Hadiah Ramadhan 1443 Hijrah

 Dengan Nama Allah

Rabb yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun dan Menerima Taubat Para hamba- Nya. Syukur Alhamdulillah dengan hidayah dan Taufiq - Nya jua kita terbimbing untuk berubah demi mengharapkan keredhaan Allah jua

Selawat dan salam khususnya buat junjungan tercinta, Rasullullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda.

Hari Raya Aidil Fitri diumumkan pada hari Isnin, buat pertama kali Malaysia tidak ikut kalender yang menetapkan hari  Raya pada hari Selasa. Satu Malaysia terkejut, ada yang masih belum bergerak balik kampung. Di kampung, bahan-bahan hendak masak belum dibeli lagi. Ditambah dengan ujian catuan air seluruh Perlis. Alhamdulillah, anugerah dari Allah jua, ibu dapat maintain ketenangan hadapi situasi sulit ini. Tangki air kering, anak bungsu berusaha penuhkan kolam agar ayahnya tidak kesulitan bersuci dan berwudhuk. Masya Allah tingginya kesabaran mereka  kesan tarbiyah Ramadhan

Alhamdulillah Ibu seronok dengar pengumuman itu sebab sudah bersedia dengan oder pelbagai  juadah termasuk  satay. Persiapan awal dibuat agar rutin harian tadarus dan  Taddabur  Quran seawal jam 4.00 pagi ibu berempat beradik tidak terganggu. Ibu perlu tidur awal sebaik sahaja selesai solat Isya'

Sebelum ibu tidur, dari katil suami bertakbir dan minta ibu buka TV kumandangkan takbir hari Raya sepanjang malam Tanda bersyukurnya dapat selesaikan puasa selama 29 hari. Hari kemenangan yang wajib kami syukuri, ibu nak raikan tanpa stress dan fokus kepada  rutin harian sepertimana di bulan Ramadhan. Seronok lihat perkembangan suami membaca Quran beransur maju dapat baca 1 juz sehari walaupun dalam keadaan uzur. Kerana harapkan keredhaan Allah, maka bersabarlah.

Anak menantu tidak tidur sepanjang malam hendak siapkan juadah ikut selera masing- masing. Mujur bahan-bahan sudah siap. Jam 2.00 pagi masih cari blender. Indahnya kenangan mereka memasak anak beranak sampai tidak tidur malam. Ibu memang tidak boleh tolong kerana ada priority  yang perlu diutamakan. Tenaga perlu disimpan untuk tadabur Quran.

Bagi ibu juadah nasi impit, lodeh , serunding, sambal kacang dan rendang sudah cukup ikut selera suami dan anak cucu ibu. Di pagi Raya pun kelihatan mereka cuma makan apa yang ibu siapkan. Juadah tambahan hasil air tangan anak menantu tiri ibu seperti sop tulang, nasi tomato dan sambal goreng dijamah oleh tetamu di awal pagi. Menjamah hidangsn tambahan serba sedikit termasuk sop, menyebabkan ibu kepanasan dan mengalami migrain sepanjang malam.

Alhamdulillah telan anti biotik bawang putih 2 biji dan minum air lemon campur madu 2-3 gelas  dan tapping beberapa kali sampai dapat tidur lena. Apabila, bangkit jam 2 pagi rasa mual, panas dan pening  mulai lega dan ibu  dapat teruskan rutin taddabur Quran bersama kakak dari Bangi dan Shah Alam. Adik dapat dengar sahaja kerana dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kota Bahru Kelantan,

Beraya bersama 3 keluarga. 2 keluarga lagi di Kuala Nerang@HTF


Ibu dapat rasakan betapa sepinya kak ngah sejak kematian suaminya. Ibu pernah rasa kesepian itu pada tahun 2013-2014. Kak Ngah yang lebih menangis melihat ibu ditinggalkan...

Jika ibu tiada sebarang  tanggungnjawab di sini, memang ibu akan menemaninya, seperti mana sewaktu kecil kak ngah sentiasa menemani ibu. 

Abang dari Jakarta menyapa dalam wassap tunjukkan gambarnya bersama kak Ngah. Ibu terus bertanya pandangannya , "suatu ketika nanti saya nak bawa ngah bermustautin di Madinah boleh?". Selamba sahaja abang ibu jawab nanti dia akan sponsor. Insha Allah. 

Ibu amat yakin Insha Allah suatu masa nanti pasti Allah makbulkan niat murni ini. Ibu berharap ada sebuah rumah di sana sering dikunjungi oleh anak cuci yang belajar di Madinah atau menunaikan  umrah@haji. Inilah kampung ibu di dun8a menanti balik kampung di akhirat.

Ibu ucapkan terima kasih kepada anaknda Dr Bahijah, hadiahkan tudung Raya 3 helai. Alhamdulillah cadang nak berkabung merasai kesedihan kakak yang kematian suami, ada juga diberi pilihan tudung hitam. Sesi bergambar ibu pakai tudung pertama  Jah belikan. Hadiah istimewa juga buat ibu apabila ada anak cucu yang taat, pakai baju yang ibu hadiah pada hari Raya kedua. Ketaatan merupakan penghubung kemesraan. Apabila tiada ketaatan, kita akan tetap rasa jauh. Mungkin kita ada masalah komunikasi, tetapi apabila memahami situasi ibu dan ayah, rasa ego akan tunduk kepada keimanan. Memang Ibu dan ayah banyak diam tetapi cuba  memahami situasi tanpa rasa benci bahkan mendoakan kalian. Semoga Allah kurniakan kami semua anak cucu yang soleh dan solehah selamanya

Hadiah istimewa  dari Allah Yang Maha Baik, Alhamdulillah sempena Ramadhan kali ini apabila Allah permudahkan kami dapat bangkit awal pagi demi menyantuni rutin harian bertadarus dan taddabur ayat Quran setiap hari satu jam setengah Juz. Dua hari satu juzuk,  Insha Allah akan berterusan selagi hayat dikandung badan. Nikmat ini paling manis dalam kehidupan ibu, Allah dekatkan kami yang jauh kerana memuliakan Al Quran. Ibu aturkan bangkit paling lewat sebelum jam 2.00 pagi, siapkan yang patut untuk suami agar tidak terlepas jadual tadarus dan taddabur. Jam 5.00 pagi urus kesucian dan wudhu suami. Sementara suami solat dan baca Quran, ibu tidur seketika agar semasa solat Subuh tidak mengantuk. Alhamdulillah apabila rutinka  jadual ini, boleh bertahan sampai waktu Dhuha jam 8.00 pagi. Insha Allah rutin harian ini merupakan hadiah istimewa dari Allah berkat Ramadhan 1443. Alhmdulillah, terima kasih Ya Allah

 Semoga menjadi ikutan kepada anak cucu kelak mengutamakan makanan Roh berbanding makanan fizikal. Di hujung usia ini kami amat perlukan bekalan untuk kenyangkan roh agar tidak kelaparan sebelum dipanggil pulang menghadap Allah Rabbul Jalil

Doa Para Pecinta Al Qur'an

"Ya Allah jadikanlah Al Qur'an sebagai (taman bunga)@ penyejuk qalbu kami, cahaya yang menyinari dada kami, pelipur duka kami dan penghapus kesedihan kami"

Al Quran merupakan teman setia kami selamanya, di dunia, di alam kubur @ barzakh dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal Alamin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil