Jiwa Girang Jika Kita Mentauhidkan Allah SWT
Minggu lepas, selepas bermusafir Johor, Melaka & Bangi girang rasa jiwa kerana dapat bersilaturahim dengan ahli keluarga dan sahabat handai sekitar Johor. Sampai di Tunjung, mungkin kurang rehat, graf girang merudum jatuh laju. Astaghfirullah al Azim. Muhasabah diri, berbincang dengan suami dan anak kandung, apa yang tidak kena?. Bila jiwa diracuni, mulalah mencari faktor-faktor luaran sebagai mangsa ''melepas diri'. Ibu segera beristighfar mohon petunjuk dari Allah, apa yang tidak kena dengan jiwa ini.
Subhanallah, jawapan daripada Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang, Allah izin ibu terlupa membaca doa yang bagaikan 'nyawa' sepanjang ibu mendapat tarbiyyah. Sering ingatkan orang lain, diri sendiri boleh lupa dek sibuknya bermusafir. Jom ajak-ajaklah orang lain selamatkan diri kita dengan perbanyakkaan doa berikut;
Subhanallah, jawapan daripada Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang, Allah izin ibu terlupa membaca doa yang bagaikan 'nyawa' sepanjang ibu mendapat tarbiyyah. Sering ingatkan orang lain, diri sendiri boleh lupa dek sibuknya bermusafir. Jom ajak-ajaklah orang lain selamatkan diri kita dengan perbanyakkaan doa berikut;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ
ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَ عَلَى طَاعَتِكَ
"Wahai yang membolak-balikkan ‘qalbu’,
tetapkanlah ‘qalbu’ku di atas ‘deen’-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu."
Hampir seminggu ibu proses jiwa ingin melupuskan segala gangguang fikiran dan cuba bersangka baik sengan semua kejadian dan terus melayan dengan baik semua mereka yang berurusan dan tanpa urusan dengan ibu. Maafkan... maafkan... maafkan dan serahkan segalanya kepada Allah uruskan keputusan-Nya. Hiburan bagi ibu apabila tempahan Buku Kaunseling Rabbani sentiasa bertambah, bahkan ada yang telah bank ini harga tempahan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.
![]() |
Peluang Bedah Buku Di Johor |
Tempahan 'Bedah Buku' juga terpaksa dihadkan setakat Johor dan Pulau Pinang sahaja dahulu kerana sebelum Ramadhan hendak berkunjung ke negara jiran, Insya Allah.
Semoga Allah permudahkan aktiviti Bedah Buku diteruskan selepas Ramadhan nanti. Insya allah.
Dalam kesedihan dan kesibukan, ibu tidak berani membatalkan halaqah staff Matri. Ibu teruskan juga dengan niat sekurang-kurangnya dapat merawat jiwa sendiri di sampig berkongsi dengan mereka yang hadir. Allah izin salah seorang yang hadir diserang Migrane yang serius. Majlis ilmu menjadi taman syurga dan klinik merawat dan belajar tapping SEFT (Spiritual Emotuinal Freedom Technique). Dalam rawatan itu sentiasa mengulang perkataan/ kalimah 'ikhlas dan pasrah' menerima ujian dari Allah SWT. Serahkan kesembuhan hanya kepada Allah, kita ikhitar semaksimanya. Alhamdulillah selepas halaqah semua ceria.
Penyampaiannya seiras input Kaunseling Rabbani
Dua minggu berturut-turut dua kali turun ke Johor, menerima jemputan keluarga Doktor pakar Tulang, sahabat karib suami. keluarganya minta suami membuat penyampaian ceramah santai. Mereka mengumpulkan semua jiran dan sanak saudara mendengar penyampaian suami 'Kewajipan Berdakwah'. Turut hadir sahibah ISMA yang karib dengan ibu suatu ketika dahulu. Doktor pakar sahibah bagi pihak ibu menghadiahinya Buku kaunseling Rabbani yang sudah ditempah. Ya Allah semuanya Engkau yang permudahkan..Terima kasih ya Allah..."
Ziarah ke Simpang Renggam, Allah izin selepas suami membuat penyampaian 'Menjadi Ahli Ibadah di abad 21," urusetia beri kesempatan ibu 'bedah buku' Kaunseling Rabbani secara ringkas. Memang ibu berdoa kepada Allah agar semua yang mendengar turut merasai dan Allah kurniakan syuur untuk bangkit memenangkan Deen Allah di muka bumi ini. Sungguhpun usaha ini nampak kerdil, namun jika dilaksanakan secara kolektif, sistem jahiliyah dengan sendirinya akan runtuh. Subhanallah, ada sahibah karib mengalir air mata mendengar 'talk' ibu dan tidak kurang yang ucap Tahniah kerana menurutnya ibu sudah berani bercakap di hadapan khalayak lelaki, sedangkan dirinya berani dengan mansyarakat lelaki tetapi belum dengan sahabat lelaki. Berani ini kena minta pada Allah. Lagipun memang sudah kena berlatih dari sekarang sebab sudah niat me'WAKAF'kan diri untuk memenangkan Deen Allah SWT selagi hayat dikandung badan. Alhamdulillah Allah pulihkan kembali, jiwa menjadi girang jika sentiasa meluruskan niat untuk mentauhidkan Allah SWT.
Dalam perjalanan ke Majlis Walimatul Urus anak abang di Kelana Jaya, mendapat whatsApp dari sahibah veteran di Johor "Terima kasih kerana masih menyayangi kami sekeluarga..." hampir menitis air mata kami membacanya. Masya Allah. Ya Allah ampunilah aku, jika ada jiwa-jiwa yang terluka sepanjang kami bersama mereka, rawatilah jiwa mereka, seperti mana jiwaku Engkau rawati kerana ingin sentiasa Mentauhidkan-MU...amiin ya Rabbal alamin
Comments
Post a Comment