Doa Allah Redha

 Alhamdulillah, tahun yg sangat berkah Allah kurniakan, dipermudahkan bangkit lebih awal pagi memanfaatkat malam doa dimakbulkan Allah iaitu Malam Nisfu Syaaban. Ibu bimbang juga jika tergolong dalam kelompok orang yang bermusuh atau dimusuhi. Alhamdulillah Allah gerakkan hati ibu berdoa dalam sujud yang lama solat tahhajud. Semoga Allah makbulkan doa ini dan diampuni segala dosa yang lalu. InshaAllah.

"Ya Allah , aku Redha semua anak-anakku, anak-anak tiriku, anak-anak didikku". Semoga Allah ampuni kelemahan dan ketidakmampuan ibu melayan semua ragam anak-anak, menantu-menantu  dan cucu-cucu. Bagi ibu,  mereka memang layak menempah syurga Allah SWT  dengan hidayah dan taufiq Allah SWT. 

Hidayah dan taufiq hanya dari Allah. Sebagai orang tua, ibu berusaha mewarisi akhlak almarhum abah dan emak melalui keteladan mereka tidak melabel negatif, sentiasa doakan mereka, memaafkan. Semoga apa yang kita lakukan seikhlasnya akan diwarisi oleh anak cucu setelah kita transit di alam barzakh.

Bekas pelajar khassah istiqomah ziarahi bila cuti semester






Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil