Lapangkan Dadamu

 Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan Maha Pemurah dan Penyayang-Nya ibu dapat hiburkan diri, suami, kakak-kakak kandung serta warga Gema Fajar dan family masing-masing setiap pagi tanpa cuti. Hazamin fadhli rabbi. Kami akan cuti jika waktu pagi ada program Gema Fajar yang lain seperti menyambut hari ke 500 (telah selesai di rumah Ukhti Kamaliah) GF dan hari ke 600 yang akan diadakan pada 20 Januari 2024, di Rumah Ngaji Mawaddah. InshaAllah.

Taddabur hari Jumaat semalam
Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta Rasullullah sallallahu alaihi wassalam kaum keluarga para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya kepada Allah SWT.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua terpilih berada dalam rombongan mujahid yang sentiasa merindukan syahid. InshaAllah.
Berita Syahidnya Syeikh Dr Soleh Ar Rouri benar-benar mengetarkan hati hingga terbit air mata sepanjang ibu membaca kisahnya. Setiap hari perkembangan semasa di Palestine akan ibu kongsikan bersama warga Gema Fajar .
Alhamdulillah, ibu bersyukur sangat Allah permudahkan medan Dakwah dan tarbiyah  ibu berterusan secara online dan semoga berterusan hingga akhir hayat ibu.
Dalam proses melatih pelapis mengganti ibu kelak. InshaAllah.
Sebenarnya ibu tidak layak, namun kak Ngah  minta tolong bacakan buku tafsir ulamak muktabar kerana keuzuran matanya, manakala Kak Uda, uzur mulutnya. Kalau apa-apa berlaku pada ibu, InshaAllah pelapis mengganti adalah Hairiah, ukhti Asnah, ustazah Maznah dan Mardiyah.
Kami telah mulakan halaqah Gema Fajar hampir sebulan, secara online, bertaaruf. Paling indah ibu rasakan manisnya ukhuwwah kerana keempat-empat beradik perempuan ibu berada dalam halaqah ini. Ibu perlu buktikan kepada anak-anak muda sekarang , bahawa tidak mustahil Allah satukan hati kami dengan asbab al Quran yang kami Santuni setiap pagi. Subhanallah.




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil