Sungguh Besar Pengorbanan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam Buat Kita Semua!

Allahu ma solli ala Saidina Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad
Ya Allah suburkan kerinduanku kepada-MU dan Rasul-MU

Dalam halaqah sesi tengah hari Rabu lepas, salah seorang ibu muda berkongsi pandangannya  untuk sama-sama  kita fikirkan "sebesar manakah manfaat kita  untuk mereka, jika kita tidak ada bagaimana?" Ibu muda ini maksudkan  peranannya  di dalam keluarga.

Terdetik di qalbu ibu, "Astaghfirullah al 'azim,...hati-hati jangan sampai timbul riya' dan 'ujub, seolah-olah  jika  tanpa kita mereka  akan kehilangan. Syukurlah kita semua memahami betapa pentingnya  berjiwa 'Abd  (HAMBA) yang sentiasa online dengan Allah kerana DIA sahaja yang menyuburkan ketaatan dan kesetiaan kita hanya kepada-NYA 
"Tanpa pertolongan dan rahmat Allah melalui tarbiyah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, betapa hinanya kehidupan kita. Bermanfaatnya kita sekarang  kerana adanya pengorbanan Rasulullah  yang merindui kita semua lebih 1440 tahun yang lalu. Sama-sama kita suburkan niat mengikut jejak pemikiran gan syuur Rasulullah yang telah berjuang untuk memengangkan  Deen Allah. Maka perlu kita kuatkan hubungan hati dengan Allah, sering berkomunikasi dengan Al-Quran serta bersungguh-sungguh ingin meneruskan risalah dakwah dan tarbiyah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam kepada  mereka yang memerlukannya (yang ada kerendahan  hati) di luar sana



Kenangilah tanpa pengorbanan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, Islam tidak akan sampai kepada kita semua. Islamnya kita semua berkat doa baginda jua mendahului kelahiran kita, Alhamdulillah. Doa baginda mendahului segala zaman hingga Akhirat kelak sentiasa ada orang yang bersujud kepada Allah. Mudah-mudahan roh kita, roh semua cucu cicit kita hingga hari kiamat  sentiasa berada dalam rombongan  bersama roh para anbia, roh para siddiqin, roh para syuhada dan roh para solehin. Sebab itu setiap kali terkenangkan Rasulullah memang sewajarnya kita menitiskan air mata, kerana betapa besarnya rindu Rasulullah salallahu alaihi wassalam kepada kita semua...


Persoalan ibu muda itu muncul setelah  ibu berkongsi sedikit  bahan tentang  ayat ke-3 dalam surah 'Al 'Alaq'

A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah, Kemurahan-Nya  tiada seorangpun yang dapat menandinginya

Merujuk Amazing Qur'an halaman 1192, 
 "Al Akram" itu maksudnya kemuliaan Allah itu tiada tandingannya, sehingga tidak  ada sesuatupun yang setara dalam kemuliaan-Nya.
"Al Ikram" mengandungi  makna sifat terhadap zat dan perbuatan secara  serentak seperti makna Yang Maha Menghisab, Maha Agung, Maha Luas, Maha Tinggi, Maha Mulia, Maha Gagah dan sebagainya. Menunjukkan sifat perbuatan iaitu Dialah yang menghapuskan segala dosa-dosa. Allah tidak pernah menyebut pemberian-Nya  yang menyebabkan pemberian itu menjadi sia-sia...
Allah pemberi nikmat yang bermacam-macam kepada  para hamba-Nya, kenikmatan yang tak pernah dapat dihitung. Inilah kesempurnaan dan keindahan dalam kemurahan .
Yang Maha Pemurah, bermaksud DIAlah yang Maha Esa dengan bentuk kemuliaan zat mahupun perbuatan. DIAlah yang  paling mulia di antara yang mulia. Kepunyaan-NYA segala bentuk  ketinggian MUTLAK di atas makhluk-Nya, Kepunyaan-NYA pula kegagahan dalam segala urusan. DIAlah Yang Maha Indah  kesempurnaan-Nya dan yang sempurna  keindahan-Nya.
Sedarkah kita  bahawa Allah  Maha Memberi kepada  hamba yang dikehendaki, samada diminta mahupun tidak diminta. DIAlah yang memaafkan segala macam dosa dan menutup segala macam aib...Alangkah agungnya dan alangkah besarnya  kasih sayang Allah. 

Seorang Muslim yang mengESAkan Allah hendaklah mampu melihat kesan dan pengaruh daripada  kenikmatan  yang Allah berikan kepadanya  sebagai salah sebuah usaha dalam mengESAkan Allah  dengan nama ini. Hendaklah seseorang Muslim mengetahui bahawa  kemuliaan  yang hakiki adalah seseorang hamba yang memuliakan Allah dengan taufiq dan ketaatan,  keyakinan  dan iman. 
Sungguhpun memuliakan dengan nikmatm ertinya adalah ujian bagi seorang muslim untuk bersyukur dan mencapai tingkatan ihsan, tidak seperti  yang selama ini disangkakan oleh orang-orang bahawa  itu merupakan tanda  daripada adanya rasa cinta  dan keredhaan Allah kepadanya. 

Keluasan rezeki  buknlah pemuliaan Allah terhadap seseorang. ,,dan orang yang sempit rezeki juga bukan orang hina. Tetapi kemuliaan yang hakiki ada dalam ketaqwaan  seseorang  kepada Allah, baik terlihat mahupun  tersembunyi. 
Petikan daripada Dr Mahmud Abdurrazak Ar Ridwani.Ad du'au bil Asmai'l  Husna , 2005:101

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil