رَبُّنَا اللَّهُ (Tuhan kami ialah Allah)


Dua minggu terakhir ini agak penuh  waktu dengan sesi kaunseling untuk puteri-puteri  ITIP, Matri  dan staf yang memerlukan bimbingan menangani ketidak stabilan emosi. Rasa macam tak menang tangan dan amat perlu diwariskan kemahiran terapi ini kerana kes remaja di luar sana lebih tenat lagi yang memerlukan bantuan. Allah izin lebih 10 kes seminggu didapati punca utamanya adalah pendaman yang bertahun-tahun yang  tidak dirawat  hingga menjadi sampah emosi yang berkeladak dalam jiwa. Agaknya kalau di 'ruqyah' akan muntah darah hitam dan daging busuk barangkali...Wallahu 'alam. Moga Allah aturkan agenda-Nya, ibu dapat belajar kemahiran  merukyah...Insya Allah 

Minggu lepas, ada seorang anak gadis dihantar kerana mengalami 'depressi' yang tidak terkawal membimbangkan rakan sebiliknya. Keadaannya asyik merapu, fizikalnya lembik macam kain buruk menyebut  "hendak mati...hendak mati, hendak mati". Apabila dikenalpasti, rupa-rupanya dia takut ibu kandungnya datang  melawatnya. Walhal hampir 20 tahun dirinya rasa tidak disayangi. Sejak darjah dua (8 tahun) jiwanya merana menyebabkan terpendamnya perasaan benci  yang amat sangat terhadap ibunya. Menurutnya kelahiran dirinya seolah-olah telah menyusahkan ibunya... 


Usaha juga cuba merasionalkannya bahawa itu hanya perasaan  negatif yang perlu dirawat. Jangan biarkan syaitan menguasai diri... 

Ketika menjadi 'bidan terjun' beri ceramah mengganti seorang ustazah MATRI  yang demam panas petang tadi,  ibu berpesan kepada kaum ibu yang hadir agar menyayangi anak-anak, memahami perasaan mereka supaya mereka tidak mengalami tekanan perasaan  yang amat serius  apabila dewasa nanti. 
Tiba-tiba timbul  persoalan : Habis kalau anak buat salah tak boleh marah lah ya?....

Ibu baca hadis;
"Jika kita beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik-baik ataupun diam"
Insya Allah kita boleh tegur sikapnya yang tidak ikut syara' dengan kata-kata yang baik, tidak perlu sampai berleter, terjerit pekik seolah-olah membenci anak. Ramai ibu bapa keliru, bila tegur kesilapan anak, sering mengungkit-ungkit seolah-olah anak itu sentiasa menyusahkannya. Ramai anak-anak rasa dirinya tak berguna dan menderita jiwanya kerana tidak dikenalkan pentingnya mengadu masalah kepada Allah.Ibu perasan, ramai ibu-ibu yang ego tak suka mendengar teguran ini, tetapi setelah ceritakan khabar baik dari Allah, akhir sesi ramai  yang berterima kasih kerana  harapkan  redha  Allah semata-mata untuk istiqomah memenangkan Deen Islam dengan menyelamatkan generasi pewaris  kita.
Berikut  adalah bahan tarbiyah yang ibu taip semula lepas penyampaian salah seorang murabiyyah Matri, ada juga sedikit  tambahan hasil bacaan dari sumber lain.

 Khabar  Gembira Dari Allah

Pasakkan Tauhid dalam jiwa kita dan generasi pewaris bermula dengan Makrifatullah` Mengenal Allah bahawa Tuhan kami adalah Allah. Pentingnya makrifatullah sebelum kita menikmati proses penyerhan diri  hanya kepada Allah. Allah  Maha Pencipta, Maha Memelihara, Memenuhi segala hajat, memberi keperluan roh dan fizikal. Allah yang bimbing, mengawasi dan memperbaiki segala urusan. Allah yang beri hidayah & taufiq, beri ilham, kurniakan kehalusan  budi. Allah jua yang  kurniakan ilmu, menentukan yang haq dan batil. Allah sebagai tuan, pemilik, penentu hala tuju hidup dan memberi ketenangan dan hikmah.
Allah yang kita sayangi, yang cintai , yang sentiasa patuhi dan merupakan tempat kita bergantung harap dan mohon segala pertolongan sangat mencintai  hamba-Nya, justeru itu diberikan khabar gembira untuk para hambanya yang bertaqwa. Firman-Nya;


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا
وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ (30) نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (31) نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ (32)
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami ialah Allah, " kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) SYURGA yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Firman Allah Swt.:{إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا}
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami ialah Allah, " kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka. (Fushshilat: 30)
Mereka sangat ikhlas dalam beramal hanya kerana Allah SWT. Kenal Allah, cinta Allah dan Taati apa yang telah diperintahkan oleh Allah Swt. kepada mereka.


Dari Anas ibnu Malik r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah Saw. membacakan ayat berikut kepada kami (para sahabat), Fushshilat: 30, sabda baginda “… Sesungguhnya ada segolongan manusia yang telah mengucapkannya, tetapi setelah itu kebanyakan dari mereka kafir. Maka barang siapa yang mengucapkannya dan berpegang teguh kepadanya hingga mati, berarti dia telah meneguhkan pendiriannya pada kalimah tersebut.”

Saidina  Abu Bakar mengatakan bahawa mereka (yang dimakudkan dalam ayat 30)  itu adalah orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun.
Abu Bakar r.a. pernah mengatakan, "Bagaimanakah menurut kalian makna firman-Nya dalam surah Fushshilat: 30)? Maka mereka menjawab, "Tuhan kami ialah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendiriannya dengan menghindari dari perbuatan dosa. Maka Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya kalian menakwilkannya bukan dengan takwil yang sebenarnya. Lalu mereka berkata, "Tuhan kami ialah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendiriannya, tidak menoleh kepada Tuhan lain kecuali hanya Allah.

Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai suatu ayat di dalam Kitabullah yang paling ringan. Maka Ibnu Abbas membaca  surah Fushshilat ayat 30 dalam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah selain Allah.

Umar Al Khattab r.a. membaca ayat ini di atas mimbarnya, kemudian mengatakan, "Demi Allah, mereka meneguhkan pendiriannya kerana Allah dengan taat kepada-Nya, dan mereka tidak  seperti musang."
Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. sehubungan dengan makna firman-Nya  surah Fushshilat ayat  30 iaitu  mereka sentiasa menunaikan hal-hal yang difardukan oleh-Nya.
 Hassan sering  berdoa  "Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami, maka berilah kami istiqamah (keteguhan dalam pendirian)."
Abul Aliyah mengatakan  maksud ayat ini ialah  mengikhlaskan ketaatan dan beramal kerana Allah Swt.

Seorang lelaki berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkanlah kepadaku suatu perintah dalam Islam, yang kelak aku tidak akan bertanya lagi kepada seorang pun sesudahmu." Rasulullah Saw. bersabda: Katakanlah, "Tuhanku ialah Allah, " kemudian teguhkanlah pendirianmu! Lelaki itu bertanya, "Lalu apakah yang harus kupelihara?” Rasulullah Saw. mengisyaratkan ke arah mulutnya (menjaga lisan/lidah).   (HR Imam Ahmad) Sufyan ibnu Abdullah As-Saqafi juga  menceritakan yang sama.
Hisyam ibnu Urwah, dari ayahnya, dari Sufyan ibnu Abdullah As-Saqafi yang menceritakan bahawa ia pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, katakanlah suatu urusan kepadaku tentang Islam, yang kelak aku tidak akan menanyakannya kepada seorang pun sesudah engkau." Rasulullah Saw. bersabda:
Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, " kemudian teguhkanlah pendirianmu.  (HR Imam Nasa’i)

Firman Allah Swt.:{تَتَنزلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ}
maka malaikat akan turun kepada mereka. (Fushshilat: 30)
Ramai ulamak mengatakan bahawa yang dimaksud ialah ketika mereka menjelang kematiannya, (sakratul maut) para malaikat itu turun kepada mereka dengan mengatakan:{أَلا تَخَافُوا}
Janganlah kamu merasa takut. (Fushshilat: 30)
Ada ulamak mengatakan bahawa makna yang dimaksud ialah janganlah kamu takut dalam menghadapi kehidupan masa mendatang di akhirat.{وَلا تَحْزَنُوا}
dan janganlah kamu merasa sedih. (Fushshilat: 30)
terhadap urusan dunia yang kamu tinggalkan, seperti urusan anak, keluarga, harta benda dan hutang; kerana sesungguhnya Kami akan menggantikanmu dalam mengurusnya.
{وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ}
dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. (Fushshilat: 30)
Para malaikat menyampaikan berita gembira kepada mereka akan lenyapnya (dipadam) semua keburukan dan akan memperoleh semua kebaikan (rekod baik).
Hal ini sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Al-Barra r.a. yang mengatakan bahawa sesungguhnya para malaikat berkata kepada roh orang mukmin, "Keluarlah engkau, hai jiwa yang baik, dari tubuh yang baik yang sebelumnya engkau huni, keluarlah engkau menuju kepada ampunan dan nikmat serta Tuhan yang tidak murka."

Ada ulama berkata bahawa  para malaikat turun kepada mereka  ketika  mereka dibangkitkan dari kuburnya.
Ketika Sabit membaca “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, "Tuhan kami ialah Allah, " kemudian mereka meneguhkan pendiriannya, maka malaikat akan turun kepada mereka. (Fushshilat: 30) Maka dia berhenti dari bacaannya, kemudian berkata bahawa telah sampai suatu berita kepada kami yang menyebutkan bahawa seorang mukmin ketika dibangkitkan oleh Allah Swt. dari kuburnya, ada dua malaikat menyambutnya. Kedua malaikat itu yang dahulunya selalu bersamanya ketika di dunia. Lalu keduanya mengatakan kepadanya, "Janganlah kamu takut dan jangan pula bersedih."  dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah di  janjikan Allah kepadamu. (Fushshilat: 30). Maka Allah menenteramkan rasa takutnya dan menyenangkan hatinya, dan tiada suatu peristiwa besar yang terjadi di hari kiamat yang ditakuti oleh manusia melainkan hal itu bagi orang mukmin merupakan penyejuk hatinya berkat petunjuk Allah Swt. kepadanya, dan berkat amal perbuatannya selama di dunia.


Zaid ibnu Aslam mengatakan bahawa para malaikat itu menyampaikan berita gembira kepada orang mukmin saat menjelang kematiannya dan saat ia dibangkitkan dari kuburnya.
Firman Allah Swt.:     نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ
Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat. (Fushshilat: 31)
Para malaikat itu berkata kepada orang-orang mukmin, menjelang kematiannya,

"Kami adalah teman-teman kalian selama di dunia, kami bimbing kalian, kami luruskan kalian dan kami pelihara kalian berkat perintah Allah. Demikian pula kami akan selalu bersamamu dalam kehidupan di akhirat; kami menemani rasa kesepianmu dalam kuburmu dan pada saat sangkakala ditiup, dan kami selamatkan kamu pada hari berbangkit, kami bawa kamu berlalu menyeberangi sirat, dan kami sampaikan kamu ke syurga yang penuh dengan kenikmatan."
{وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ}
di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan. (Fushshilat: 31)
Maksudnya, di dalam syurga kamu memperoleh semua yang kamu pilih dan semua yang kamu inginkan, juga memperoleh semua yang dipandang sedap oleh matamu.
{وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ}
dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. (Fushshilat: 31)
Apapun permintaanmu, niscaya kamu akan menjumpainya berada di hadapanmu seperti yang kamu minta dan kamu pilih.
{نُزُلًا مِنْ غَفُورٍ رَحِيمٍ}
Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Fushshilat: 31)

Maksudnya  jamuan, anugerah, dan pemberian nikmat dari Tuhan Yang Maha Pengampun semua dosa kalian lagi Maha Penyayang kepada kalian serta Maha Pengasih, kerana Dia telah mengampuni, menutupi segala aib, mengasihani dan bersikap lembut kepada kalian.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil