Antara Taddabur Qur'an Dan Taddabur Alam

 Dengan Nama Allah 

Yang Maha Pemurah, 

Lagi Maha Penyayang

Segala Puji-pujian hanyalah layak untuk Allah yang sentiasa mempermudahkan urusan kita semua mencari redha-Nya. Hanya DIA yang layak kita cintai sejak dahulu, kini dan selamanya bertakhta dalam jiwa kita. Insha Allah.

Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat baginda serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah hingga akhir zaman khususnya kepada para ulamak muktabar yang mewarisi jejak para anbia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin--Nya jua kami empat beradik perempuan istiqomah bertadarus dan taddabur Qur'an setiap pagi mulai jam 4.00 hingga 5.00 pagi semoga berterusan hingga hujung nyawa kami. Insha Allah. Rutin ini jika tiada seolah-olah hidup kami teraba-raba bagaikan orang buta...Nak nangis rasanya sebak sangat menerima anugerah ini tanda Allah memuliakan kami dengan asebab Al Quran. 

Benarlah amat rugi besar jika mukjizat Al Quran ini tidak kita manfaatkan sebaik-baiknya menjadi agenda utama dalam hidup kami. Sudah lama ibu amat cemburu dengan Kak Ngah, hidupnya mulai Subuh hingga  Maghrib sentiasa disibukkan dengan aktiviti belajar dan  mengajar  Al- Quran setiap hari. Pukul 4.00-5.00 pagi adalah 'me time' kami bercinta dengan Allah. Paling mengharukan apabila kak Ngah mengundang ibu bersamanya mengajar Quran secara online dengan murid-muridnya di Johor. Beliau minta ibu fokus bahagian taddabur sahaja supaya semua muridnya dapat peluang faham sedikit sebanyak kandungan Al Quran.

Suami ibu pernah ingatkan baca Quran mesti faham maknanya dan kaitkan dengan realiti semasa. Inilah yang sedang ibu pelajari sekarang. Syukur Alhamdulillah sejak hujung Ramadhan lalu, suami ibu dah selesai baca 12 juzuk, kini sedang baca Juzuk ke 13. Satu cabaran dan tamparan bagi kita yang masih sihat menyahut seruannya secara tidak langsung.

Masha Allah, tabarakallah Allah izin ibu berpeluang bawa suami taddabur alam menuju ke Kuala Perlis mencari laksa untuk tetamu. Ibu sengaja minta suami tunjuk jalan tanpa melalui sebarang traffic light atau ikut jalan kampung yang indah pemandangan bendangnya. Alhamdulillah terasa segar jiwa dapat refresh akal yang sudan lama terperap di rumah. Ketika sihat, jika berpeluang rehlah  suami selalu sebut, Allah jadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Ibu sentiasa terbayang, semua makhluk yang Allah cipta itu sentiasa bertasbeh menyucikan Allah siang dan malam.

On the way balik ibu minta izin berehlah seketika di warung tepi sawah yang sentiasa penuh pelanggan. Syukur Alhamdulillah ketika kami sampai dalam pukul 11.30 dah mula lenggang dan ada banyak tempat parking. Ibu cuma singgah beli moi @ bubur kegemaran suami.

Subhanallah, begitu cantik apa yang Allah aturkan dan memang tak sangka kak Ngah ajak ibu sedangkan sebelum ini ibu tidak yakin hendak melakukannya. Tak sampai hati hendak menolak undangan mulia itu. Bagi ibu, semuanya Allah sudah aturkan melalui kak Ngah yang lebih mengenal kelemahan dan kelebihan adiknya ini. Suatu ketika dahulu semasa Rumah Ngaji di Tangkak dalam proses pembinaan ibu ada niat hendak membantu kak Ngah memakmurkan rumah ngaji tersebut. Mungkin ini adalah permulaannya yang Allah aturkan. Insha Allah. Dalam masa yang sama ibu sedang carikan  PA @pembantu peribadi yang aksn menemani kak Ngah ulang alik dari rumah anaknya di Bangi ke rumah Ngaji di Tangkak.

Ya Allah, tanpa pertolongan-Mu, aku tidak mampu menggalas amanah ini. Permudahkanlah segala urusan kami membuat persiapan ini yang akan bermula 21 Mei nanti. Insha Allah

Hari ini ibu lapangkan masa menerima tetamu dari kalangan ahli halakah. 



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil