Azam Terserlah Menjelang Nisfu Syaaban 1442 Hijrah
Alhamdulillah, Allah kurniakan kegembiraan dan keceriaan dalam jiwa ini dikunjungi oleh adik bungsu dan abang yang manis mulutnya dalam berkata-kata. Subhanallah, semuanya di luar dugaan, hari Khamis malam Jumaat, rumah Tunjung menerima tetamu dari jauh. Allah izin lega sedikit dan hilang kerinduan setelah sekian lama tidak berjumpa gara-gara Covid-19 . Apabila ditanya bagaimana boleh merentas dari Shah Alam ke Perlis kerana Negeri Selangor masih dalam PKP. Selamba adik bungsu menjawab, buat surat sendiri urusan kerja di ladang Telok Intan. Macam-macam projek dibuatnya . Alhamdulillah.
Ibu amat kenal adik bungsu ini memang ligat sejak kecil lagi selalu hilang dari rumah menunggang basikal ke kebun sayur di hujung kampung Solok, Tangkak. Atas inisiatif sendiri ada rasa tanggunjawab membantu 'cari nafkah' memungut sayur-sayuran yang 'reject' dibuang dan dibawa balik. Insha Allah, mudah-mudahan berkat, sayang sayur-sayur itu dari terbuang boleh dimanfaatkan. Agaknya tokey sayur sudah kenal adik dan teamnya yang sentiasa menunggu sayur. Abang-abang ketawakannya, masih meneruskan kerjaya yang diminatinya sejak kecil.
![]() |
Terasa diri sudah berumur, si adik masih ligat lagi. |
![]() |
Abangku yang sentiasa manis kata-katanya |
Sebelum bertolak pulang sempat ibu tanya siapakah yang akan mewarisi kerjayanya nak urus ladang tersebut nanti, maklumlah umur emas seperti kami ini sentiasa menunggu giliran dipanggil pulang ke Rahmatullah. Alhamdulillah, anak ketiganya yang sama kepala dengannya berminat untuk menjadi tulang belakangnya. Sarjana Akauntan dari Australia, mewarisi bakat ibunya yang pernah menjadi akauntan kanan di Menara Telekom selepas tamat belajar di Tasmania. Terlintas dalam hati ibu, alangkah bagusnya kalau anak ibu bergabung dalam projek mereka.
Sejak 2 hari lepas,anak ibu call tiap-tiap pagi, sayangnya ibu sibuk sangat. Selepas solat Jumaat, ibu berkelapangan dan call semula, 'pucuk dicita, ulam mendatang. Beberapa hari ibu terasa ada rasa 'tidak selesa' dari riak wajahnya semasa video call, kemungkinan anak rasa terkongkong dengan budaya business cara lama bossnya. Allah izin rentak business alaf siber ini perlukan keberanian melonjakkan pendapatan untuk menolong Deen Allah. Lintasan hati ibu menyebabkan terdetik dalam doa agar Allah pertemukan mentor yang boleh bimbing anak ibu melonjakkan business di kala semua travel agent mengalami kerugian teruk kesan Covid-19.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah luahan rasa hati hampir setengah jam mengundang kegembiraan kerana segalanya Allah aturkan menjelang Nifsu Syaaban. Menurut mentor yang berjaya itu; "anta copy paste sahaja cara ana, Insha Allah anta boleh jadi usahawan berjaya. Libatkan zaujah anta jaga bahagian kewangan..." Di hujung perbincangan ibu susuli dengan kata-kata semangat untuknya dalam wassap. Ada impian ibu di Madinah, semoga menjadi motivasi baginya dan mudah-mudahan Allah makbulkan doanya kerana cuba memenuhi impian murni seorang ibu. Apa yang ibu impikan adalah untuk kemudahan anak cucu cicit juga nanti. Biarlah impian ini menjadi rahsia kami berdua dan Allah menjadi saksinya.
Kesimpulannya,ibu memang gembira jika anak ibu buat keputusan berani untuk berdikari, mudah-mudahan potensi dan bakatnya dapat diraikan. Memang ibu berdoa agar kerjaya baharunya kelak sentiasa mendekatkannya dengan Allah SWT. Jika kerja sendiri pergantungan dan tawakkal kepada Allah 100%. Tauhid@ akidah lebih mantap. Insha Allah. Ya Allah permudahkan urusan anakku mewarisi bakat sahabat Nabi bernama Abd Rahman bin Auf, dengan inisiatif, inovatif dan kreativitinya kelak Deen Allah sentiasa mendapat pembelaan.
Allah izin selepas Asar hingga Maghrib sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak ibu semoga segala impiannya Allah makbulkan. Cantik sungguh Allah aturkan permulaannya. Semoga cantik lagi proses perjalanannya dan InshaAllah pasti cantik juga natijahnya jika tiada penyimpangan dalam beramal soleh.
Akhir kalam, ibu ingin merakamkan sekalung penghargaan dengan ucapan Jazakumullahu khyran kathira kepada kakak ibu Datin Noraini dan Hjh Ngasobah kerana teguran lembut yang menginsafkan. Ibu terasa dalam teguran itu ada perasaan cinta yang mendalam ingin selamatkan ibu. Alhamdulillah, amat terasa masih ada yang sayang. Ya Allah masukkanlah kakakku, Hjh Ngsobah dan semua yang menyayangiku ke dalam Syurga Firdausmu. Pertemukan kami semua dalam syurga Firdaus-MU...Kalian sentiasa di dalam doaku.
Comments
Post a Comment