Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah
Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun, kami berbincang memilih tajuk yang sesuai dengan jiwa remaja. Terjumpalah tajuk BF3 yang bermaksud Best Friend Forever Fillah. Kami cuba guna kaedah terbaru yang kami belajar dari murabbi ketika daurah murabiyyah. Menangi hati remaja dengan menggunakan istilah yang mereka suka.
Suda berusia separuh abad, sukar juga hendak turunkan level memahami jiwa remaja bawah 16 tahun. Terpaksalah imbas atau 'flash back' ketika ibu berumur 16 tahun , 39 tahun yang lalu. Ketika tingkatan 4 di sekolah Menengah Teknik Melaka, ibu sudah mula berjinak-jinak dengan usrah di surau asrama puteri, warden memang kaki usrah....
Latar belakang ibu, asalnya ke sekolah beruniform 'skirt' ...dapat hijrah memakai baju kurung. Hijrah yang membawa ketenangan. Alhamdulillah...Allah yang pilih.
Lebih beruntung puteri di Matri, ada tarbiyah dibekalkan cuma mahu dengan tidak sahaja untuk menjalani proses yang memang "menyakitkan" seketika. Yang sakit itu adalah hawa nafsu atau 'ego' yang dibesarkan oleh sistem yang mengajar kita mengejar 'redha manusia.' Apabila sudah redha untuk menyerahkan jiwa diproses oleh Iman, Insya Allah akan menyusul kemanisan iman.
Mujurlah majoriti puteri yang boleh istiqomah di kala seorang dua puteri yang 'sakit jiwanya' ugut memberontak tidak mahu ikuti tamrin.Inilah keperitan yang biasa dihadapi oleh pendidik apabila pelajar yang dihantar oleh ibu bapa yang ber'lepas tangan' harapkan sekolah betulkan anak mereka.. Sebaliknya anak-anak memberontak buat apa yang mereka suka tidak mahu patuhi peraturan sekolah. Pihak sekolah tidak pernah mem'buang' pelajar, tetapi mana-mana pelajar yang tidak serasi dengan peraturan yang telah ditetapkan dipersilakan isi borang tukar sekolah. Sudah dihantar sesi kaunselingpun masih dengan tabiat yang menyebabkan ibu bapanya menangis... Benarlah kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebung baru boleh menjadi.." Dah jadi buluh bentung, ibu bapa yang merana.
Masalahnya masih ada segelintir puteri yang tak sanggup melalui 'kesakitan' dan ingin terus berada di dalam kongkongan 'hawa nafsu' telah dilatih sejak di awal usia mengejar 'nama' ingin terkenal dan dikenali melalui pelbagai pertandingan yang diadakan. Inilah sistem yang memadamkan 'redha Allah' dan menjunjung redha manusia sebagai matlamat hidup. Bukan mudah kita hendak mengikis tabiat jahiliyah sentiasa ingin 'mengejar dunia ini'. Ketika video kedua di bawah ini ditayangkan, ada puteri yang menitiskan air mata ketika frasa "Mengapa Jalan ini sangat susah!"......Jawapannya;
"jalan ini sangat susah kerana jannah itu sungguh indah" Masya Allah
Alhamdulillah, dalam pencarian bahan melalui You Tube, Allah pertemukan video yang sungguh berharga ini. Kisah pemuda Ashabul Kahfi dalam surah Al Kahfi ayat 12-18 yang berusaha menyelamatkan akidah masing-masing agar tidak rosak kerana ancaman raja yang zalim. Setelah ditidurkan lebih 300 tahun bertelagah tentang hal remeh temeh. Ada pemuda sarankan urusan itu diserahkan kepada Allah, fokus dengan kerjaya mentauhidkan Allah dan menyelamatkan ummat dari kesyirikan.
Ustaz ini juga menceritakan tentang kisah Pemuda di Hujung kota dalam surah Yassin selepas ayat 20-28. Bagus pengisiannya agar kita fokus kepada menjaga ukhuwwah, abaikan perkara yang remeh temeh dan tumpukan kepada isu mentauhidkan Allah, menjaga akidah dan menyelamatkan akidah para remaja yang rosak di luar sana. Jika asyik memikir dan mempersoalkan hal yang remeh temeh, sampai bilapun susah kita nak 'move on' dalam kerja dakwah ini. Terima kasih ya Allah, apa yang Engkau takdirkan sentiasa indah dan tidak pernah salah. Di sini, walaupun jauh dari keluarga induk yang ibu rindui selalu, jauh dari keluarga Johor yang sangat memahami....Alhamdulillah walaupun diuji dengan masalah remeh temeh di sini, namun ibu tetap bahagia bersama murabbi dan para sahabat @sahibah yang memiliki wahadtul akidah, wahdatul fikr dan wahdatul amal yang Allah redha, Insya Allah...Semoga Allah kekalkan BF3 kami until Jannah. Aamiin

Comments
Post a Comment