Hikamtus Syuyukh Wa Hammasatus Syabab
Alhamdulillah,
ibu amat bersyukur kerana Allah aturkan agenda menarik sepanjang cuti
Deepavali bermula dari 24 Oktober hingga 28 Oktober. Cadangan awal
ibu perlu ke Johor, menyambung input 'Bahagia bersama Al-Qur'an' pada 26 Oktober, namun agenda itu ibu mohon kakak ibu teruskannya. Bagi memujuk hati yang luka kerana suara-suara tidak suka ibu bergerak cergas meninggalkan suami (walaupun suami redha dan benarkan) ibu berhajat hendak bercuti bersama warga MATRI dan SRATTI ber'family
day' di Telok Senangin, Lumut, Perak. Rancangan ini juga mencetuskan desas desus,
suara bimbang keadaan kesihatan si ayah. Bagi meyakinkan, anak ibu terus menghubungi pakar jantung yang dikenalinya kerana beliau mengikuti perkembangan keadaan jantung murabbinya dari jauh. Dr Zamrin ketika itu berada di Mesir.
Laporan terkini menyarankan agar UOHS istirehat kerana keadaan jantungnya sangat lemah, maka keghairahan ingin bersama di Telok Senangin terpaksa ibu kuburkan. Namun, Alhamdulillah, anak menantu ibu amat memahami sememangnya ibu dibesarkan dalam keluarga yang suka bermusafir dan ber'pic nic' khususnya ketika cuti panjang. Jasa Almarhum abah dan almarhumah emak setiap kali cuti, sanggup bawa kami berhimpit-himpit 13 beradik dalam kereta ber’pic nic’ samada dekat mahupun jauh. Rutin itu sudah menjadi darah daging ibu. Akibat terhalang hasrat ke Telok Senangin, Allah ganti dengan tempat yang lebih baik, walaupun dekat tetapi bagaikan kami berada di Telok Senangin.

ibu tidak kesepian, puas dan redha dapat bersama di Hotel Seri
Malaysia Kangar tanpa memikirkan ‘macam-macam yang berserabut’ ketika berada di rumah.
Hadiah paling berharga buat ibu apabila anak ibu amat selesa berkongsi pengalaman kerja dengan ayah tirinya. Pandangan orang tua sentiasa diutamakan. 'Hikmatus syuyukh wa hammasatus syabab' (kebijaksanaan orang lama dan semangat anak muda) perlu sentiasa digabungkan dalam keadaan kedua-dua belah pihak memiliki kesatuan akidah, kesatuan fikrah dan kesatuan amal (Wehdatul akidah, wehadatul fikrah dan wehadatul amal). Tanpa 3 kesatuan ini, duduk satu bumbungpun akan terasa jauh. Sebaliknya berbekalkan 3 wehdah ini, yang jauhpun Allah dekatkan. Anak muda beradab menyebabkan ibu tidak ada masalah untuk meraikan pandangan anak ibu agar ibunya berbakti sebaik-baiknya menyantuni ayah tirinya sebagai 'short cut' jalan ke syurga. Aamiin Pentingnya hubungan akrab antara ayah dengan anak-anak melalui 3 kesatuan ini. Perlu ada sifat tawadhuk dan beradab (anak muda) di hadapan orang tua, sanggup duduk rendah mengaji memahami 3 konsep utama ini, baharu Allah kurniakan kefahaman, kesedaran dan thiqah yang sebenarnya.

Pulang dari bercuti di Hotel Seri Malaysia, ibu diminta mengganti seorang ustazah Matri teruskan halaqah di masjid Padang Lati untuk kaum ibu. Ibu rasa sungguh bermakna halaqah kali ini kerana dapat mengerti konsep taqwa (takut kepada Allah) tetapi ingin dekat kepada-Nya, hingga merindui-Nya dan terlalu ingin menemui-Nya dalam syurga. Seorang ibu muda berkongsi tafsir surah Al Zanzalah, benar-benar mengetuk pintu hati. Allah, sayangnya ibu kepada ibu muda itu. Pengorbanannya membantu ibu menghidupkan halaqah dalam keadaan ibu masih mampu belum mengenal semua ahli halaqah tersebut. Selalu berjumpa tetapi belum mampu bertaaruf dengan semuanya. Ketika ini amat perlu kerjasama dan semangat dari anak muda. Hikamtus syuyukh wa hammasatus syabab.
Selepas
Asar kami dikunjungi oleh anak muda lepasan IPS HALUAN
mengadakan tamrin di Matri. Kunjungan mereka menziarahi suami ibu yang
'uzur' dan belum boleh aktif, namun tidak menghalang mereka
menuntut ilmu dan pengalaman dari 'gedung tarbiyah' selagi UOHS masih
ada. Siap dengan rakaman video sekali. Kunjungan mereka agak mengejut.
namun tidak menjadi masalah. Iltizam mereka dengan program ini walaupun jauh,
Alhamdulillah, Allah izin sempat juga
gorengkan mereka 'cucuq bilis' dan 'mee hoon goreng Singapore'. Licin licau,
seronok melihat mereka sungguh hargai masakan ala kadar itu. Semuanya dengan
pertolongan Allah, demi Deen Allah, ibu sayang mereka semua.
![]() |
Sifat Tawadhuk memudahkan mereka faham fikrah |
Pada hakikatnya memang ibu tak mampu, tetapi Allah gerakkan hati puteri-puteri yang hadir
berikan kerjasama yang padu, mereka tidak balik selagi tidak
mengemas kembali seperti keadaan mereka datang. Hikamtus syuyukh wa
hamasatus syabab. Perkongsian video boleh lihat di link berikut:
https://photos.google.com/share/AF1QipN40-YMbtTIokarruncLCtrOgFcK0D6tZ32NC200-UbNmYdmPKA3YPtKU_b2WqnqA?key=ZVFpTWd3V19BcHFvU1FxZWRKU2RldHd1NjFGNmFn
https://photos.google.com/share/AF1QipN40-YMbtTIokarruncLCtrOgFcK0D6tZ32NC200-UbNmYdmPKA3YPtKU_b2WqnqA?key=ZVFpTWd3V19BcHFvU1FxZWRKU2RldHd1NjFGNmFn
Pagi
tadi Kuliah Subuh, ibu kongsikan tajuk 'Proses Membina Insan
Rabbani' secara santai. Suami ibu berpesan ibu sediakan mind set 'tidak kecewa' kerana menurutnya; 'biasanya budak-budak, lepas Subuh mengantuk dan lena..." Alhamdulillah, sepanjang kuliah subuh bermula dari jam 6.30 hingga
8.00 pagi, tiada yang tidur, bahkan mereka makin excited hendak duduk di
hadapan. Amanat ibu buat mereka , "pemudi harapan Deen, kalian semua yang akan teruskan kerja-kerja ini kelak." Ada di kalangan mereka
sambung belajar di Darul Qur'an JAKIM, USIM, UITM, KTD dsb. Ibu doakan mereka bakal menjadi pakar
seerah atau pakar hadis dan pakar tafsir
Qur'an setelah tamat pengajian kelak. Hikamtus syuyukh wa hamasatus syabab.
Kesolehan mereka kini akan menjamin kesolehan anak cucu mereka
meneruskan kerjaya Dakwah dan tarbiyah hingga hari kiamat.
Sebelum ibu pulang salah seorang puteri bertanya;
"Teacher
ibu apa makna Iltizam syar'ie dan iltizam
tanzimi..."
(Komitmen atau keterikatan atau gabungan kita dengan Islam~ iltizam
syar'ie. Iltizam tanzimi adalah komitmen kita dengan organisasi/ jamaah)
“Istilah
ini teacher ibu baru belajar dari UOHS” Ini
perlukan lagi satu kelas untuk mengulasnya dengan pertolongan dari para
syuyukh biiznillah
Hikamtus
syuyukh wa hamasatus syabab~ Semangat kalian amat kami harapkan wahai sekalian anak muda, untuk menolong Deen Allah
menguasai bumi ini…
Artikel
ini mula ditaip pada 25 Oktober di Hotel Seri Malaysia
berakhir
pada 28 Oktober selepas Tamrin lepasan IPS HALUAN
di
Matri Tunjung .
Comments
Post a Comment