Perjuangan Mencari Qalbun Salim

Alhamdulillahi Robbil Alamin yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana  mengurus segala isi langit dan bumi sejak dahulu, kini dan selamanya dengan Maha Sempurna-Nya. 

Selawat  dan salam ditujukan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiieen, para salafus soleh, ulama-ulamak muktabar  serta  mereka  yang sentiasa bertaubat berjuang perbaiki diri  demi mendapatkan redha Allah melalui qalbun salim hinggalah bertemu  Allah SWT  di syurga nanti. 


Esok 19 Disember hari bersejarah anaknda Zul Ikmal Amry bin Ghazali (anak abang di Melaka) akan bernikah dengan pasangannya Najla di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ada sejarah yang ibu terkenang dengan anak abang ini, kini memilih kerjaya sebagai seorang artis seperti yang diimpikan. Walaupun ibu tidak suka dengan pilihannya menjadi artis, namun ibu tetap mendoakan yang terbaik untuknya sepertimana ibu doakan untuk anak-anak ibu. Dalam serba kekurangan dan kelemahan,   fokuskan kebaikan yang ada dalam dirinya, semoga suatu hari nanti akan memberi manfaat kepada Deen Allah.

Semasa kecil darjah tiga  jika tak silap, dia pernah merengek minta ibu ambilnya bersekolah sekali dengan abangnya Mohd Zul Ikram ketika itu hampir nak ambil UPSR. Ibu sentiasa ingat pesan almarhum bonda, doakan anak-anak siap-siap agar selamat di dunia  dan akhirat. Semoga Allah permudahkan semua anak ibusamada anak kandung, anak tiri, anak didik anak saudara dll kelak mampu didik diri masing-masing dan ahi keluarga selamat  dari azab api neraka dengan  menepati segala kehendak Allah dan Rasul. 

Ya Allah kurniakan pasangan muda ini Faqeehu Fideen (Kefahaman tentang agama). Sudah sampai jodohnya semoga  jodohnya kekal hingga ke syurga.

Esok juga ulang tahun ke-8 cucu ibu bernama Musthofa Mishary, Insha Allah bakal masuk darjah 3 tahun hadapan.   Tahun 2021,hanya 12 hari lagi.Tok ibu doakan semoga Mishary sentiasa dapat 'mumtaz' di dunia dan akhirat dan dalam redha Allah selamanya. Mumtaz dalam perjalanan menjadi asatizah alam yang pakar dalam tafsir Al-Qur'an, Hadis dan Seerah dan menjadi qudwah kepada adik-adiknya. Insha Allah. Allah izin, terbayang-bayang cucu ini yang bakal menemani ibu bermustautin di Madinah kelak. Semoga akan menjadi kenyataan dengan izin Allah jua. Wallahu alam.


Dalam kehidupan harian, dalam masyarakat  yang terbiar mengejar dunia dan tidak dididik  dengan ayat-ayat  Allah amat  mudah melatah cenderung kepada cara hidup jahiliyah. Sentiasa inginkan pujian dan sanjungan sedangkan pujian dan sanjungan itu hanya milik Allah. Gaya hidup suka glamour dan dapat banyak 'like' & 'love' dalam media sosial seperti FB dan Istagram amat dibimbangkan tergelincir dalam golongan pencinta dunia. Kejar dunia, akhirat tercicir, walaupun mereka kata dunia  adalah ladang akhirat. 


Ujian ibu kini, semakin tidak disukai oleh pencinta  dunia. Awalnya ibu rasa serba salah apabila diberi amanah menegur seseorang  yang dianggap  menjadi 'pengkhianat' atau duri dalam daging atau gunting dalam lipatan menyebabkan berlakunya kerugian kepada satu pihak yang lain. Lantaran hamba Allah  yang dianggap 'pendosa' itu semakin akrab dengan ibu, orang yang menganggap dirinya 'suci' dari dosa mulai menjauhi ibu. Inilah risiko yang terpaksa ibu hadapi dalam proses mentarbiyah hamba-hamba Allah yang sama-sama  ingin perbaiki diri. Bukan ibu yang cari  mereka, Allah yang hantar mereka  kepada ibu samada  secara berdepan mahupun  secara online.

Alhamdulillah, syukur Allah izin, ibu  memang sudah  dilatih sejak dapat tarbiyah menerima mereka  tanpa syarat kerana Allah. Bukan urusan kita  melabel negatif kepada  mereka seolah-olah sudah tahu segala isi hati mereka. Masih ada banyak kebaikannya yang perlu diketengahkan. 

Dalam rumah tangga juga begitu, krisis pasti akan berlaku  jika ada ahli dalam rumah khianat menyebarkan aib ahli keluarga keluar rumah walaupun  kepada  adik, abang atau kakak sendiri. Ibu dididik dalam tarbiyah, jika ada masalah hanya mengadu kepada Allah. Ibu faham adik beradik, bahkan anak ibu semua ada rumah tangga  dan tanggung jawab mereka kepada pasangan dan anak-anak masing-masing.

Alhamdulillah, merekapun faham memang ibu bahagia dan amat tenang sekarang. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, Allah izin ibu dapat istiqomah ikut rutin norma baru mengikut keupayaan suami. Utamakan suami kerana Allah. Urusan dapur utama sudah ibu lepaskan 100%. Alhamdulillah, banyak Allah permudahkan urusan ibu. 

Dalam masyarakat biasa, kebanyakan anak-anak tak puas hati dengan ibu bapa mungkin kerana mereka kurang dapat kasih sayang lantaran ibu bapa terlalu sibuk kejar dunia. Ini benar bagi anak-anak kecil dan tidak sepatutnya bagi yang dewasa. Dalam banyak kelemahan ibu bapa takkanlah tak ada  sedikutpun kebaikannya. Amat malang sekali  bagi seorang anak tidak nampak  walaupun sedikit  kebaikan orang tua mereka (atau sengaja buat-buat buta tak nampak). Begitu juga  sebaliknya, ibu bapa juga perlu buat-buat  buta jika perasan ada banyak kelemahan anak. Fokus kepada  banyak kebaikannya ...Semuanya akan kembali harmoni. Jangan ada sikap saling menyalahkan. Saling memahami sudah cukup.

Kembali kepada kes di atas, dalam proses mentarbiyah insan yang terpinggir, ibu tidak tergamak menyentuh keburukan mereka tetapi ajak mereka mengenal Allah dahulu, ajak mereka kembali kepada  Allah. Bimbing mereka betulkan akidah mereka  dahulu (bina hubungan mesra dengan Allah), baharulah nanti syariat akan tertegak dalam diri dan dengan  sendirinya akhlak  akan diperbaiki sedikit demi sedikit.


Ibu sentiasa ingat kata-kata selamba pesanan  suami selaku murabbi 5 tahun lalu di awal perkahwinan kami. "Orang yang ada tarbiyah ni bila cakap sedikit sahaja dia faham banyak". Setiap kali ibu hendak buat usrah akan diiingatkan lagi dan lagi... Jauh visi dan misinya   sebagai murabbi, bukan sekadar adakan usrah atau  buat  ada sahaja. Sebaliknya beliau berpesan;

"latih depa  menjadi  da'ie  atau murabbi!.." bahkan beliau  minta sampaikan salamnya kepada mereka.


Alhamdulillah dalam program bersama anak cucu dan menantu, ibu amat tersentuh mendengar  cucu bernama Muhamad Fateh Husaini menghafaz surah Al Muthafifin pada hari khamis  baru-baru ini. Kefasihannya menghafaz sangat mengembirakan Wan (atoknya). Alhamdulillah, Tabarakallah

Dalam tafsir surah Al-Muthafifin  ayat 14-15, para ulamak  ada tafsirkan di sebalik orang yang 'celaka' diceritakan peluang bertemu  dengan Allah SWT di dalam syurga bagi yang bertaubat  dan mensucikan diri mereka...

كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi qalbu (hati) mereka.

كَلّا إِنَّهُم عَن رَبِّهِم يَومَئِذٍ لَمَحجوبونَ

Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari Tuhan mereka. Tafsir  Jalalain jelaskan mereka benar-benar tidakdapat melihat Allah.

Dalam amazing Quran menjelaskan  "Kenikmatan yang paling utama, paling agung dan kemuncak secara umum di akhirat iaitu melihat   wajah Allah SWT serta mendengar firman-firman-Nya, sebagaimana disebutkan dalam kitab sahih Muslim dari Shuhaib ra, daripada  Nabi SAW;

"Jika penduduk syurga telah masuk ke dalam syurga, terdengarlah suara yang memanggil 'wahai penduduk syurga , sesungguhnya kamu mendapat janji di sisi Allah dan Dia ingin menunaikan janji-Nya untuk kamu!'

Mereka  bertanya 'apakah janji itu? Bukankah Dia telah memutihkan wajah-wajah kami, memberatkan timbangan-timbangan kami, memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami daripada neraka?"

Baginda bersabda; 'Maka Dia membuka tabir, dan merekapun melihat kepada-Nya, dan tidaklah Dia memberikan suatu pemberian yang lebih mereka cintai daripada  melihat  wajah -Nya' 

Dalam ayat  yang lain Allah menceritakan;

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ ناضِرَةٌ إِلى رَبِّها ناظِرَةٌ

Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. (Al-Qiyamah: 22-23)

Dalam hadis  lain disebutkan "Mereka tidak  berpaling pada suatu kenikmatan yang lain sepanjang mereka melihat kepada (wajah Tuhan)-nya"

Nabi sallallahu alaihi wassalam menjelaskan, walaupun kenikmatan yang mereka terima daripada Allah ialah syurga , tetapi Allah tidak memberikan sesuatu yang lebih mereka cintai daripada melihat wajah-Nya. Dan itu menjadi yang paling mereka cintai kerana kelazatan, kenikmatan,  kesenangan, kegembiraan dan kesayangan yang mereka  perolehi dengan melihat wajah Allah daripada apa yang mereka perolehi iaitu nikmat-nikmat makanan, minuman, para bidadari. Keduanya  sangat berbeza   dan tidak dapat  dipersembahkan sama sekali... 

Memandang di sini adalah mutlak, Allah tidak mengikatnya  dengan suatu pandangan tertentu, dan sesuatu yang paling tinggi, paling agung dan paling mulia daripada mereka pandang   adalah Allah SWT. Memandang kepada Allah adalah suatu yang paling unggul dan mulia, dan ia adalah suatu hidayah yang paling tinggi...(Amazing Qur'an halaman 1174)~ Tafsir  surah Al Mutaffifin ayat 35)

Fokus kepada impian dan murnikan niat  kita bersama ingin masuk syurga dan dapat melihat wajah Allah. Insha Allah Allah akan permudahkan perjalanan ke arah destinasi yang kita harapkan. Namun kita perlu faham bahawa menuju ke destinasi abadi itu tidak semudah yang dikata. Ada banyak halangan dan ujian yang perlu kita lalui. Jiwa yang sakit perlu dirawat hingga sembuh selag hayat dikandung badan. 


Kadang kala kita akan rasa resah gelisah. Kegelisahan  itu berpunca daripada  sikap lalai kita terlupa bahawa nikmat yang diperolehnya adalah anugerah Allah SWT. Kemudian yang lebih memprihatinkan lagi, sebahagian orang menduga nikmat itu akan kekal selamanya. Walhal kekayaan yang dibanggakan, kedudukan yang terhormat, pendidikan yang tinggi, dan kecantikan yang menawan akan pudar selama-lamanya ditelan  masa dan bumi yang fana  ini. 


Apabila roh bercerai dari badan, kita akan  terbujur kaku, tiada ertinya apa yang kita banggakan selama ini. Cuba kita pelajari dari  kegelisahan yang pernah dialami oleh  Khalifah Harun Ar-Rasyid. Baginda  memerintahkan pengawalnya untuk mengundang seorang Ulama membantunya merawat kegelisahannya. 

Ketika tiba di istana yang megah, ulama tersebut dijamu dengan hidangan, dan minuman yang luar biasa. Tidak lama kemudian berlaku sembang santai  antara Khalifah Harun Ar-Rasyid dengan Ulama tersebut. 

“Wahai ulama, saat ini saya sedang berada dalam kegelisahan. Mohon arahannya agar fikiran saya jernih, jiwa saya tenang, dan jasmani saya kembali sihat,” 
Jawab Ulamak itu “Sebelum saya menyampaikan nasihat, saya berterima kasih atas sambutan yang akrab, persahabatan, dan jamuan tuan ini. Bolehkah saya bertanya sesuatu kepada Tuan,” tanya sang ulama. “Silakan,” jawab Khalifah Harun. 

“Begini, tuan Khalifah. Segelas air putih ini kira-kira berapa harganya?” “Harga segelas air putih ini hanya beberapa dirham. Kalau Anda mahu, nanti saya kirim air yang banyak ke rumahmu,” jawab Harun Ar-Rasyid. 

“Terima kasih atas kemurahan hatinya, tuan Khalifah. Kalau diperkenankan saya ingin bertanya lagi. Apakah Baginda percaya bahawa Allah Maha Kuasa?” Khalifah menjawab, “Tentu saya percaya Allah Maha Kuasa dan memiliki segala sesuatu.” 

“Tuanku, seandainya Allah SWT menjadikan tahun ini musim kemarau panjang. Sehingga kerajaan Tuan yang megah ini mengalami kekeringan. Kemudian hanya tersisa segelas air putih saja, yang dapat diminum. Pertanyaannya, tuanku mahu membeli segelas air ini dengan harga berapa?” tanya ulama tersebut. 

Suasana menjadi hening seketika. Harun Ar-Rasyid tampak berfikir serius mencari jawaban terhadap pertanyaan Ulama tersebut. Kemudian Khalifah Harun Ar-Rasyid pun menjawab. “Tuan Ulama, kalau memang itu yang dikehendaki Allah SWT. Tentunya, demi keberlangsungan hidup, saya akan membeli segelas air putih itu dengan seluruh isi kerajaan.” 

Kemudian ulama tersebut melanjutkan nasihatnya, “Tuan Khalifah, ternyata seluruh kerajaan yang tuan miliki, setara dengan segelas air putih. Kenyataan ini menunjukkan Allah SWT Maha Kaya. Sebaliknya, sedangkan kita makhluknya sangat lemah.” 

Mendengar nasihat ulama tersebut, Khalifah Harun Ar-Rasyid menangis sambil berkata, “Terima kasih atas nasihatnya Tuan Ulama. 
Cerita di atas, menunjukkan bahawa semua yang kita miliki di dunia ini milik Allah SWT. Sebagaimana yang dipertegas Allah SWT, “Milik Allah SWT segala apa yang ada di langit dan di bumi. (QS. Al-Baqarah [2]: 284). 

Ketika seseorang menyedari bahawa semuanya miliki Allah SWT, ia tidak akan gelisah, bersedih, dan berduka. Tatkala kekayaan yang dimiliki, kedudukan yang tinggi, dan keindahan fizikal melemah , ia akan bertasbih, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (QS Al-An’am [6]: 162).

"Ya Allah, janganlah Engkau berikan kehancuran kepada kami. Kami bermohon kepada-MU untuk dekat kepada-MU dan memandang kepada-MU di dunia  dan akhirat. Di dunia dengan qalbu kami sementara  di akhirat  dengan mata kami. Kosongkanlah jiwa  dan tubuh kami daripada selain Engkau. Jika memang dimestikan, maka biarlah anggota kami untuk akhirat manakala  qalbu dan batin kami selama-lamanya untuk-MU" Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil

Pilihan Allah Lebih Baik