BAHAGIA BERSAMA AL-QUR'AN
Alhamdulillah, ibu berasa syukur sangat ke hadrat Allah SWT yang telah mengaturkan 'hiburan' untuk ibu ber'jaulah' ke Johor dengan izin suami. Redha Allah bersama redha suami. Ibu amat yakin, Alhamdulillah kini keadaan kesihatan suami semakin pulih dan bertambah baik. Insha Allah.
Dengan izin dan keredhaannya, Allah permudahkan ibu berpeluang mengunjung keluarga Almarhum akhi Samjudin Romani dan Almarhum Ustaz Khairy. Terubat rasa rindu setelah bersemuka serta dapat mendakap dan memeluk mereka. Syukur mereka redha dan akan meneruskan perjuangan almarhum suami masing-masing mulai hari Ahad 7 Oktober 2019, walaupun dibenarkan mengambil cuti panjang. Insha Allah berkat bantuan serta komitmen semua sahabat dan sahabiah HALUAN , banyak urusan mereka Allah permudahkan.

![]() |
Simpang Renggam, 03-10- 2019 |
Jazakumullahu khyran kathira kepada Dato' Safarudin & Datin Noraini serta Hj Baharom dan Hjh Ngasobah menemani perjalanan ibu ke sepanjag ke Simpang Renggam dan Tangkak. Semoga setiap pusingan roda kereta menuju ke sana Allah kurniakan ganjaran pahala yang berganda menanti di syurga. Insha Allah. Alhamdulillah, syukur, Allah izin masih ada yang memahami sungguh berertinya kerinduan ini...
![]() |
Buku yang menyuburkan cinta terhadap Al-Qur'an |
Sebenarnya tujuan utama ke Johor adalah untuk menunaikan janji ibu sebelum hijrah ke Perlis pada penghujung Mac 2015. Janji ibu adalah 'tidak akan meninggalkan perjuangan kakak-kakak yang ibu sayang sepanjang hayat' Merekalah pengganti menyambung perjuangan almarhumah emak dan almarhum abah menyayangi ibu selama ini.
Sebelum hijrah ke Perlis lagi ibu memang ibu sudah tanam azam dan niat untuk bantu Taska/ Tadika Smartop Subur Fitrah (kini ditambah dengan rumah Ngaji Mawaddah warahmah). Selagi terdaya ibu akan tunaikan janji itu dengan izin dan kebenaran suami. Suami ibu amat memahami dan tidak pernah menghalang bahkan membenar dan menggalakkannya. Semoga dengan menunaikan janji ini, ganjaran pahala amal soleh ini sentiasa mengiringi kehidupannya di dunia dan akhirat kelak.
Setakat ini yang merimaskan ibu adalah 'suara-suara' tak puas hati di kalangan anak-anak apabila ibu bermusafir. Sejak kecil ibu dibesarkan oleh ayah bonda sentiasa bermusafir. Musafir adalah rutin kehidupan ibu selamanya. Memang bagus jika anak-anak bersuara itu menunjukkan prihatin dan ambil berat. Jangan sekadar bersuara, buktikan dengan pengorbanan masa dan tenaga untuk ayah kalian sepanjang ibu tiada di sisinya. Yang penting belajarlah memahami perjuangan ini, musafir ibu ini adalah ibadah bukan sebaliknya. Dalam kerimasan itu suami ibu memujuk 'Depa masih budak-budak...tak faham perjuangan kita'

Sepanjang jaulah, ibu rasa sangat seronok bahkan terhibur kerana dapat belajar lebih mendalam setelah dapat berkongsi input buku 'Power Of The Al Qur'an'. Mudah-mudahan dengan input ini, semua muslimah yang mendengar bukan sekadar fasih membaca Qur'an dengan bertajwid, bahkan dapat memahami kandungan Al-Qur'an dan rasa mulia dengan Al-Qur'an. Pentingnya rasa ('zauq') ini untuk membangunkan Khaira Ummah di sekitarnya. Ibu rasa sangat terhibur kerana turut hadir salah seorang wakil pemudi Haluan Johor dalam program tersebut. Semoga beliau juga dapat manfaatnya. Insha Allah
Dalam bukunya, Dr Majdi Al Hilali telah menyentuh perasaan dan mengingatkan para pembaa, kenapa selama ini kita telah berlaku zalim terhadap diri sendiri? Zalimnya kita kerana;
1. Tidak
memberikan hak-hak Al-Qur’an untuk
membangunkan dasar-dasar keimanan dalam
qalbu kita.
2. Tidak meluangkan kesempatan kepada kemukjizatan Al Qur’an untuk memainkan peranannya dalam memperbaharui segala sesuatu yang patut
menjadi prinsip kehidupan kita.
3. Hanya
cari pahala membacanya sahaja dengan sebutan dan tajwid yang betul tanpa
memahami tujuan Al-Qur’an diturunkan
untuk menambah keimanan
Di hujung bab 3, Dr Majdi Al Hilali bermadah,
Saudaraku yang
tercinta…
Apakah kita tidak
ingin memberikan perhatian yang wajar terhadap Al-Qur’an ?
Apakah kita tidak
ingin untuk memperbaiki pola interaksi kita dengan Al-Qur’an?
Apakah kita tidak mahu memberikan keutamaan agar Al Qur’an
menjadi teman setia dalam hidup kita?
Apakah kita tidak
ingin memahami kembali sejarah turunnya Al-Qur’an dan menghidupkan segala kekuatan yang ada dalam diri kita?
Sedarkah kita
bahawa gelombang mukjizat Al-Qur’an sahaja yang
menjadikan kita insan yang soleh
dan solehah. Musleh dan Muslehah..
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah sekembali dari Johor, sangat terkesan membekas dalam jiwa rindunya hendak mendalami al Quran. Semoga ada peluang, dan ruangnya di sini. Insha Allah. Kesan dari jaulah itu, ibu semakin seronok mengajak ahli halaqah dan putera dan puteri Matri sentiasa rasa 'izzah' mendalami Al-Qur'an sebagai teman setia kita sepanjang hayat, di alam barzakh dan di Padang Mahsyar. Sesungguhnya memang benar bahawa Al-Qur'an adalah mukjizat, mengangkat darjat kaum yang mencintainya untuk berubah dan terus maju membina peradaban suci menuju keredhaan Allah SWT.
Berikut adalah input dari You Tube yang bermanfaat untuk menyuburkan lagi kecintaan para Muslimah terhadap Al-Qur'an
Berikut adalah input dari You Tube yang bermanfaat untuk menyuburkan lagi kecintaan para Muslimah terhadap Al-Qur'an
Comments
Post a Comment