Overhaul Diri Yang Semakin Uzur

 Alhamdulillah, di petang Jumaat yang Penuh Barokah, anak lelaki jiran depan rumah menawarkan diri  untuk berkhidmat urus suami ibu setiap hari  pukul 5.00 pagi dan 7.00 malam. 

Hanya jam 1.00 tengah hari sahaja beliau tidak dapat kerana urusan kerja. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan yang lain juga sebab pembantu warden yang bantu ibu akan menyambung  pengajiannya di UIAM awal bulan September. 

Ibu sedang berusaha survey seorang nurse lelaki urus jam 1.00 tgh hari... Doakan akan ada yang tawarkan diri.

Ini adalah iktibar dari kisah IT'S OKAY TO BE NOT OKAY , semoga Allah ampuni dosa-dosa ibu yang tidak mampu istiqomah menyantuni keuzuran suami yang memerlukan lebih tenaga fizikal yang buat  ibu stress keletihan dan moody. 

Ramai ahli keluarga yang menasihati  ibu, buat berpada-pada jangan sampai mudharatkam diri. Ibu ingin selalu tenang aman dan damai tanpa aktiviti yang menyakitkan badan. Ibu pernah berterus terang kepada ketua warden asrama Matri, 

"Ana perlukan seorang tolong angkat ustaz, ana terlalu letih nak buat seorang diri"

Nak kata ikhlas, sukar juga sebab ini termasuk dalam mendera dan paksa diri buat kerja yang fizikal ibu tak mampu nak teruskan.

Ibu wassap anak kandung ibu agar doakan ibu mudah dapat nurse lelaki urus mandi dan yang sepatutnya agar fokus ibu bagi makan minum dalam keadaan emosi yang meransang kesembuhan orang sakit. Jika semua ibu urus sendiri,  sukarnya senyuman terukir di wajah ini.

Mana tidaknya, ayat doktor itu hampir sama dengan ayat yang pernah dituturkan oleh Clinical Psychologist kepada ibu dalam salah satu sesi psycho therapy kami. Psikitrist kanan HBKL, Dr Aminah Kassim pujuk ibu ambil diploma Bimbingan dan Kaunseling Islam ketika ibu stress mengajar di SMK Dato Harun Petaling Jaya sekitar tahun 1991-1992. Alhamdulillah, berkat rasa tak mampu , Allah bagi ibu sedikit kemahiran kaunseling  dan berani berceramah sampai hari ini.

"Sekiranya teacher ibu boleh beri masa untuk anak murid menunjukkan progress sedikit demi sedikit, saya yakin teacher ibu pun boleh beri masa untuk diri teacher ibu untuk membuat progress sedikit demi sedikit ajak mereka sama-sama mencintai Al Qur'an 

Doktor tersebut berkongsi kisahnya yang pernah cedera di kaki. Sepatutnya dia perlu beri masa untuk kakinya pulih, namun dia tetap berdegil untuk berlari sebelum sembuh, kesannya langsung kakinya tidak boleh sembuh seperti asal dan membuatnya sukar berjalan hari ini. 

Dalam fasa penyembuhan penyakit fizikal, mental atau trauma, berilah dirimu peluang punya masa untuk redha bahawa takdir Allah sentiàsa indah dan tak pernah salah. 


 Jangan dipaksa diri untuk berbuat sesuatu yang berat sehingga memudaratkan emosi diri. Sekiranya kakimu cedera, tulang belikat rasa tersiksa. Jangan dipaksa untuk berjalan dan berdiri lama ketika kakimu belum bersedia. Begitu juga otakmu, jangan dipaksa otak bekerja keras sedangkan otakmu belum bersedia kecuali taddabur Al-Qur'an memang sentiasa menghiburkan.

Berilah masa pada dirimu mendapat  rehat serta tidur secukupnya dan akhirnya sembuh. Insyaallah akan sampai masa kecederaan itu pulih dan anda kembali menjadi dirimu yang sihat dan ceria.

Oleh kerana pertimbangan inilah, ibu menolak urusan yang menyebabkan ibu stress. Ibu suka dengan sikap menantu @ isteri anak kandung ibu, balik selalu mengejut dan bawa juadah bersama sebab beliau faham tahap kesihatan ibu yang sebenarnya. Jika ibu tidak hidangkan  atau pelawa makan bersama, akan dibawanya ke ruang tamu tanpa arahan dari ibu. Senang hati ibu jika semua anak menantu  faham dan bertindak sepertinya. Usah diharap sesuatu yang tak sanggup ibu buat, nanti semua akan kecewa. 


Ibu memilih untuk terima tawaran untuk teruskan kerja dakwah dan tarbiyah walaupun suami perlukan ibu sepenuh masa. Ibu kena ukur baju di badan sendiri, segala aktiviti yang perlu tenaga lelaki, ibu tak boleh paksa dan siksa diri untuk melaksanakannya. Ini urusan anak cucu lelaki rumah ini, jika depa tak mampu, gajikan nurse lelaki  menunaikan amanah besar ini, agar mereka turut dapat pahala jihad fisabilillah menjaga orang tua yang telah uzur.

Ibu perlu  beri masa untuk diri sendiri  agar pulih sepenuhnya setelah menjalani 'over haul' ( urut 3 Kali, berbekam dan  supplement) Insya Allah. Masa berbekam pun ibu pitam. Alhamdulillah selepas berbekam baharu rasa segar sedikit.

Walaupun ada individu menganggap saya tidak layak berceramah tentang rumahtangga bahagia  kerana  kelihatannya ibu tidak tahu membahagiakan  anak menantu dan cucu-cucu tiri, namun keputusan telah ibu buat setelah berbincang dengan pihak yang memahami dan yang mengenali diri ibu sebenarnya. 

Alhamdulillah setiap hari  Fajar bergema dengan taddabur Qur'an dan sudah masuk Juz 5. Setiap pagi kami dijamu dengan hidangan dari langit, wahyu Allah yang menyebabkan roh kami tidak gersang atau kelaparan.  Syukur Alhamdulillah, suami ibu pun dapat tumpang dengar sesi taddabur jam 4.00-5.00 pagi dan sesi Gema Fajar jam 6.20-7.20 pagi.

Tetamu tidak putus berziarah sekali membawa juadah 


Alhamdulillah, jazakumullahu khyran kathira  adik bungsu saya, kak Ngah dan kak Uda sentiasa berikan moral support menuju  bahagia yang lebih abadi. Aamin Ya Rabbal Alamin 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil