Segala Yang Payah Terasa Indah

Menitis  air mata seorang ustazah meluahkan tekanan perasaannya lantaran memikirkan masa hadapan anak-anaknya membesar dalam persekitaran dan didikan yang agak  kasar, kurang islamik dan mengecewakannya..
Setiap hari  anak-anaknya dimarah, diugut dan beberapa orang daripada anak-anaknya  sudah menampakkan tanda-tanda  kemurungan.

"Maafkanlah dia, redha terima dia. kasihanilah dia.tentu banyak lagi kebaikannya yang boleh memadam sedikit kelemahan yang ada. Pesan pada anak setiap  hari agar memaafkan  dan mendoakan Allah  beri hidayah kepada ayahnya.. Fahamkan  anak-anak, ayahnya dahulu dibesarkan dalam persekitaran  yang 'kasar'..hanya keikhlasannya  dengan  hidayah Allah sahaja  yang boleh merubahnya.."

Sesiapapun termasuk haiwan, jika dilayan dengan baik akan menjad baik, lintaskan niat yang baik, fikiran yang baik, Insya Allah keadaan semua  akan bertambah baik.  Kita  yang faham Islam ini dahulu perlu bertindak  dan menjadi  contoh, walaupun kepada ibu bapa  ataupun pemimpin keluarga. Wallahu alam

Bila  difikirkan sedalam-dalamnya, banyak masalah  timbul dan sentiasa  bertali arus apabila  ada lagi niat-niat  ingin 'menyalahkan' seseorang. Ini menjadikan seseorang itu tertekan atau 'stress' dan menyiksa diri sendiri.. 

Jika  si ibu tidak membantu anak-anak  berfikiran positif, bersangka baik dan membebaskan  diri dari tekanan ingin menyalahkan si 'ayah' atau sesiapa sahaja termasuk  adik beradik, rakan sebaya dan guru-gurunya, maka akan timbul masalah  sianak  akan berdendam, memendam rasa dan membenci  orang yang dilabel 'bersalah'. Beginilah bermulanya  keracunan dan  kerosakan 'world view'  atau persepsi  anak-anak terhadap kehidupan. 

Anak-anak  perlu dilatih  sentiasa  fikirkan persoalan  BAGAIMANA???   HOW?
Hadapi segala masalah dengan cara yang Allah redha, cara yang Allah suka dan boleh memadamkan segala kemurkaan- NYA
Elak semampu mungkin kemukakan  persoalan kenapa atau siapa buat? ~ 
Dua persoalan  ini  akan  menjadi pemangkin berlakunya ungkitan-ungkitan  yang akan mengundang syaitan merasuk hawa nafsu dan  merosakkan ketenangan  hati dan keharmonian diri dan  semua  ahli keluarga..

Beginilah yang  kami harapkan dalam team baru SmarTop, Mudah-mudahan selepas  mengikuti kursus Permata dan Little'Abd Programme, semua guru akan  kenalkan bahasa yang baik-baik kepada anak-anak. Jika mereka bergaduh, damaikan, seorang mohon maaf dan seorang lagi memaafkan kerana takut kepada Allah. Jika sukar memaafkan, syaitan yang menang..Sebab itu pentingnya petugas  menandatangani perjanjian menerima tugas utama  melayan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang. 

Beberapa  bulan lepas ibu dapat kenalpasti  seorang  anak yang sudah dewasa memendam rasa dan kecewa  dengan sikap ibunya  yang  banyak 'demand' ingin dapatkan perhatian  anak-anak hingga anak rasa  terkongkong  dan 'susah' mengurus kehidupannya. Jika ada pihak yang positifkan dan memahamkan 'punca' ibunya begitu, pasti akan lahir rasa ihsan di hati anak-anak dan tidak sekali-kali akan  menyalahkan ibunya yang semakin uzur.. Doakan..doakan yang terbaik buat ibu yang sudah berkorban membesarkan kalian..

Salah seorang  anaknya  sanggup kehilangan   kerjaya  melayan kerenah siibu yang sukar difahami kehendaknya.Semoga  syurga  buat  anak tersebut  yang redha hadapi  ujian itu. Sesungguhnya dia insan terpilih,  Allah amat  mengasihinya agar sentiasa  mengharapkan pertolongan hanya dari-NYA.
Beginilah kehidupan...segala  yang payah akan kelihatan  indah  jika  kita semua faham adanya hikmah yang sangat menyejukkan hati kepada mereka  yang pasrah  dan menjadikan  hanya   Allah satu-satunya  Illah  yang kita sembah, tempat  mengadu dan bergantung  harap..



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil