وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ Apabila aku Sakit, DIA Yang Menyembuhkan
Isnin, 26 Ogos, sebelum Subuh seawal jam 2.00 ibu terjaga, kepala rasa berat dan badan rasa tidak selesa. Jika dibiarkan mungkin boleh demam agaknya. Ibu cuba sambung tidur, kemudian terjaga lagi jam 4.00 pagi dalam keadaan tekak rasa mual. Sambil merawat diri 3 kali 'tapping' EFT(Emotional Freedom Technique) di samping ibu bermunajat mohon Allah berikan kesembuhan. Ibu perlu sihat kerana jam 7.30 pagi, ibu perlu memandu ke hospital menemani suami. Dari 5 malam (mulai 20 - 25 Ogos), ini kali pertama ibu tidak bermalam menemaninya di wad 1 kerana anak lelaki menawarkan diri hendak menjaga ayahnya. Ibu bermalam di homestay yang disewa oleh family anak bungsu sekaligus dapat bersembang bersama besan tetamu istimewa dari Johor.
Selepas azan Subuh, sebaik sahaja selesai beri salam solat Fajr, ibu terus termuntah atas telekung kerana tidak sempat buka untuk ke tandas. Pahit rasa di tekak namun Alhamdulillah selepas muntahkan segala toksid dan keracunan, baharu ibu rasa lega dan peningpun berkurang dengan izin Allah. 'Mind setting' dan 'heart setting' sangat perlu diyakinkan bahawa segala kesembuhan sakit jiwa mahupun fizikal sebenarnya adalah dari Allah dan dengan izin Allah.
Kuatkan tekad dalam menghayati luahan cinta Nabi Ibrahim dalam surah As-Syuara ayat 80
"Wa iza maridhtu fahua yashfin,
Maksudnya "Apabila aku sakit DIAlah yang menyembuhkan"
Seiring itu, sepanjang terapi EFT ibu ulang-ulang kalimah "Ya Allah, aku ikhlas dan pasrah" Lambat atau cepatnya kesembuhan dari sebarang penyakit jiwa atau fizikal adalah sejauh mana kita menyerahkan diri secara total kepada Allah, tanpa sebarang syarat dan 'reserve'. Ibu tidak mahu ungkit kenapa ibu boleh termuntah? Sebab perkataan 'kenapa' akan mengundang syaitan merasuk diri untuk menyalahkan makanan atau orang atau peristiwa sebelum, persekitaran dan seumpamanya. Allah beri sedikit kesakitan untuk 'test' kita sejauhmanakah kita menyerah diri kepada-Nya. Kita perlu latih dan tarbiyah emosi dengan 'merdeka'kan diri daripada kongkongan hawa nafsu dan cinta dunia.
Sifat memendam dan sering mengulang persoalan "KENAPA"??? adalah berhala yang menyelinap masuk dalam jiwa menyebabkan sukar untuk redha menerima ujian dan dugaan yang Allah aturkan amat tepat untuk kita. Ujian ini sebenarnya mendidik kita bermuhasabah diri dan seterusnya perbaiki diri mengikut landasan yang Allah kehendaki. Suami pernah berpesan kepada anak ibu 'Jangan rasa diri superior...' Ibu rasa mungkin inilah 'berhala' yang sangat merbahaya yang akan merosakkan amal kita menjadi bagai debu-debu yang berterbangan. Tanpa sedar kita suuzhon (buruk sangka) kepada apa yang telah Allah aturkan amat sesuai untuk kita. Nauzubillahi min zalik.

![]() |
Family Day di katil 3 Wad 1 HTF, Perlis , Ahad 25 Ogos 2019 |
Hari bersejarah, Khamis 20 Ogos, suami ditahan di wad Hospital Tunku Fauziah (HTF) kerana sering pegang dada, terlalu letih tidak bermaya dan pening kepala. Anak-anak terus bawa ke bahagian kecemasan HTF. Setelah 3-4 hari baharu dapat kesan puncanya salah satu tube ke jantung 'sempit' yang menyebabkan beliau cepat letih dan pening.
Setelah disiasat ubat yang dimakan dan susu yang diminum, puncanya darah menjadi pekat kesan minum susu Ensure yang sebenarnya memang tidak sesuai untuk pesakit jantung. Susu Ensure sesuaiuntukkuatkantulang dan untuk orang yang aktif macam kakak Ngah di Tangkak.
Allah peruntukkan masa untuk beliau berehat, pulihkan tenaga selama 5 hari di hospital dan memberi peluang anak-anak menjaga dan merawatnya. Alhamdulillah rutin ibu tidak terganggu. Dalam keadaan serba salah terlalu ingin ikuti program di MATRI kerana sudah daftar nama sejak awal bulan lagi. Program menggabungkan pemuda pemudi dengan para veteran untuk menggerakkan aktiviti khidmat masyarakat sebagai Irsyad (coacher)
Alhamdulillah suami tidak menghalang malah merestui hasrat ibu untuk ikuti seminar LXC (Learner Experience Coaching) pada hari ke-3 beliau di wad. Syukur anak-anak juga memahami dan sangat membantu ibu menjaga ayah mereka. Cuma hari terakhir kursus (Ahad), ibu terasa perlu berada di sisi suami kerana ramai tetamu yang melawatnya. Macam ziarah hari Raya ramainya.
Pada pendapat ibu, LXC memang menarik dan kemahiran ini perlu ada pada kita semua untuk menyuburkan 'spirit' , 'steps' & 'skills'. Daripada '3 S' ini ibu dapat rumuskan kita akan dapat hasil 2 S lagi iaitu 'syukur' dan 'sabar' menjadi hiasan akhlak dan peribadi kita. Rumusan yang ibu dapat daripada kursus ini, Pentingnya kita ada 3S untuk tingkatkan kualiti ubudiyyah kita dengan sifat syukur dan sabar jika inginkan hasil (natijah) yang Allah berkati dan redhai.

Dalam kesibukan, beberapa kali ibu dikunjungi oleh kaum Hawa yang 'phobia' dan takut suami akan kahwin lain. Ada kes kaum Hawa serik atau takut hendak merujuk kembali bekas suami yang tidak memahami fikrah Islam. Persoalan 'takut' itu adalah bisikan-bisikan dari syaitan. Mereka tahu gangguan-gangguan itu adalah dari syaitan tetapi tidak tahu dan tidak berupaya hendak menepisnya apabila bisikan 'bahaya' itu datang kembali menyelinap dan bersarang dalam jiwa. Ini adalah persoalan akidah yang lemah dan perlu dimantapkan dengan penyerahan diri secara total kepada Allah.
Ramai di kalangan kaum Hawa boleh lulus dalam 5 rukun Iman yang awal tetapi mereka sering gagal dalam menghayati Rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qadha' dan Qadr. Pujuklah diri bahawa Qada' dan Qadar Allah tidak pernah salah dan sentiasa tepat dan sesuai untuk kita semua hamba-Nya. DIA yang mencipta kita, maka DIA Maha mengetahui apa yang sesuai untuk kita.

Sesi yang paling menarik adalah ketika aktiviti memberikan label positif kepada rakan-rakan yang berkursus. Allah izin mudah sangat ibu tulis 'bakal menjadi pemimpin ummah masa hadapan" untuk lelaki dan 'bakal maratus solehah sebaik-baik perhiasan dunia' untuk perempuan kepada semua peserta muda belia.
![]() |
Peserta LXC ~ Bakal pemimpin Ummah Masa Hadapan melawat Ex-Murabbi |
Manakala kepada golongan veteran ibu catat 'Ibu mithali, ibu sejati' dan 'ayah mithali ayah sejati'. 'Feed back' yang ibu dapat hasil tulisan semua peserta terhadap ibu sendiri sungguh di luar dugaan. Mereka nampak apa yang ibu tidak tahu. Di antaranya ada yang mencatat;
" Teacher ibu
1. sopan,
2.critical thinking;
3.keibuan,
4.nampak tegas, teliti,
5.selalu tunjuk kasih sayang, 6.Alhamdulillah solehah, 7.tabah (3X),
8. menginspirasi,
9. rajin (2X) dan bersemangat,
10.baik hati,
11.tenang (5X) & cool,
12. sabar,
13. berpandangan jauh,
15.lembut dalam berkata-kata,
16.Inspirasi & cantik (2X),
17.Tidak takut mengambil risiko,
18. Positif,
19. tekun,
20. Kuat motivate orang,
21. kental
22. sangat penyayang (3X)
23. Sharing yang sampai ke jiwa
24. Perihatin
25. Cepat memahami

Walaupun kebanyakan persepsi positif ini mungkin belum ada pada ibu, ibu harapkan apa yang mereka catat itu merupakan doa yang baik yang membimbing ibu ke arah mendapatkan sifat terpuji tersebut demi meraih keredhaan Allah jua. Insha Allah. Semuanya demi menolong Deen Allah. Dalam LXC, sememangnya kesuburan potensi bermula dari persepsi positif diri dan orang lain terhadap kita. Namun yakinlah potensi itu akan terhalang apabila kita tidak 'move on' kerana tersiksa membawa beban persoalan "kenapa? kenapa? kenapa", Persoalan 'why' ini sememangnya memangsakan diri terus tersiksa dalam lingkaran bermasalah hingga mudah mendapat penyakit jiwa. Sesungguhnya sebaik-baik penyembuh sakit jiwa adalah Allah SWT.
Comments
Post a Comment