Kebahagiaan HDA sempena 10 hari Awal Zulhijjah 1445 Hijrah

 Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Allah kurniakan rasa bahagia sangat menjelang Zulhijjah dan mudah-mudahan untuk hari seterusnya hingga akhir hayat Allah kurniakan rasa bahagia dan manis menjalin hubungan hati dan Al Qur'an. Taddabur surah Al Baqarah mulai ayat 196 sepanjang minggu ini mengenai Haji telah mengimbau kembali kenangan ibu menunaikan Haji buat kali pertama 1998 dan kali kedua tahun 2008.

Kenangan yang mengusik jiwa. Syukur Alhamdulillah ibu tidak pernah menyesal, biarlah hanya tinggal kenangan yang tidak merosakkan ganjaran pahala Haji pertama dan kedua. Antara dua peluang, haji kali pertama amat terasa dapat layanan VVIP sebagai dhuyufurahman. Terasa faqeer, tunaikan haji guna passport merah, menumpang rumah mutawif  bernama Pak Muslim dan isterinya Muna. Dapat bilik khas di tingkat atas rumahnya. Untuk tidak menyusahkan tuan rumah santuni kami, biasanya kami keluar sebelum Subuh ke masjidil Haram dan balik selepas Isya' siap makan. 

Wukuf di Arafah kami pergi bersama keluarganya dengan nenek dan anak-anaknya yang masih kecil. Siap bawa lauk Pauk dan buah-buahan. Kami bertolak satu Van sebelum Zohor 9 Zulhijjah, bagaikan pic Nic duduk bawah pokok hingga menjelang Maghrib. Malam sebelum wukuf, ibu siap buat macam-macam wasiat seolah-olah sedang menuju kematian. Mujurlah masa itu belum ada yang jual kain kafan. 

Tunaikan haji kali pertama walaupun terpisah dari jemaah Malaysia, namun kami berpeluang berjumpa sahabat dan sahibah di bumbung Masjidil Haram. Kenangan indah, teramat indah. Pergi sendiri, berpeluang balik lebih awal, tidak sampai sebulan. Ibu ambil cuti haji mengejut dengan budi bicara pengetua yang memahami.

Wajib Haji sekali memang sepatutnya.

Kali kedua tahun 2008, ikut pakej tabung Haji, menyantuni orang tua yang sebilik. Kali ini ambil cuti tanpa gaji. Anak ibu sedang mengaji di UIAM Gombak.

Ibu pasrah dan Allah yang permudahkan ibu dapat berdamai dengan takdir. Kehilangan peneman ibu menunaikan Haji dua kali tidak menjadi kudis di hati. Semoga beliau bahagia dengan keluarga di seberang sana. Hazamin Fadhli Rabbi.

Hari semalam, Allah kurniakan rasa sangat manis dalam hati dapat kumpulkan kembali anak-anak saudara di Bintulu dalam usrah online. Allah izin masing-masing dah mulai cuti semester. Salah seorang daripada mereka iaitu 'angah' terpilih ikuti usrah bersama pensyarah yang merupakan bekas pelajar matri. Di politeknik Kuching.

Ibu seronok dan rasa bahagia sangat dengan kepatuhan ketiga-tiga anak muda, kesan tarbiyah Matri sebelum ini. Ditanya tentang HDA, semua faham istilah itu mereka perolehi dan fahami ketika mengaji di Matri sebelum COVID-19. 

Frasa HDA juga ibu cuba uji ingatan bekas pelajar Matri yang ikut serta program Gema Fajar setiap pagi. Nusrah dapat jawab dengan mudah kerana HDA telah menjadi darah dagingnya. Inilah hakikat kebahagiaan yang ingin sama-sama kita suburkan dalam lubuk hati anak cucu jika ibu bapanya mereka juga terlibat dalam proses tarbiyah akan sangat permudahkan urusan tarbiyah.

 Jika tiada skill dan penerusan  dari ibu bapa amat payah proses itu dapat dijadikan darah daging. Kedegilan ibu bapa akan diwarisi oleh anak-anak masing-masing. Ibu sekadar dapat memerhati dan payah nak pujuk-pujuk atau menegur. Teguran melalui blog ini sahaja yang ibu mampu.

Sami'na wa atho'na (kami dengar dan patuh) terhasil dari jiwa yang mencari-cari hidayah. Subur apabila ada HDA.

Tanpa HDA, anak-anak akan bawa watak degil bertopeng kepatuhan yang palsu. Macam bani Israel, Sami'na wa asoina (kami dengar dan tidak patuh) 

Realiti ini juga menjadi ujian bagi ibu berhadapan dengan anak didik yang degil (tidak tsiqah dengan tarbiyah di Matri) bahkan menolaknya. Inilah kesan tiada HDA dalam lubuk hati masing-masing kerana tertipu dengan pendidikan semasa, kejar glamour dan kerjaya semata-mata.

HDA adalah Hubungan Hatimu dengan Allah SWT. Inilah prasa keramat hasil didikan murabbi Matri, terkesan dan berbekas di hati anak didik Matri. Siapa yang tidak mengaji di Matri, mereka tidak dapat rasakan kemanisan adanya HDA bertakhta di hati.

Tahun 1980an ibu sering berkunjung ke Matri untuk memahami proses tarbiyah HDA yang memang tiada di tempat lain. Dengan adanya HDA, keberanian untuk melaksanakan kerja Dakwah dan Tarbiyah sentiasa mendapat pertolongan dari Allah SWT. Alhamdulillah 

Hazamin Fadhli Rabbi 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil