Kematian Yang Menghidupkan Jiwa
Ahad, 29 September 2019
sebaik sahaja selesai mengedit bab 7 (Penutup) buku '30 Tahun
Dalam Naungan Tarbiyah,' selepas Zohor
ibu mula bersiap menghadiri Usrah Amal di rumah pengerusi Haluanita Perlis. Walaupun
sebelum Subuh panggilan jihad ke usrah
dimaklumkan, Alhamdulillah semua ahli
dapat hadir kecuali seorang berada di
luar Perlis. Tepat jam 3.00 petang program bermula. Tidak lama selepas kami
bertadarus surah Al Waqiah, ibu dikejutkan oleh deringan telefon dari
Johor memaklumkan berita yang sangat menyedihkan. Bergenang air mata,
seolah-olah peristiwa itu berlaku di hadapan mata. Tidak lama kemudian mendapat
'whatsapp' dari sahibah Kelantan memaklumkan berita menantunya meninggal
dunia di Johor dan beliau sempat e-mail bab 5 dan 6 yang telah diedit. Sepanjang
usrah ibu tidak boleh nak focus, kesedihan mulai bertakhta dan jiwa
ibu berada di Johor ingin memujuk ibu-ibu tunggal yang terkejut mendengar
berita kemalangan yang tidak disangka-sangka. Sila baca di sini;…https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/612271/pengetua-dua-kakitangan-maut-nahas
Ketika usrah
berlangsung sempat ibu lontarkan kata-kata sebagai moral support agar mereka redha dan ibu tahu hakikatnya mereka redha menerima berita ini cuma mereka terkejut…
“Hilangnya 3 Permata
Haluan Johor. Semoga apa yang telah dirintis akan diteruskan oleh kita yang
masih hidup. Istirehatlah sahabatku, tugasmu telah selesai…” menangis sayu juga ketika ibu menaip kata-kata itu.
“Salam takziah untuk
sahabat-sahabat dan sahibah-sahibah
Johor espc Faizah, Supini dan Zainor”
Selepas Asar ibu
maklumkan kepada suami yang sememangnya sudah lama suami tidak berminat hendak
membaca whatsapp. Tergenang air matanya terkejut mendengar sahabat ‘qowi’ sudah
tiada lagi di dunia ini… Dengan getaran
suara beliau minta ibu taipkan salam takziah untuk sahabat Johor dan ahli
keluarga yang terlibat.
Assalamualaikum wbt,
Mereka kembali kepada Allah dalam berjihad
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ
وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا
كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا
خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ
زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ
عَذَابِ النَّار
Semoga Allah kurniakn kesabaran dan ketabahan buat
ahli keluarga Almarhum akhi Samjudin, ustaz Khairy dan Ustaz Sodiq dlm
menghadapi ujian Allah.Ajal itu ketetapan Allah. Rujuk surah Ali Imran ayat
145.
Sama-sama
kita doakan roh-roh sahabat-sahabat kita selamat di alam barzakh dan alam
ukhrawi, bersama para syuhada. Yang pergi tetap pergi, yang tinggal teruskan
perjuangan di jalan Allah kerana Allah.
UOHS
Tunjung,Perlis
5.35 ptg
28 September 2019
Inilah contoh kematian yang banyak hikmahnya. Insan yang disayangi di atas pengorbanan mereka untuk mengajak manusia kembali kepada Islam syamil. kamil dan mutakamil. Kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa pemuda pemudi agar mengikurt jejak langkahnya berkorban segala-gala yang ada untuk ISLAM.
post dari Dr Mazlee, Menteri Pendidikan dalamFBnya:
![]() |
Para Bidadarimu di Syurga sedang rindu menanti kalian |
post dari Dr Mazlee, Menteri Pendidikan dalamFBnya:
Khabar duka yang saya terima hari ini.
Tiga kakitangan Sekolah Menengah Islam As-Syddiq, Simpang Renggam telah disahkan maut kerana terlibat dalam kemalangan di Jalan Felda Nitar-Mersing.
Luluh hati saya mendengar perkhabaran ini. Saya mengenali mereka bertiga. Salah seorang dari mereka, Cikgu Syamjuddin ialah sahabat baik saya.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Sama-sama kita doakan mereka termasuk dari kalangan orang yang soleh.
Selepas Maghrib, ibu dimaklumkan ada sahabat sedang usahakan rombongan dari Perlis yang akan naik flight (Penang)
direct ke Johor Baharu. Cuba minta izin dari suami, Allahu Akbar... ibu sedih lagi, suami keberatan melepaskan kerana tak
mahu dengar ‘banyak sangat bising nanti’
di kalangan anak-anaknya yang masih
belum faham perjuangan kami. Mereka
belum faham kami sudah bertaaruf lebih 30 tahun
dalam perjuangan ini. Nak cakap lebihpun persepsi mereka tetap negatif kerana sudah ada ‘mind set’ tak mahu memahami. Suami sentiasa ingin wujudkan suasana syurga dalam rumahnya, senyap sepi tanpa
sebarang komen negatif. Sabarlah wahai
ibu tiri… Terkenang nasihat ibu untuk calon isteri (janda anak 5) berkahwin dengan duda anak 3 (anak kakak) pada 21 September lalu di
Tasek Gelugur Pulau Pinang.
“Seburuk manapun suami dan anak-anak
tiri, setkan minda dan niat untuk sama-sama bawa mereka ke syurga”
![]() |
Barakallahu lakuma.....Ahmad Shukri & Muna Mardhiyah |
Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat....Baca sekurang-kurangnya 27 kali sehari. Semoga Allah ampunkan segala dosa umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. istiighfar untuk orang lain, malaikat akan doa "untuk kamu juga"...
Comments
Post a Comment