Masuk Syurga Sekeluarga

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah yang amat mencintai para hamba-Nya  dengan sifat Ar Rahman, khususnya cinta-Nya kepada hanba-Nya yang bertaqwa dengan sifat Rahim-NYA. 

Allahumma  Ya Affu, Ya Ghaffar, Ya Tawwab yang sentiasa memberi kita peluang memohon maaf, mohon keampunan dan diterima Taubat kita  setiap  hari. 

Selawat dan salam ditujukan kepada  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kepada kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri  kepada Allah SWT hinggalah  pada hari Kiamat. Firman Allah SWT  dalam surah At-Thaghabun ayat 14;

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّ مِن أَزوٰجِكُم وَأَولٰدِكُم عَدُوًّا لَّكُم فَاحذَروهُم ۚ وَإِن تَعفوا وَتَصفَحوا وَتَغفِروا فَإِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَّحيمٌ


Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Selaku orang tua, kami sentiasa  memohon kepada Allah diberikan kesabaran untuk memaafkan dan tidak memarahi, mudah-mudahan diam kami ada hikmahnya agar kami dapat re-union, masuk syurga sekeluarga. Insha Allah. 

Mutakhir kini, ibu  sering terkenang  peristiwa sedih  pada hari pertama Ramadhan tahun 1991, sebaik sahaja  kami selesai iftar  dan solat berjemaah di rumah Uda Ani Bukit Persekutuan, kami dapat panggilan telefon dari Pantai Medical Centre memaklumkan  ayahku  sedang nazak. Jantung atau paru-parunya  bengkak. 

 "Petang tadi  baharu  bersembang  dengannya. Abah tanya  bila nak balik JB?" Posting  pertama  ibu di SMK Skudai Johor  Baharu.  Ibu amat kagum dengan persiapan  emak membawa limau nipis dan mencuci  kuku kaki dan tangan abah dengan limau nipis. kuku abah agak hitam kerana memetik koko di kebun ketika sihat.  Kakakku berbisik ketika kami dalam lif  nak balik  rumahnya; "Norli, perasan tak hidung  abah dah jatuh..." Berderau  darahku namun ibu nafikan tetap berharap abah akan kembali sihat.

 Melihatkan keadaan  abah stabil, kami sudah beli tiket nak balik malam tu sebab lihat  abah OK sahaja. Ramai  yang berkunjung  menziarahi abah. Semua  duit tetamu  bahagi, abah hulur pada emak. Abah memang sayang mak... selalunya mak yang sakit, tak sangka  abah yang selama ini sihat, tiba-tiba sakit mengejut. Kak Ngah telefon seawal pagi sebelum subuh memaklumkan  abah dibawa ke hospital Pantai Kuala Lumpur dari Tangkak atas  arahan  abagg ibu Hj Rosli. Mudah anak-anak di  KL nak ulang alik melawatnya kelak. Kami bersiap dn terus  ke air port  Senai beli tiket dan mohon cuti kecemasan melalui talian telefon. Mubarak ketika itu  baharu 3 tahun. 

Kami 11 beradik  sempat berkumpul mengelilingi katil abah dalam wad. Allah izin, tanpa segaja dan tidak dirancang ibu tertolak ke kepala abah. Dua lagi  abang ibu tak sempat bekejar dari Johor. Hj Kamardin dan Uda Ani gilir-gilir bisikkan  kalimah syahadah di telinga kanan abah. Ibu usap-usap kepala Abah seolah-olah merasai sakitnya  nyawa atau roh nak keluar  dari  jasad. Ibu perhatikan saat nyawa keluar dari hujung kaki perlahan-lahan naik ke atas keluar  tak pasti samada  dari mulut atau hidung. Yang pasti ibu terusap dari kepala terus  menutupkan kelopak mata abah. 

Amat  terasa kehilangan insan kesayangan yang sangat ambil berat  kebajikan dan silaturahim kami sekeluarga bahkan adik beradik, sahabat handai dan jiran tetangganya. Paling ibu rasakan, keperihatinan abah sering  ziarah  rumah anak-anak tidak kira samada di Johor  mahupun di KL/Shah Alam.

Tiket balik ke Johor kami 'burn'. Ibu dan Mubarak tumpang  kereta Hj Hairudin mengiringi jenazah  abah pulang ke Tangkak. Baharu  sampai  Tangkak, Mubarak maklumkan  ibu  nampak atok abah duduk di kerusi  ruang tamu. Mata kanak-kanak mungkin nampak roh, wal hal jasad belum sampai lagi.

Ibu rakamkan kisah yang sudah lama berlalu ini sebagai kenangan dan ingatan untuk semua  anak menantu dan cucu-cucu bahawa kalian memiliki seorang atok atau ahli keluarga yang sanggup 'poket kosong' kerana menolong orang lain. Sebaik-baik manusia  adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain. Apa sahaja kebajikan dan amal soleh kami adik beradik lakukan  selamanya akan mengalirkan ganjaran pahala berpanjangan untuk almarhum abah dan almarhumah emak. Almarhum abah sangat mencintai majlis ilmu atau taman-taman syurga. Rumahnya di Tangkak sering dimakmurkan dengan majlis ilmu dan kerap menjadi markas program buat tamrin dan ijtimak. Abah dan emak dapat dengar  sekali penyampaian sahabat Haluan. 

Sekurang-kurangnya sebulan sekali  kami gilir-gilir berkumpul mengikuti majlis  ilmu sebagai taman-taman syurga  di dunia. Jamuan itu sekadar bonus sahaja, kami tidak  mahu membebankan tuan rumah. Kami buat 'pot luck'. Budaya 'taman syurga  di dunia ini kami hidupkan juga dalam keluarga  'bekas suami' (ayah Mubarak). Mereka ada 8 beradik, dalam setahun kami akan bergilir-gilir  menjadi 'host' jemput penceramah ke rumah dan adakan jamuan makan selepas solat berjemaah. Alhamdulillah program  giliran ini berterusan  sangat  mengembirakan  ibu bapa mertua. Kami adakan program mulia ini semata-mata  mengharapkan keredhaan Allah SWT. Pernah sekali kami dapat kumpulkan  lebih 200 ahli keluarga, semoga  di syurga  nanti kami dapt  berkumpul lagi dengan keadaan yang lebih meriah lagi. Insha Allah.

Sejak  berhijrah ke Perlis mulai April 2015  memang ada juga  niat hendak sama-sama hidupkan taman-taman syurga di rumah Tunjung. Alhamdulillah memang dapat buat  tetapi  bukan dengan ahli keluarga. Ibu termaklum sendiri, siapalah  yang sudi nak seusrah dengan ibu tiri kan? 5 tahun  bersabar menanti saat  yang Allah izinkan. Ini adalah ujian yang ibu akui  tidak mampu hendak ubah 'zon selesa' yang telah bertahun-tahun mewarnai kehidupan mereka. Sekadar  yang Allah izinkan ibu teruskan usrah  dengan  pelajar dan ibu-ibu  muda yang telah diamanahkan oleh kepimpinan Haluan Perlis. Ibu sering ditanya setakat mana sudah mulakan halaqah keluarga. Sejujurnya ibu jawab "ana buat dengan suami sahaja". Apa nak malu, jawapan itu mencerminkan kegagalan ibu. Namun suami sering ingatkan bukan natijah yang kita harapkan. 



Alhamdulillah Allah izin pada hari Jumaat 04 Disember  2020 terdapat  Nur Allah menceriakan keluarga  ini apabila cucu-cucu berikan kerjasama memulakan  taman syurga  kami bersama dengan bacaan Qur'an, baca hadis, seerah diakhiri  dengan wasiat dari suami. kemudian kami makan bersama sekadarnya. Semoga program ini bukan  yang terakhir  dan akan menyusul lagi serta  berterusan selama-lamanya memakmurkan rumah  46-D ini  dengan taman-taman syurga  di dunia. Sebelum tidur suami tersenyum puas dan berpesan agar program Masuk Syurga Sekeluarga itu diteruskan, latih cucu-cucu dahulu. Alhamdulillah, ibu dapat bayangkan betapa sabarnya suami sebelumini terus  bersabar, memaafkan, tidak marah, banyak diam dan terus istiqomah  dengan doa  terbaik untuk seluruh generasi pewarisnya.


Input  utama yang bakal kami kongsikan  adalah  tentang Ma’rifatullah. 

Ibu copy paste dari FB sahibah HALUAN seperti  berikut sebagai  bahan ulang kaji:

(Tiba2 macam ada flashback.. macam terngiang2 lagi kata2 sahabat akhi Jo kurang lebih 10 tahun yang lepas.. awwal ad-Deen ma’rifatullah.. maksudnya awal agama adalah ma’rifatullah, Allahuakbar)


Baru2 ini juga cikgu Nasir / Sir Nasir ada mengupas tentang tajuk ini juga untuk sahabat2 di luar negara. Alhamdulillah syukur ada syuyukh2 yang masih gigih menyampaikan taujih buat kami di perantauan. 


Tajuk yang mungkin dah berpuluh kali baca dan dengar, oleh kerana kita dalam rangka tafaqquh, iaitu untuk memperdalamkan kefahaman kita, maka kita kena ulang baca, ulang bincang, ulang amal dan ulang sebar, inshaaAllah biiznillah 🤲🏻.


Imam Bukhari ra. juga meriwayatkan Nabi SAW bersabda,

من يرد الله به خيرا يفقّهه فى الدّين. إنما العلم باالتعلّم والفقه بالتفقّه


“Barang siapa dikehendaki Allah swt. untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memahamkan ilmu agama padanya. Sesungguhnya ilmu didapati dengan belajar dan faham didapati dari usaha memahami (tafaqquh).”


Bismillah... 

Ma’rifatullah ataupun makna lain adalah Mengenal Allah. 


Sahabat2 kenal Allah tak? 

Macamna nak tahu, yang kita ni kenal Allah ye? 

Jawapannya ialah melalui tindakan kita, sebab ma’rifatullah ni tempatnya di hati kita, bukan di nota ataupun mental exercise. Oleh itu, kita boleh nampak hasilnya melalui tindakan. 


Ma’rifatullah adalah salah satu bahagian dari Aqidah. Aqidah dan Iman adalah sumber segala2nya. 


Atas aqidah inilah terletaknya

1. Kesungguhan

2. Harapan

3. Tanggungjawab

4. Keterikatan

5. Self development

6. Looking forward / melihat masa depan (akhirat)


Tanpa aqidah yang kukuh, kita susah untuk menjadi seorang yang soleh. Apatah lagi seorang yang musleh (agent of change) dan kita sendiri sukar untuk mendapat kepuasan dalam diri kita. 


Apakah itu ma’rifatullah? 

Ibn Qayyim dalam kitab Al-Fawaid, menjelaskan ma’rifatullah adalah ilmu yang menimbulkan malu, cinta, keterikatan hati, rindu, taubat, kedekatan (taqarrub) dan harap hanya kepada Allah SWT. 


Jadi bila kita betul2 ada ma’rifatullah kita sepatutnya ada rasa

1. Malu - kerana kita faqir dan Allah sentiasa memenuhi segala keperluan kita tanpa perlu dibalas

2. Cinta - kerana Allah Maha Baik yang sentiasa mengurniakan macam2 dan melindungi kita, sedangkan org yg buat baik sikit dgn kita pun kita dah sayang kan.. 

3. Keterikatan hati - susah nak lupa, sentiasa ingat Allah, diam, duduk, berjalan sentiasa ingat Allah

4. Rindu - merindui saat2 nak bersama2 dengan Allah, rindu nak beribadah, rindu nak melihat wajah Allah

5. Taubat - sensitif dengan dosa dan aib diri sendiri, sedar yang dosa boleh menyebabkan Allah jauh dari kita

6. Kedekatan - sentiasa dekat dengan Allah, suka bertahajjud, puasa, zikir, baca Quran dll

7. Harap - meletakkan pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah


Kesemua elemen ini mencorak dan menggambarkan perspektif kita tentang ma’rifatullah. 


Jadi jom muhasabah diri, ada tak kesemua 7 sifat tu dalam diri.. 


Fb Nurulainain.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil

Pilihan Allah Lebih Baik