Mohon Semua Dosa terampuni

23 Rejab 1442 Hijrah 

Alhamdulillah minggu ini dalam semua halaqah yang dikendalikan,  ibu cuba  fokus  untuk memahami dan memahamkan konsep syukur serentak menceritakan peristiwa Isra' dan mi'raj. Ibu kagum dengan kisah nabi Nuh yang sentiasa  bersyukur. Perhatikan surah Al Isra' ayat 1-3

Satu video yang sangat menyentuh jiwa hingga mengalir  air mata. Ibu kepada Imam muda Masjidil haram yang sangat  bahagia mendengar berita anaknya selesai (khatam)  hafazan Qur'an. Ibunya berdoa "Ya  Allah jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku..." Seminggu selepas itu benar ibunya meninggal dunia. Apa maksudnya  itu? memang mengalir  air mata. Minat dengan cara ibu itu menyerah  diri kepada Allah. Allah sudah tanamkan rasa rindu  dalam jiwanya. Allahu Akbar .


Ibu tertarik meniru doa ibunya ikut versi sendiri,

" Ya Allah, jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku di bumi Nabi-MU" (Madinah Al Munawarah). Memang rindu hendak menjejakkan kaki lagi menunaikan umrah atau haji lagi. 


Satu lagi kerinduan yang ingin  ibu rakamkan adalah  menanti turunnya  hujan. Subhanallah, sudah lama tidak hujan. Hari Jumaat, selepas siram pokok sayur di belakang, tiba-tiba hujan turun sebelum ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah. Di Arau, ada hamba Allah tunjukkan gambar  hujan air batu. Subhanallah. Terfikir betapa  hebatnya Allah, awan sangat  taat dan bersabar menakung air hampir 3 bulan hingga  beku menurunkan  hujan air batu. 

Sabtu semalam, jiran hadapan rumah buat khenduri kahwin anak perempuannya. Alhamdulillah hujan lagi selepas Zohor. Tak payah siram pokok lagi. Meriahlah rumput  dan  tumbuh-tumbuhan mendapat hujan.  

Ibu rasa sejak 5 Januari 2021, jarang sekali hujan menyebabkan rumput carpet mulai menguning dan ada yang sudah hitam. Rasa bersalah juga sebab hanya siram pokok bunga sebaliknya rumput-rumput  hampir mati kekeringan. ibu aturkan strategi cuci kereta atas rumput.  Buaian besi berbumbung diletakkan atas rumput, mudah-mudahan dapat  teduh dari kepanasan bahang matahari yang menyengat. Hikmahnya, buah harumanis mulai menjadi di seluruh Perlis kesan dari kepanasan yang memanjang. Jika  tidak terkena bahang panas, harumanis  kurang menjadi

Tup..tup...tup. Terlalu cepatnya masa berlari  

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil