Pilihan Allah Lebih Baik

 Jumaat 

21 Zulhijjah 1445

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan urusan membawa suami ke Klinik homopati dan herba di Pt Buntar hari Selasa 25 Jun 2024. Perkembangan kesihatan jantung bertambah stabil, darah tidak bertoksid lagi, cuma sarafnya masih tegang ( kesan trauma terjatuh) dan ada masalah buah pinggang (perlu minum air 0 lbih banyak)

Bagi ibu masih ada sedikit lagi masalah gangguan ingatan (kesan trauma ujian bertubi-tubi sejak awal umur 30an)... InshaAllah semua pasti ada hikmahnya, Allah ArRofiq, Al Latif hendak selamatkan ibu dari fitnah jawatan (pengetua hendak naikkan ibu ke jawatan yang dia kehendaki) dan fitnah poligami yang tidak adil. Ibu tidak cerita dengan orang lain, hajy terlintas dalam hati, mungkin ini puncanya. Namun ibu mohon Allah tetapkan hati redha terima semua ujian ini hingga Allah redha dengan penyerahan total hati ini kepada-Nya. Semoga beroleh Husnul khotimah dan dapat menuju ke ar Rofiqul A'la

Hari Isnin sehati sebelum ke Parit Buntar, sempat teamwork Gema Fajar menjemput Al Fadhil Ustaz Darus kongsikan pengalaman menterjemahkan buku Cahaya Abadi Muhammad sallallahu alaihi wassalam Kebanggaan Insan Sejagat. Walaupun seolah-olah banyak urusan yang perlu ibu bereskan kerana adik bungsu ibu cuti MC 10 hari selepas menjalani pembedahan matanya. Jadual dan rutin harian program  Gema Fajar perlu diselaraskan dari masa ke masa. Benarlah jika kita menolong Deen Allah, segala urusan Allah permudahkan. 

Asalnya ibu atau ukhti Asnah sebagai moderator, ibu ubah anak muda yang bersemangat waja dari Johor  iaitu Ustaz Muhammad Tsaqif bin Kamdani sebagai moderator. Ibu kenal anak muda ini belum lagi berusia 30 tahun sudah terdidik sejak kecil dengan usrah dan halaqah. Keberanian luar biasa menyebabkan secara spontan ibu bertanya ustaz Darus tentang proses ketsiqahan Rasullullah sallallahu alaihi wassalam terhadap Usamah bin Zaid. Baginda berani melantik Usamah bin Zaid menjadi komandan atau ketua ekspidisi tentera Islam cuba menawan Palestine. Walhal umur Usamah belum sampai 20 tahun. 

Menurut Ustaz Darus, Islam sebenarnya mematangkan kanak-kanak. Pendidikan selain Islam secara jelas telah menyimpang dari keimanan, orang tuapun boleh jadi kanak-kanak.



Syukur Alhamdulillah, ansorullah dalam Gema Fajar semakin bertambah menjadi sukarelawan bergilir-gilir menjadi petugas yang menjayakan program taddabur Gema Fajar setiap pagi. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Banyak mempermudahkan urusan ibu menyelaraskan aktiviti sepanjang adik bungsu ibu belum sihat lagi. 

Turut menjayakan program pertemuan secara fizikal di Rumah Ngaji Mawwaddah Tangkak. Pertemuan sempena Aidil Adha bertemakan ukhuwwah fillah till Jannah.

Seronok ikuti perkembangannya dari jauh, walaupun tidak ramai yang hadir termasuk adik bungsu dan kak uda yang masih uzur di Shah Alam, namun kemanisan ukhuwwah fillah tetap dapat dinikmati. Kak Ngah tidak keseorangan, ditemani oleh warga Gema Fajar yang tsiqah dan setia. Paling tidak sangka, nenek-nenek yang hadir sama-sama bernasyid lagu 'Teman Sejati'


Sebaik sahaja selesai program tersebut, Ahamdulillah ramai yang sarankan kami rutinkan Ustaz Darus kongsikan pengalamannya dalam menterjemahkan pelbagai buku, khususnya buku  Cahaya Abadi Muhammad sallallahu alaihi wassalam setiap minggu. Namun Ustaz merespon boleh adakan 'jarang-jarang sekali' dan tidak menetapkan dalam hari yang sama. 

Dalam sesi soal jawab secara santai di penghujung forum sempat ibu bertanya ustaz tentang Usamah bin Zaid. Jawapan beliau "indahnya Islam, mematangkan kanak-kanak cepat dewasa "

Jauh bezanya dengan sistem pendidikan warisan penjajah, mengajar kanak-kanak bahkan orang tuapun jadi macam kanak-kanak. Semoga tarbiyah Madrasah Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang terkandung dalam buku,'Cahaya Abadi Muhammad sallallahu alaihi wassalam Kebanggaan insan Sejagat'  memberi kita semua inspirasi 'jangan berperangai kanak-kanak. Perlu banyak membaca Qur'an dengan penuh kefahaman dan kesedaran untuk membangun ummah dan peradaban masa depan anak cucu kita seluruhnya. 



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil