doa kita samada untuk kepentingan diri dan dunia fana ini atau untuk kepentingan ummah dan akhirat nanti. Lebih beruntung bagi mereka doa seperti Uwais al Qarni, sentiasa berusaha mendoakan untuk orang lain dan manfaatnya Uwais dikenali oleh penduduk di langit..
Tidak ada ruginya kita istiqomah doakan Gaza dan semua penduduk Islam yang dizalimi demi masa depan generasi pewaris kita juga agar mereka turut merasai nikmat Iman, Islam, Ihsan dan ukhuwwahfillah hingga hari Kiamat.
Kesan didikan Ramadhan yang perlu kita teruskan adalah bangun Tahajjud secara istiqomah seawal mungkin di mana ibu diingatkan oleh seorang kenalan agar biasakan tahajjud sekitar jam 2.30 hingga 3.30 pagi seperti yang diamalkannya setiap hari hasil didikan ayahnya seorang ustaz. Walaupun usianya masih muda, banyak sumbangannya untuk ummah dan kebaikannya kembali kepada diri dan keluarganya. Sungguh ajaib, nampak macam mustahil tetapi tidak mustahil apabila ikhlas
mohon kepada Allah dengan niat ingin menjana kekuatan ummah. Bermula dari kekuatan Roh, akidah mudah disejahterakan, emosi akan sentiasa stabil, fikiran teratur dan aktiviti lancar diiringi oleh keberkatan dan redha Allah SWT..Syaitan sentiasa gagal menggodanya atau mengganggunya.
Masih ada sungutan demi sungutan agak 'liat' nak bangun Tahajjud. Kaji seerah Rasulullah saw di awal kerasulannya..Paksa diri dan disiplinkan diri menyahut seruan Allah dalam surah al Muzzammil dan Al Muddatsir..
Baca berulang-ulang kali kedua-dua surah ini dengan penuh yakin dan bulat hati mohon Allah fahamkan kita akan tuntutan-NYA dan permudahkan kita jadikan Tahajjud sebagai salah satu hobi yang dicintai sepanjang hayat. Kemenangan umat Islam sejak dahulu lagi bermula dengan Tahajjud..
.
Kemenangan dalam Perang Badar, semua sahabat solat Tahajjud hingga Rasulullah Saw berdoa sampai Subuh " Jika Engkau tidak menangkan kami, maka tidak ada lagi hamba yang akan menyembah-MU hingga kiamat" .Rasulullah saw berdoa diiringi dengan deraian air mata hingga para sahabat khususnya Saidina Abu Bakar amat simpati lalu memujuk baginda " Ya Rasulullah, Allah pasti makbulkan doamu..". Akhirnya tentera Islam menang walaupun tidak cukup kelengkapan perang dan jumlah tenteranya sedikit.
Saidina Umar ra pernah siasat para tenteranya apabila mereka kalah dalam peperangan..Selepas menjalankan siasatan barulah dikenalpasti punca kekalahan kerana masih ada tentera tidak bangun menunaikan solat tahajjud.
Walaupun kita bukan tentera di medan jihad, kewajipan kita adalah cuba sedaya upaya permudahkan pejuang-pejuang beroleh kemenangan dengan melemahkan kekuatan musuh di samping doa kita dalam tahajjud setiap malam. Jika kita tidak usahakan sekarang , bagaimana anak cucu kita dapat beribadah dengan selesa dalam keadaan ditawan oleh Zionis.
Benarlah kata-kata Muhammad Zeyra salah seorang pendukung Briged Izzudin Al Qassam sudah terbukti Israel berjaya menawan dan menjajah dunia Islam yang lain tetapi mereka gagal menawan Gaza. Ada teguran tersirat di sebalik kata-kata hikmah itu mengajak semua pemimpin Islam sedunia bersatu hati menghancurkan Israel.. Sama-sama kita doakan agar semua negara Islam bersatu dan tulus ikhlas membantu pembebasan Palestine dengan memboikot semua produk Israel dan sekaligus terus bekalkan dana menyelamatkan anak-anak dan mereka yang tidak berdosa.
Berdoalah sepenuh hati dalam Tahajjud kalian, mudah-mudahan doa kita semua Allah makbulkan. Amin.
Dalam Ukhuwwah Islamiyah ada kekuatan.Kekuatan Iman dan Ukhuwwah kerana Allah yang
pasti menggetarkan musuh yang hanya bergantung kepada ikatan berasaskan kekuatan ekonomi dan kebendaan semata-mata tetapi '0' rohnya. Sepertimana kita mohon pertolongan Allah ketika berhadapan dengan syaitan, Insha Allah kemenangan pasti bersama pendukung Deen Allah kerana hakikat sebenarnya Zionis dan sekutu-sekutunya tidak kuat apabila Ekonomi mereka ditekan dan diboikot. Kesatuan akidah dan ukhuwwah sahaja yang dapat mengalahkan mereka. Insha Allah

![]() |
Majoriti umat Islam kini tertipu lebih mencintai produk Israel |

Comments
Post a Comment