Persiapan Transit Di Alam Barzakh




Alhamdulillah, kesan  penyampaian  tafsir  salah seorang ustazah, pakar tafsir Matri dalam  halaqah Khamis minggu lepas, sangat terkesan di dalam jiwa. Surah Al-Isra' ayat  terakhir, jika diulang-ulang akan menghilangkan segala resah  di jiwa. Dibantu pula dengan  doa

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ



Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad.

Artinya, “Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.”


Jazakumullahu khyran kathira  ustazah Narshima Bte  Abd Rahman. Moga Allah permudahkan tugas dakwahmu dengan tafsir Al-Qur'an  akan membumi di seluruh Perlis, Insya Allah


Memang ibu rasakan kelainan dalam proses perbaiki diri  selepas  mengamalkan  doa di atas... Lebih-lebih lagi, setiap kali mendengar berita kematian di mana-mana, akan teringat ; 
"Ya Allah, bagaimana  keadaan aku mati  nanti?"  Mulalah menitis air mata berharap sangat  agar impianku (hanya Allah  Yang Maha Mengetahui  segala  isi hati)  akan tercapai. Bila, di mana  dan bagaimana  keadaannya hanya Allah  Yang akan aturkan sebaik-baiknya...Insya Allah. 

Minggu ini bagai minggu  berkabung  bagi ibu. Di samping merindui cucu-cucu di johor, macam-macam maklumat  dan  peristiwa  yang ibu taddabur dan fikirkan  hingga  ada sahibah menegur  semasa Usrah Gabungan Selasa  lalu...

Rindu cucu-cucu nyanyikan lagu berikut: 


"Kak kenapa muka nampak macam tak sihat? Akak sakit ka...?" Guru Besar Tadika menegur.
"Alhamdulillah fizikal sihat walafiat, qalbu/ jiwa ini  mungkin ada  kecederaan, sentiasa  dalam proses  merawatnya...Insya Allah"    Apa lagi  ibu hampir  3/4 selesaikan  membaca buku 'Ku Cium Haruman Syurga.' Masya Allah begitu mudahnya Almarhumah  Nurhamizah kembali ke hadrat Allah dalam redha  suaminya sedangkan anak-anaknya masih kecil... Inna lillahi wa inna ilaihi rojiiun..
Terngiang-ngiang  suara dalam perasaan "bagaimana  aku nanti?"  Ibu  perlu letakkan target kematian yang ibu  inginkan  adalah 'husnul khotimah' Semoga  harapan ibu  kelak akan menjadi kenyataan dengan izin Allah  jua.

Hari Selasa hampir dua jam, ibu dikunjungi oleh salah seorang ustazah muda yang qawi di Matri, meluahkan segala harapan dan impiannya  jika ditakdirkan  dia kembali ke rahmatullah seawal usia  yang  diharapkan. "Masya Allah Rindunya dia kepadamu Ya Rabb, tanamkanlah kerinduan itu juga dalam lubuk jiwaku...." Hati ibu berbisik sayu... Sewajarnya perasaan  rindu  itu patutnya  berada  di jiwa  bakal warga emas seperti ibu, kurang 3 tahun mencapai umur 60 tahun.


Hari Sabtu  yang lalu ibu berpeluang menziarahi seorang warga emas berusia 80-an di Arau. Ibu kepada  almarhum isteri pertama suami. Keadaannya kelihatan terlalu uzur, rambut tidak terurus ditemani oleh seorang pembantu yang terlalu muda, 23 tahun dalam keadaan serba salah. Ibu bayangkan itu ibu kandung ibu, Bagaimana  harus ibu perlakukan ketika  melayan ibu kandung. Ibu tunjukkan makanan yang kami bawa "jika  boleh, elok blend makanan ini agar mudah disuap" 
Terkenang tahun lalu ibu berpeluang menyuapkan makanan yang telah di'blend' untuk bonda di Muar, Johor yang hingga saat ini ibu sangat merinduinya... Moga  ada peluang  dapat  menziarahinya  lagi, Insya Allah
Tanpa lengahkan masa  ibu ajak pembantu itu betulkan kedudukan  tok agar  lebih kemas. Ibu ajar dia  usap rambut dengan kedua-dua  belah tangan sambil  dodoikan kalimah "la  Ila ha il lallah, " seperti dodoikan  bayi dalam buaian. Usap belakangnya selalu jika dia mengiring, usap dengan tapak tangan gerakkan macam huruf 8. Bila  ibu kongsikan dengan ustazah yang juga  ada  ibu tua yang hampir nyanyuk, beliau menyarankan lebih baik gerakkan tapak tangan  seperti  menulis  kalimah 'Allah'. Dalam usia  ini  memang tok perlukan sangat kasih sayang belaian kita. Untung kamu semuda ini berpeluang menyantuni orang tua...syurga tau!" 
"Betul mak cik... bila Pak Long mai, tok minta  Pak Long peluk..." pemudi mulia itu ceritakan kisah benar berlaku di depan matanya. Kelihatan  pemudi itu ceria mendengar  celoteh ibu, Alhamdulillah.... Apa yang ibu sarankan dibuat terus menyantuni warga emas itu, hingga pulangpun dia  dalam keadaan yakin dan  ceria, tidak serba salah lagi, Entah bagaimana tercetus  perkataan "I love  you..." memotivasinya teruskan   kerjaya mulia itu. Inilah dakwah yang perlu kita  perkasakan,  bagaimana  menyantuni  orang tua yang uzur. Jangan sekadar ziarah sahaja tanpa lakukan sesuatu  yang bermanfaat.

Terlintas  dalam  jiwa  ini agar menjelang kematian  ibu tidak mahu menyusahkan sesiapapun, biarlah Allah  ambil nyawa  ibu tanpa sebarang sungutan sesiapappun. Hajat sangat  mati dalam keadaan bersujud hanya kepada-NYA. Ya  Allah, janganlah hilangkan  nikmat sujud ku hanya untuk-MU..."

Begitulah  hakikat kehidupan, tak selamanya kita seronok  bersembang, ada masanya  kita perlukan 'uzlah,' menyendiri dalam satu tempoh tertentu. Syukurlah suami dan  semua ahli keluarga  di rumah  amat memahami... Ibu sedang Muhasabah diri. Sampai pagi Rabu terdetik di hati ingin membatalkan halaqah  tengah hari itu kerana  melayan jiwa yang demam agaknya. Suara-suara malaikat  berbisik "lawan...teruskan, pasti ada kebaikan  jika diteruskan..." 

Alhamdulillah kehadiran  ahli  halaqah sangat menghibur dengan macam-macam juadah dibawa dan perkongsian maklumatnya juga  amat  terkesan  di jiwa.., apa tah lagi salah seorangnya  adalah warga Acheh, banyak berkongsi  kisah Musibah di Palu, Sulawesi, Indonesia yang sungguh menyayat  hati. " Pemerintah mencabar hukum Allah,  Faktor  utamanya mereka  merestui LGBT . Bayangkanlah ada  kampung hilang terbenam dalam lumpur selut, lebih  seribu nyawa terkorban. Innalillahi wa inna ilhaihi roijiiun. Bergetar jiwa  teringat kisah dalam Al-Qur'an  kaum nabi Luth, bumi diterbalikkan kerana  kegiatan homo sex  yang tidak terbendung selepas direstui  oleh  kepala  pemerintah"



Mujurlah Alhamdulillah pemerintah di Malaysia ada meyebut LGBT  tidak sesuai dengan budaya  di Malaysia... suara  yang tidak  mencabar  syariat Allah...terselamat! Namun  jika dakwah dan tarbiyah tidak diperkasakan  untuk  melawan dan membasmi  segala maksiat dan LGBT  khususnya, akan mengundang mala petaka  juga nanti. Nauzibillah. 
Allahu ya Aziz, ya Qawi, Ya Matin, kurniakan kepada  kami semua syuur dan  kekuatan untuk meneruskan kerjaya  para anbia, mengajak  manusia  menTAUHIDkan-MU... Suburkan  kesabaran kami untuk lulus dalam mentaati-MU sepanjang masa, setiap  ketika di manapun kami  berada. Inilah kesabaran  1st class  yang sering  dilupakan sedangkan kesabaran ini merupakan akar  umbi kepada kesabaran 2nd class, sabar menjauhi segala maksiat dan sabar 3rd class, sabar  menghadapi musibah"

Dalam Taddabur  Al-Qur'an  surah Al-Ahzab  ayat 56-58  yang dibaca oleh akhwat Acheh tersebut. Menyentuh kepentingan kita  berselawat ke atas  Nabi, diikuti  dengan larangan menyakiti  Allah dan Rasul  agar  tidak dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat.  Larangan menyakiti  orang-orang mukmin dengan mengumpat (ghibah) dan menyebar fitnah seperti  kaum Syiah yang menyebarkan aib para sahabat  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Pada hakikatnya  manusia yang menyakiti  hati orang yang beriman itu memiliki hati yang keras, mereka  mencela  orang  yang dipuji oleh Allah dan Rasul, sebaliknya  memuji orang yang tercela.

Benarlah penjelasan Amru Khalid  dalam kitabnya Khowatir Qur'aniyah surah Al Ahzab ini merupakan surah  yang mengajak kita menyerah  Diri  hanya Kepada  Allah secara sukarela sebelum dipaksa melalui pelbagai musibah demi musibah.Menurutnya  berserah diri kepada Allah terbahagi kepada  dua jenis;

i. Berserah diri kepada  Allah dengan  ikhtiar (keinginan) dan iradah (kehendak) sendiri. Ini diberikan peluang  kepada  manusia yang memiliki akal...

ii.Tanpa  ikhtiar dan iradah  disebut  sebagai  Istislaam~ Ketundukan sepenuhnya kepada  Allah tanpa mempunyai pilihan  yang lain dalam melakukan ketaatan. Ini yang berlaku kepada segala  makhluk  di langit dan dibumi kerana  tidak memiliki akal.

Hikmahnya  berlaku musibah gempa, tsunami dan seumpamanya ini agar  umat Islam di mana sahaja  akan bersatu menyerah  diri hanya kepada Allah. Kesatuan dan kedamaian ini akan memperkuatkan ummat sehingga memiliki peradaban yang kuat. Insya Allah.
Wahai umat Islam kini dan selamanya...  
"bersatulah dan berserah dirilah kalian semua  kepada Allah, kerana  persatuan dan penyerahan diri secara penuh kepada Allah Taala merupakan jalan menuju keabadian semua  peradaban" ~  Amru Khalid, Khowatir Qur'aniyah halaman 535


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil