Isra' Mi'raj dan Proses Memperkasa Sahsiah Kanak-Kanak melalui Solat
Cabaran 3F(Food, Fashion & Fun) dan 5S (Screen, Sex, Song, Smoke & Sport) mula menawan hati anak-anak hingga mereka tidak kenal Islam dan tidak rasa berdosa meninggalkan solat. Selalu terdengar keluhan ibu bapa 'susahnya' atau 'degilnya'...merujuk masalah mereka gagal dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Hingga besar anak-anak dimarah, diherdik, diugut dan ditakutkan 'tak dapat duit' seolah-olah duit menjadi Ilah (tuhan) pertama dalam kehidupan.. Inilah kesilapan utama menjadi mungkar al-Akbar dalam keluarga. Ibu bapa gagal memperkenalkan Allah sebagai Rabb, satu-satunya Tuhan yang wajib disembah hingga akhir hayat. Cara mereka perkenalkan juga silap menyebabkan anak-anak semakin jauh dari Allah, bahkan dari ibu bapa sendiri hanyut dalam perangkap 3F dan 5S
Jarang sekali terdengar keluhan dan rintihan para guru yang kurang pengalaman mendidik beri alasan; "kasihan anak ini, kurang dapat kasih sayang dari ibu dan bapanya"..
Biasanya mereka label " budak tu memang macam tu, susah..tak boleh buat apa-apa lagi" seolah-olah sudah putus harapan mencari idea untuk membimbing kanak-kanak ke arah menghayati sikap yang lebih positif.
Besarnya hikmah yang harus disyukuri di atas kurniaan nikmat, peluang dan ruang yang Allah izin ibu dapat fokus sepenuhnya memikirkan isu yang dianggap oleh kebanyakan pendidik sebagai 'remeh', tapi jika diteliti secara mendalam sewajarnya kita rasa berdosa jika mengabaikannya kerana membiarkan saja anak-anak kita 'hanyut' dalam perangkap 3F dan 5S... Insan kerdil cuba berfikir besar, ke manakah akhirnya, hanya Allah yang Maha Mengetahuinya..semoga semuanya menjadi umur Iman di alam Barzakh dan akhirat kelak..amin
![]() |
Forum Memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Malaysia di Pusat Islam, 25 Mei 2014 |
Dalam merancang untuk membuat persiapan 'in house trainning' buku Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dan buku Didik Ana Cara Rasulullah oleh Dr Nur Muhammad masih menjadi rujukan utama. Buku Asuhan Kanak-Kanak Permata juga tidak diabaikan manfaatnya.
Dalam kesibukan menghadiri majlis penutup Kursus Asuhan Kanak-kanak Permata yang dari sehari ke sehari tertangguh kerana masalah penyelaras 'melarikan' duit jamuan dan fail peserta. Bersama pengurus agensi yang urus kursus ini ibu bertolak dari Bangi, akhirnya majlis penutup dapat diselesaikan dengan penyerahan sijil di JKM Muar dan jamuan di KFC ditaja oleh penceramah yang budiman. Pesanan ibu semasa sesi berkongsi pengalaman "Kekalkan ketenangan jiwa dan fikiran walau apa masalah yang melanda..Maafkan lebih baik, dalam keadaan beriman nanti dia akan pulangkan juga duit dan fail itu .Terus berdoa, jangan putus harap.."
Esoknya dapat peluang ikuti penubuhan Kongres Memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia di Pusat Islam. Macam-macam isu timbul dan macam-macam buku dan modul dipamerkan namun semuanya mahal-mahal belaka. Kalau beli kena ada pakej 'coaching' perlu tambah RM 1 500. 6 Modul nilainya RM500..Semuanya jadi RM 2000. 'Lupakan saja dulu' . Rasanya perlu wujudkan team membuat modul sendiri dengan kos yang lebih murah untuk dikongsi dengan masyarakat umum nanti. Alhamdulillah , Allah izin 3 peserta dari JB dan team 8 peserta dari Bangi akan memeriahkan suasana in house training...Terima kasih Ya Allah..
Sempena Isra' Mi'raj, 27 Rejab bersamaan dengan 27 Mei, ulang tahun ibu ke 52 ..Dalam modul pertama SmarTop Subur Fitrah Pre School ibu benar-benar rasa terhibur Allah kurniakan ilham agar jadikan solat sebagai aktiviti utama dalam merancang pendidikan awal kanak-kanak. Ilham ini Allah kurniakan ketika 3-4 hari ibu berpeluang memerhatikan cucu ibu, Musthofa Mishary suka dengar azan, angkat takbir dan bersujud walaupun usianya masih belum 2 tahun. Jadikan solat sebagai aktiviti yang paling anak-anak cinta dan minat seperti mana mereka minat bermain 'game' ..Ya Allah permudahkan segalanya menjadi ibadah di sisi-MU dalam melahirkan generasi baru yang cintakan ISLAM melalui cinta kepada Quran dan Solat kerana MU jua..
Comments
Post a Comment