Gerhana Bulan, Covid-19, Vaksin Zionis & Istighfar


 

Ulang tahunku yang ke-59 dihimpit  oleh peristiwa bersejarah iaitu Gerhana Bulan pada Maghrib 26 Mei. Pada 27 Mei kes Covid-19 di Malaysia  melonjak hampir 8,000 sehari (7857 kes) paling  tinggi setakat ini. Ada yang takut  sampai menangis melihat seorang demi seorang  yang  meninggal kerana menjadi korban dijangkiti virus tersebut. Perlis  yang sebelum ini termasuk dalam zon hijau telah ada  465 kes setakat ini. Terjebak masuk dalam zon merah pulak kerana  27 hb sahaja meningkat menjadi 6 kes sehari. Amat mengerikan namun  pujuk diri inilah hakikat ujian dari Allah agar kita sentiasa memurnikan ketaatan  dan ubudiyyah hanya kepada-Nya dan tidak  mensyirikkan Nya. 

Isu vaksin  amat membimbangkan ibu kini. Peningkatan kes covid-19 sering dikaitkan dengan kerana masalah imunisasi seseorang dan perlu   ambil vaksin hingga mereka yang tidak   mendaftar vaksin dalam My Sejahterapun hendak dihambat seperti memaksa semua  rakyat  bergantung  harap kepada vaksin. Bukan hendak melawan, tetapi fikirkanlah sedalam-dalamnya punca yang melanda umat  sekarang adalah pertelagah  idea antara  yang mahu ambil vaksin dengan yang tidak mahu. Idea siapakah ini kalau tidak perancangan baharu Yahudi Zionis? 

Bukankah lebih baik sama-sama betulkan sistem pendidikan warisan  penjajah yang telah banyak merosakkan akidah umat. Punca   masalah bermula daripada  tidak ada kesatuan akidah, maka bagaimana nak wujud kesatuan fikrah. Ummah tidak akan bangkit  tanpa kesatuan  akidah dan kesatuan fikrah. Asyik hendak bertelagah dengan soal ranting ( furu' ). 

Ribuan penduduk sudah ambil  vaksin, kes  positif covid-19 terus mencanak naik, bukan berkurang.Ditambah dengan ada kematian selepas  mengambil vaksin. Wallahu alam.

Syukur suami selalu ingatkan bahawa kematian itu adalah ajal yang sudah Allah tentukan, bukan kerana sebab sakit, sebab tua, sebab covid-19 atau sebab vaksin dan seumpamanya. Masing-masing  pihak betulkan  akidah. Berjihadlah membetulkan sistem pendidikan yang membelakangkan Al Quran dan Sunnah. Nak bangunkan generasi pewaris Islam yang gemilang  mesti mulakan dengan 'faqeehu fideen' iaitu kembali kepada manhaj dari Illahi.

Justeru itu ibu terpanggil mengajak  diri  dan semua yang sudi hendak kembali kepada madrasah Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam  agar perbanyakkan istighfar dan bertaubat  bersungguh-sungguh memurnikan ketaatan  hanya kepada Allah, bukan kepada   idea gila-gila yang   belum terbukti  keberkesanannya. Ramai yang sanggup korbankan diri menjadi mangsa  kajian. Terpulanglah, itu adalah suara hatinya yang  yakin vaksin  akan membantu imunisasinya. Allah izin tersirat dalam lubuk qalbu ini tak mahu menjadi mangsa Vaksin ciptaan Zionis. Cara baharu Zionis hendak mengalahkan umat Islam. Ini pandangan peribadi ibu, rasahati yang ibu tidak luahkan kepada sesiapapun. Semoga  Allah sentiasa memelihara dan menjaga kita semua. Aamiin.

Alhamdulillah, walau apappun yang melanda  Allah kurniakan ketenangan demi ketenangan  kesan Tarbiyah Madrasah Ramadhan mengajak kita banyak  istighfar. 

Ampuni kami Ya  Allah yang sering melakukan dosa kepada-MU. 




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil