Hijrah atau Bercuti?

 

Sekadar hiasan dan kenangan ketika UOHS masih sihat  tahun 2016-2017

Alhamdulillah thumma  Alhamdulillah 


Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bum.i yang menguruskan segala isi langit dan bumi mengikut kehendak- Nya yang Maha Mengetahui.

Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta Rasullullah sallallahu alaihi wassalam 

Hari ini, sebelum Zohor, suami dikunjungi tetamu dari Turki (Syeikh Hamid)bersama kepimpinan tertinggi Haluan Malaysia. Terasa Izzah dengan kehadiran mereka, namun ibu terasa agak ralat kerana tidak berpeluang menjamu nasi kerana waktu itu memang waktu makan tengah hari. Ibu dimaklumkan mereka telah  diatur lunch di MATRI. 

Sebelum Maghrib ibu dikunjungi oleh seorang ushawan wanita yang  berjaya. Kami bersembang tentang 'husnul khatimah' menceritakan pengalamannya menyantuni kedua ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya. Menurutnya bila banyak berkira dengan ibu bapa, rezekinya terasa sempit. Allah beri kesedaran dan keinsafan berhijrah menyantuni ibu mertua yang semakin uzur, rezekinya berlimpah rumah, Alhamdulillah bila ibu mertua sebut sahaja nak Umrah, rezeki hantar 10 orang ahli keluarga menemani ibu mertuanya sentiasa tersedia rezekinya yang berlimpah ruah... Ibu belajar sesuatu Dari kisah ini, memang tepat masanya ibu hendak bercuti sebulan di rumah anak ibu di Melaka. Sekiranya percutian ini membahagiakan ibu dan turut membahagiakan suami ibu, InshaAllah tidak mustahil akan berhijrah terus kerana di hujung usia ini perlukan emosi yang stabil. Jauhi suasana yang menganggu emosi. Ibu nak taddabur alam sebanyak-banyaknya, mendengar bunyi air terjun, nak ke Cameron Highland dan ke mana sahaja yang boleh merawat hati...

Faham-fahamlah sebab itu ibu bawa pinggan kesayangan dan Allah permudahkan urusan suami ikut dengan katil-katilnya sekali.



Diceritakan juga ayahnya meninggal dunia dalam tidur dalam keadaan yang sangat mudah dan sudah bersedia untuk meninggalkan dunia .  Ibu selalu sebut dalam taddabur belajar-belajarlah meninggalkan dunia, jinjing sahaja dan lepaskan bila-bila masa . Dunia ini fana', makin penghujung usia semakin dekat dengan kematian . Yang perlu dijunjung adalah akhirat kita...

Ibu mohon maaf meluahkan di sini. Cukuplah rasanya ibu santuni suami sejak tahun 2015 di utara, kini sudah sampai masanya ibu santuni suami di selatan. Kami tidak terikat dengan apa-apa lagi di utara Kecuali jika suami nak balik sekejap, ibu akan raikan juga. InshaAllah 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil