Pengorbanan Yang Lumayan
Jumaat, 19 Disember 2014, genap dua tahun umur cucu sulung ibu, Musthofa Mishary. Semoga Allah rahmati cucu tok ibu selamanya.. Amin..
Pejam celik, pejam celik terasa begitu pantas masa berlalu.
Pada tarikh yang sama Allah hibur hati ibu dapat bersama team kedua SmarTop Subur Fitrah ikuti kursus LAP di pejabat Haluan Bangi. Alhamdulillah mudah-mudahan menjadi pengorbanan yang lumayan (memberikan kepuasan jiwa) sepanjang hayat merupakan titik bertolak pelaburan jangka panjang bagi semua pelabur yang terlibat. InsyaAllah ibu yakin akan lahir lebih ramai lagi murabiyyah yang dedikasi seperti penceramah dan fasilitator yang komited dalam medan dakwah dan tarbiyyah pra sekolah.
Jazakumullahu khairan kathira kedua kakak ibu mewakili ALP turut hadir bagi memudahkan perjalanan modul sepanjang tahun 2015 dengan jelas sejelas jiwa yang bersih ("Crystal clear!!"~ bahasa founder) kerana hanya harapkan keredhaan Allah semata-mata.
Jazakumullahu khairan kathira kedua kakak ibu mewakili ALP turut hadir bagi memudahkan perjalanan modul sepanjang tahun 2015 dengan jelas sejelas jiwa yang bersih ("Crystal clear!!"~ bahasa founder) kerana hanya harapkan keredhaan Allah semata-mata.
Tugas kita hanya beribadah mendidik diri dan anak-anak menjadi 'Abd atau hamba Allah yang melahir dan menyuburkan iman dan ukhuwwah agar sentiasa bermanfaat untuk masa depan ummah.... Natijah hendak capai seperti apa yang dicapai oleh sekolah Adni KL itu adalah urusan Allah, bukan urusan kita yang baru belajar menapak bertatih ini..InsyaAllah jika itu yang diinginkan, mantapkan dahulu 'foundation'. akar tunjang yang kukuh mencengkam dengan ikut sahaja 'flow' yang Allah aturkan yang terbaik untuk kita semua. Semoga Allah tolong kita semua perbetulkan dan meluruskan niat kita agar sentiasa dalam keadaan bersih hingga kita semua kembali menghadap-NYA dalam keadaan redha dan diredhai.
Jika kita semua lalui proses taaruf yang betul. tidak akan timbul hidup berpuak-puak. Tidak kira siapa kita, dari NGO mana sekalipun dalam mana-mana organisasi, Semua orang 'atas' atau ALP hinggalah staff paling bawah (tukang sapu/ cuci) perlu permudahkan diri untuk akur, tunduk dan patuh ikuti proses yang Rasulullah SAW tarbiyah para sahabat dan ahli keluarganya dengan penuh tawadhuk. Dari jiwa yang tawadhuk ini baru akan wujud 'wahdatul akidah' (keseragaman akidah), wahdatul fiqr (keseragaman pemikiran) dan wahdatul amal (keseragaman amal). Mohon Allah pelihara, lindungi dan bersihkan kita semua dari sebarang keracunan yang boleh merosakkan kesuburan wahdatul akidah.
![]() |
Team kedua bersama founder di Bangi |
![]() |
Team SmarTop pertama bersama founder di Batu Pahat |
Bila ada unsur-unsur 'racun' cuba menyusup masuk, memang hati ini akan terasa pedih dan sakit bagai dihiris sembilu. Hanya kepada Allah ibu mohon kekuatan dan kesembuhan untuk meneruskan perjalanan yang bukan mudah. Syukurlah ada peringatan salah seorang dari murabbi LAP dalam Whats app merespon hadis Nabi SAW ;
Hadis sahih Muslim 5069 meriwayatkan .........dari Abu Hurairah, Nabi S.a.w. bersabda "Penyeru menyerukan : Sesungguhnya kamu hidup dan tidak mati selamanya, kamu sihat dan tidak sakit selamanya, kamu muda dan tidak tua selamanya, kamu bersenang-senang dan tidak akan bersedih selamanya. Itulah firman 'Azza wajalla;"Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan" (Az-Zukhruf:72)
"Tauhidullah yang benar dan kukuh akan memampukan kita merasai sedikit keringanan, ujian-ujian Allah yang mungkin pedih dan menyakitkan. Sehingga seorang 'Abd (hamba) yang dikurniakan Tauhid yang sempurna (atau kukuh) mampu 'menyerap' kepedihan dan kesakitan ujian kehidupan dengan keredhaan, lapang dada dan sakinah. Dirinya mampu menerima keputusan (taqdir) Allah dengan kepuasan kerana dia yakin Rabbnya lebih mengetahui apa yang baik untuk dirinya"
Untuk elak sebarang pra sangka yang boleh menjadi 'racun' merosakkan amal, rasanya amat perlu dijelaskan bagaimana LAP terpilih? Allah izin beberapa orang daripada staff SmarTop selesa dan serasi setelah kami ikuti kursus di Putrajaya pada tahun 2012. Kami rasa lebih terarah dengan hala tuju LAP ketika mendidik. Setelah bermunajat, mohon kepada Allah agar berikan pilihan yang tepat. Dalam masa yang sama memang team LAP sudah mula siapkan modul walaupun sudah melaksanakan di tadika masing-masing selama lebih 20 tahun.
Ibu sendiri sudah melalui proses tarbiyah yang diguna pakai oleh LAP ini melebihi 30 tahun walaupun ada kalanya tidak consistant tapi masih tseqah dengan kesan tarbiyah. Foundernya juga sudah ibu kenali sejak ibu belajar di USM Minden. Ketika ibu baru masuk tahun pertama, founder, tahun terakhirnya dalam fakulti Sains..dikurniakan Sarjana Sains 1st class pada hari konvokesyen.
Selepas itu beliau tidak bekerja kerana buat research, trial and error mentarbiyah anak-anak di rumah dengan fikrah Islam merujuk buku Tarbiyatul aulad oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan di samping buku-buku lain sebagai sokongan. Researchnya secara tidak formal menjadi rujukan kaum ibu dan guru taska dan tadika dari masa ke masa. Mungkin kerana ibu tidak ramai anak, fokus nak follow up ikuti perkembangan research founder tentang pendidikan awal kanak-kanak tergendala seketika.
Inilah pengorbanan beliau yang amat lumayan (bukan lumayan duit, tetapi kepuasan jiwa) yang perlu kita semua hargai. 100% fokusnya buat kajian untuk manfaat kita semua dan generasi pewaris. Kita hanya menumpang rahmat dan kasih sayang Allah melalui usaha yang telah dilakukannya lebih 30 tahun. Ibu berdoa semoga lebih ramai lagi ibu-ibu muda hari ini yang akan mewarisi pengorbanan seperti ini.
Salah seorang yang ibu kenalpasti berkorban untuk fokus mendidik generasi kanak-kanak di awal usia guna modul LAP adalah anaknda FM, memiliki Sarjana dari universiti luar negara. Beliau adalah anak sulung matan pensyarah bahasa Inggeris UTM Skudai yang memang ibu kenal telah mendidiknya fasih berbahasa Inggeris menggunakan kaedah Glen Doman.
Di bawah ada foto-fotonya bersama beberapa pewaris yang sudah bersedia menadah tangan menerima 'batton' untuk generasi anak cucunya menikmati keindahan hidup berakidah , menjadi 'abd yang profesional yang jelas matlamat kehidupan hanya harapkan redha dan syurga Allah SWT yang abadi.
![]() |
Kiri sekali, FM sedang buat persiapan tubuhkan Tadika di Melaka. |
![]() |
Dua ibu muda bawa anak yang masih menyusu badan |
“Syurga suatu tempat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas di hati manusia. Batu-bata daripada emas, batu bata dari perak, lumurannya kasturi, tanahnya za’faran, pasirnya intan dan permata, Sesiapa yang memasuki syurga tidak akan berasa bosan, kekal tidak mati, tidak berubah keremajaannya, tidak lusuh pakaiannya”.
“ Syurga dan Tuan Kaabah, cahaya yang berkilau, angin yang menyegarkan, sangat dekat, perkara-perkara halal yang sangat banyak, buah-buahan yang masak, isteri yang baik dan cantik”.
Kemudian Rasulullah bertanya: “Ketahuilah, siapakah yang bersungguh-sungguh mahukan syurga?”. Lalu para sahabat menjawab: “Kami sangat bersungguh-sungguh mahukan syurga wahai Rasulullah”. Nabi pun menyambung: “Katakanlah Insya Allah”. (Abu Nuim, Muslim dan Munziri)
Comments
Post a Comment