HIJRAH; "Aku Akan Kembali Ke Pangkuan Rabb-ku"

Hijrah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam merupakan peristiwa hijrah  yang menyediakan bekalan rohani dan  sumber inspirasi kepada  generasi  kita di akhir zaman merancang kehidupan bermakna di sisi Allah Subhanahu wa taala. Hijrah yang  memberikan kemenangan terbesar untuk  Islam  bertahan  hingga lebih seribu tahun menaungi dunia dan menjadi rahmat kepada sekelian alam. Belajarlah dari sejarah  hijrah, baru umat Islam akan kuat.  Kini umat Islam bagai  buih-buih di lautan kerana  lemahnya roh mereka kerana  terpersona dengan dunia dan takut mati. Alangkah  bagusnya  jika semua umat islam sentiasa sedar bahawa  kita semua akan kembali kepada-Nya  akhirnya... Inilah hijrah yang kekal. Firman Allah  dalam surah Al-ankabut ayat  26 sudah  pasti amat menginsafkan; 

إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Musim haji  sudah berlalu dan lebih dua juta  jemaah  Haji pulang dengan 1001  kenangan indah?  untuk apa? ?Demi  kebangkitan Islam. Menziarahi maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina  Umar al khaattab, sewajarnya membangkitkan semangat untuk  memenangkan Deen Allah sekembalinya kalian ke tanah air masing-masing. Tersentuhkah jiwa kita  melihat perkuburan Baqi'e benarnya ada  jasad  para syuhada disemadikan di sana? 


Penuh Ampunan Allah

Perkuburan (Makam) Baqe'i menjadi  bukti sejarah perjuangan para sahabat  yang syahid demi menegakkan Islam. Selain mengandung nilai sejarah, juga menjadi tempat istimewa  di dalam lubuk qalbu  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.
Muhammad Husain Haekal, penulis  terbilang dari Mesir  mengungkapkan kisah Rasulullah di mana, pada malam pertama sakit sebelum akhirnya wafat,  Rasulullah tidak dapat tidur. Dalam qalbunya terakam rasa rindu, Rasul berkata bahawa akan keluar pada malam yang diselimuti musim panas disertai  hembusan angin di sekitar kota Madinah.
Ketika itu baginda keluar hanya ditemani oleh pembantunya Abu Muwaihibah. Nabi pergi ke Baqe'i, pekuburan muslimin  bersebelahan masjid  Nabawi di Kota Madinah.
"Sesampainya di tempat kuburan itu  beliau  berbicara kepada penghuni kubur dan mendoakan keselamatan kepada mereka," tulis Haekal dalam bukunya Sejarah Hidup Muhammad.
Bahkan dalam sebuah riwayat, kepergian Rasulullah pemakaman Baqe'i pada malam hari dilakukan setelah mendapat wahyu. Atas perintah Allah, Jibril meminta baginda  untuk mendoakan penghuni Baqe'i.

BERDOA memohon kebaikan itu adalah lumrah samada memohon kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Sayangnya, manusia acapkali memohon kehidupan yang baik di dunia, namun kadang lupa meminta kematian terbaik di sisi-Nya.
Allah SWT berfirman:
“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati…” (QS Al Ankabut: 57)
Jika sudah jadi suatu kepastian mengapa harus dipintakan? Memangnya boleh meminta kematian?
Jawabannya tak lain bahawa sepertimana hidup, mati pun perlu perancangan? Maka, bukan hanya boleh, malah perlu. Bukankah setiap muslim pasti mengharapkan khusnul khotimah atau mati syahid?
Tapi, jangan silap faham. Merancangkan kematian yang dimaksudkan ini bukan bermaksud untuk bunuh diri. 
Bagi wanita  terbilang di sisi Allah, mereka akan mengimpikan sebaik-baik kematian  seperti syahidah  pertama dalam sejarah Islam  bernama Sumaiyyah. Tidak salah jika  kita semua  memilih merancang kematian yang mulia di sisi Allah  diiringi  doa  seperti doa Aisyah  isteri  Firaun di hujung surah At Tahrim  ayat  11 berbunyi; 
رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ 
yang bermaksud  "Ya Rabb, binalah sebuah rumah/istana untukku di sisi-Mu dalam syurga"
Fahami dengan penuh sedar  bagaimana kisah sahabat berikut merancang kematian mereka:
 1. Doa  Umar  Al Khattab
Suatu hari Umar bin Khattab pernah mengajukan permohonan yang membuat Hafshah, puterinya terkejut. Permohonan itu ia ucapkan ketika berdoa  dan Hafshah mendengar doa ayahnya itu.
“Ya, Allah, matikan aku sebagai syahid di bumi Nabi-Mu,” pinta Umar bin Khattab.
Hafsah terkejut lalu bertanya, 
“Ayah, Apakah engkau ingin syahid di Madinah ini, di Haram Nabi Shalallahu alaihi wa sallam? Mengapa bukan di medan Jihad Syam atau Parsi? Apakah itu berarti musuh-musuh Allah akan kembali menyerang dan menghancurkan kota penuh berkah ini?”
Apa jawab Umar bin Khattab?
“Hafshah puteriku, Allah  Maha Berkuasa untuk mengabulkan permohonan hamba-Nya tanpa mengubah kurunia-Nya bagi yang lain,” kata Umar bin Khattab.
Apa yang kemudian terjadi?
Umar bin Khattab mendapati doanya terwujud. Ia syahid di tangan seorang pendendam dari Parsi bernama Abu Lu’lu. Ia syahid setelah ditikam. Bukan di medan perang, tapi di bumi Nabi Shalallahu alaihi wa sallam iaitu Madinah.
Selain  kisah di atas, ada pula kisah seorang sahabat yang menolak rampasan perang dan berkata kepada Nabi Salallahu alaihi wa sallam.
“Tidak, ya Rasulullah, bukan untuk ini. Aku berperang untuk ini!” ujarnya sambil menunjuk satu titik di nadi lehernya.
Rasul berkata, “Kalau dia jujur kepada Allah, dia akan mendapatkan yang dicitakannya.”
Lalu, apa yang terjadi?
Pada perang yang ia ikuti berikutnya, ia dapatkan sebuah anak panah menancap tepat di titik yang ditunjukkannya dulu.

Kematian memang takdir Allah. Namun, sama halnya sikap kita terhadap takdir lainnya seperti jodoh dan rezeki dalam kehidupan yang sifatnya masih misteri, sebab itu pulalah kita diberikan kebebasan untuk merancang atau mengimpikannya. Jadi, rebutlah peluang  memohon  dan berdoameminta kematian yang terbaik di sisi-Nya? 
Semuanya bergantung pada kuasa Allah. Manusia hanya perlu berupaya dan berdoa, melakukan yang terbaik, termasuk dengan merancangkannya.

3. Sa’ad bin Abi Waqqash dan Abdullah ibnu Jahsyi
Di malam perang Uhud,Saad bin Abi Waqqash berdoa kepada Allah agar bertemu musuh yang kuat dan mengalahkannya dan mengambil rampasannya.
Berbeza dengan Abdullah ibdu Jahsyi. Ia memanjatkan doa kepada Allah bersama Sa’ad bin Abi waqqash, namun do’anya berbeza.
“Ya, Allah aku bersumpah kepada-Mu! Bahawa besok pagi aku akan bertemu musuh. Aku akan membunuh mereka, dan mereka akan membunuhku. Lalu mereka akan membedah perutku, menghiris hidungku, dan mencacah telingaku. Lalu aku akan menghadap-Mu dan Engkau bertanya kepadaku, ‘Demi siapa ini semua?’ dan aku akan menjawab, ‘Untuk-Mu,” ujar Abdullah ibnu Jahsyi dalam doanya.
Jika, Sa’ad bin Abi Waqqash meminta kehidupan atau kejayaan, Abdullah ibnu Jahsyi justru mengharapkan kematian.
Dengan menitiskan air mata, selepas perang, Sa’ad bin Abi Waqqash mengisahkan, “Kami mendapatkan apa yang kami mohon. Tapi doa Abdullah lebih baik dari doaku…Dan dia berdoa untuk menghadap kepada Allah dalam keadaan yang paling diridhoi-Nya. Dia mendapatkannya…dia mendapatkannya…”

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil