Cerita Di Ambang Ramadhan 1442 Hijrah

 "Terima kasih...kerana menyayangi kami dan sentiasa mendoakan yang baik-baik..." seorang ibu berusia 35 tahun  merakamkan kesyukuran setelah hampir  dua jam kami bersembang cuba mencari jalan keluar setelah sekian lama  dia  bertegang urat dan bermasam muka dengan suaminya. Petang  Ahad, selepas  Asar ibu dikunjungi oleh bekas  client (banyak  kali sesi kaunseling pada tahun  2018- 2019) Setelah sekian lama tidak berjumpa, ibu andaikan semuanya sudah berdamai. 

Sehari sebelum itu, ibu agak terkejut apabila disapa  oleh suaminya memaklumkan ingin berjumpa  ibu bersama isterinya. Ibu dimaklumkan krisis rumah tangganya semakin tegang setelah beberapa kali bertemu kaunselor  pejabat agama setempat. Jika diturutkan  rutin, ibu ingin menolak kerana tiada daya dan upaya  ibu setelah  agak lama bercuti  dari menjadi kaunselor kerana hendak fokus  berkhidmat menyantuni keuzuran suami.


Setelah berfikir bahawa mereka ini Allah yang  hantar dan setelah berbincang  dengan suami kami bersetuju hendak mendengar tetapi yang boleh selesaikan kebuntuan mereka  bergantung  kepada sejauhmana mereka berharap kepada Allah. Malam sebelum mereka  hadir, untuk  cuba usahakan untuk mereka positifkan 'mind set' masing-masing dan bertenang. Ibu wassap  video surah Al Ghafir ayat 44 supaya  mereka hafal, hayati dan menyerahkan segala  masalah dan urusan mereka kepada Allah.

Semalaman ibu berfikir, mereka ketandusan kasih sayang lelaki yang 'qawwam'. Mereka berdua membesar  sebagai anak yatim tanpa kasih sayang seorang ayah. Siisteri rasa  terbeban kerana menurutnya dia sentiasa dimasukkan ke dalam kandang orang salah oleh keluarga suaminya. Hubungan  dengan ibu mertua  semakin rumit dan ibu dimaklumkan oleh suaminya bahawa ibunya minta dia  cari isteri lain. Letih juga kita yang mendengarnya, apa lagi siisteri  yang mendepaninya,sambil menyntuni anak dua orang, ibu tua yang uzur dan kerjaya guru. Suaminya kerja di Pulau Pinang....

Seburukmanapun ibunya, itulah syurga anak lelaki. 

Seburuk manapun sisuami itulah syurga siisteri.

 Ibu ingin fahamkan wanita tersebut agar 'adjust'kan diri sentiasa bersyukur dan bersabar menerima seadanya dan memaafkan ibu mertua dan suaminya. Benarlah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Pesanan akhir ibu untuk mereka, berharaplah kepada Allah, kalian tidak akan kecewa. Jika  berharap dengan manusia  walaupun suami atau isteri, kalian pasti akan kecewa bahkan berputus asa.

Mereka beruntung kerana  sudi mengunjungi kami lagi. Berkat kerendahan hati mereka,Allah iringkan mereka  bekalan doa UOHS, suami ibu sentiasa ingatkan agar  kami sama-sama mendoakan agar mereka berdamai. Ibu minta juga suami beri nasihat  walau satu ayat. Namun diberi alasan 'sakit gigi'. Betullah, memang sakit gigi, tak ada mood nak bercakap. MC

Ibu sarankan kedua-duanya  berdiam selagi tidak mampu berkata yang baik-baik. Diam lebih selamat untuk menundukkan nafsu ammarah dan mengalahkan syaitan yang seronok  jika pasangan suami isteri bergaduh. 

Cerita lain, 1 April 2021 merupakan sejarah indah buat anak ibu  selamat resign dari kerjaya dengan Baheej Travel dan bekerja sendiri dari rumah. Semoga Allah redha dan  permudahkan segala urusan serta membahagiakan seluruh ahli  keluarga dengan kerjaya  baharunya. Ibu hanya  mampu 'back up' dengan rezeki apa yang ada serta doa yang berterusan demi jihad ekonomi  untuk Islam semata-mata.

Rezeki yang membahagiakan ibu,  apabila dapat berikan sedikit sumbangan suara dan idea dalam Daurah murabbiyah pagi Ahad bertajuk 'Sumbangan Andalusia kepada  Eropah'. Alhamdulillah, ukhti Ainin Sofia Zabidi, anak muda bertugas di IPTIP membantu ibu buat 'slide' serta menjelaskan kandungan slide itu dari  awal. Ibu cuma menyambung dalam merumuskan keseluruhannya. Tanpa sedar,ibu terlupa tutup 'mic', tiba-tiba  suami ibu ucapkan 'tahniah'. Malu sendiri..Alhamdulillah, syukur Allah beri peluang  berlatih lagi berikan sumbangkan untuk ummah  dengan  apa yang terdaya...



Semoga amal soleh ini Allah terima sebagai ibadah di sisi-Nya

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil