Rahsia Kekuatan Meruntuhkan Berhala Dalam Diri
Hari Khamis baru-baru ini Taska kami dikunjungi oleh orang penting dari JKM Johor Bahru.. Mudah-mudahan kehadiran mereka akan membantu kami meningkatkan kualiti perkhidmatan mendidik kanak-kanak lebih baik daripada apa yang kami dapat dari kursus Didikan Awal Kanak-Kanak Permata.
Allah izin sebelum itu tergerak hendak bawa baby di Taska dalam aktiviti 'Nature Walk', latih pengasuh baby berkomunikasi dengan makhluk ciptaan Allah..
"Pokok ini Allah jadikan, ini bunganya warna putih, daunnya hijau..semuanya bertasbeh memuji Allah..Aniq pegang daunnya.." Baby Aniq tersenyum puas seronok berkomunikasi dengan pokok sambil tangannya dibiarkan mencapai dan memegang daun..
Berpesan kepada pengasuh agar selalu membawa bayi keluar melihat alam, lihat matahari. langit, rasa kenyamanan tiupan angin, rasa dan pegang pokok, daun, rumput dan kehidupan yang ada di sekitarnya serta kaitkan dengan kewujudan Allah yang Maha Mencipta.
"Tahukah kalian kenapa anak-anak dan remaja bahkan orang tua juga bermasalah hingga keruntuhan akhlak semakin berleluasa?
Puncanya sejak kecil mereka dijauhkan daripada mengenal Allah. Kewajipan kita sebagai pendidik perlu dekatkan mereka kenal Allah dalam setiap masa kita berinteraksi dengan mereka. nama Allah perlu dijadikan darah daging mereka.."
Fitrah insan perlu diransang kerana jiwanya amat mengharapkan cinta dan kasih sayang Allah..Hanya jiwa-jiwa yang lembut akan merasai nikmatnya cinta dan kasih sayang Allah termasuklah kanak-kanak yang masih suci jiwa dan fikiran mereka.. Jiwa yang lembut, nampak zahirnya lemah tetapi sebenarnya kuat kerana pergantungannya kepada yang Maha KUAT iaitu pencipta mereka, Allahu Qowiyun Aziz.
Kekuatan akan hilang jika para pendidik tidak ikhlas serta gagal menghancurkan segala berhala dalam diri masing-masing.. sila rujuk e book berikut..http://books.google.com.my/books?id=5aw2oJVrXwwC&pg=PA71&lpg=PA69&ots=sXhHbJDsW3&focus=viewport&dq=adakah+berhala+dalam+diri+kita&output=html_text
Kegagalan mendidik diri akan menyebabkan jiwa menjadi keras dan degil. Nampak zahirnya kuat tetapi sebenarnya amat lemah kerana pergantungannya kepada hawa nafsu (berhala dalam diri) dan rela menjadi 'budak' atau hamba kepada syaitan.
Lembut atau kerasnya jiwa bergantung kepada 3 perkara berikut:
1. Pengisian ilmu dan iman yang mewarnai fikiran dan jiwa seseorang.
2. Pendidik ( guru dan ibu bapa) memiliki hikmah ilmu, iman , ukhuwwah atau sebaliknya..
3. Persekitaran yang soleh merangkumi 3 F (food, fun & fashion) termasuk pemakanan yang dimakan, hiburan dan fesyen semasa, jika tidak diawasi akan mengeraskan hati menjadi 'degil'.
Dalam proses untuk menjayakan tarbiyah dalam diri dan orang lain, khususnya anak-anak, kita tidak boleh buat seorang diri..perlu ada jamaah atau 'team work'.
Alhamdulillah dari AGM Haluan Malaysia 1-3 Mei lalu banyak input diketengahkan sebagai sumber kekuatan. Di antaranya adalah dari Ikhlas memberi sebaik dan sebanyaknya.. merujuk hadis Qudsi berikut:
Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini,di peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap,tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair.Lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi,dengan itu dataran bumi menjadi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk. Setelah itu malikat bertanya kepada Allah s.w.t,selain dari gunung-ganang,batu yang pejal itu,masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-bata pejal?
Allah s.w.t memberitahu malaikat,bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi. Besi mempunyai sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu,kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-ganang batu hancur lumat. Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t,apakah makhluk yang lebih kuat dari besi?
Allah s.w.t memberitahui malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi. Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan. Kemudian malaikat bertanya pula kepada Tuhan " Ya Rabbi, apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api?
Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api,terbukti air mampu memadam api.
Malaikat terus bertanya,apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan air?
Lalu Allah s.w.t memberitahu malaikatNya,sesungguhnya angin adalah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari air. Sebab itu bila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan,ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri dataran,melanda dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.
Malaikat masih tidak jemu dan ingin tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu?
Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut di atas. Dia adalah seorang anak Adam yang bersedekah secara senyap,sehingga apabila tangan kanan menghulur,tangan kirinya tidak mengetahui.
Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata,dia merahsiakan dari pengetahuan orang, Amalan seperti ini dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.
Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan seperti yang sering berlaku dalam masyarakat kini dengan replika cek terbesar dsb,
Allah s.w.t menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah,adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan tersebut.
Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang gigih mengawal keikhlasan hati dari godaan syaitan,kerana syaitan makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan merosakkan amalam mereka,agar iblis tidak keseorangan di dalam api neraka kelak.
Sama-samalah kita berusaha menyerahkan sebulat HATI kita dan anak-anak hanya untuk ALLAH Insha Allah pasti ALLAH temukan kepada kita semua pemilik HATI yang terbaik, Lapangkan waktu seluas-luasnya hanya untuk ALLAH, Insha Allah pasti ALLAH akan aturkan kehidupan hamba-NYA dengan hiburan terbaik di sisi NYA.

![]() |
Latih anak-anak berkomunikasi dengan semua makhluk yang bertasbeh memuji Allah |

Comments
Post a Comment