Mar'atus Solehah, Sebaik-baik Perhiasan Dunia
Tajuk 'Mar'atus Solehah, Sebaik-baik Perhiasan Dunia' diberi lebih sebulan lalu menanti seminarnya pada hari Jumaat, 16 Ogos. Persiapan ke arah membentangkan tajuk itu hanya berputar-putar dalam kepala lanjutan dari program bulan Julai yang bertajuk "Mencontohi Wanita Di Dalam Al-Qur'an" Idea sudah ada tetapi sayang tidak sempat hendak duduk tenang mendokumentasikan dalam bentuk 'power point'. Agak sibuk juga buat serba sedikit persiapan menanti anak-anak hendak balik beraya Haji. Begitulah lumrah ibu-ibu di manapun mereka berada.
Alhamdulillah anak sulung tawarkan diri hendak masak 'Nasi Maqlubah' yang biasa dibuat setiap Musim Raya Haji sebelum kehadiran ibu di Tunjung. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Anak solehah memanjangkan amal jariyah almarhum bondanya di mana ibu sendiri tidak mampu berkorban semulia itu. Semoga pengorbanan seperti ini akan diwarisi oleh adik-adik, anak-anak dan cucu-cucunya kelak. Ibu amat yakin bahawa ahli keluarga suami ini semuanya adalah bakal ahli syurga kerana sentiasa bersabar dan berbaik sangka @ husnuzhon kepada segala takdir Allah...Insha Allah. Model Mar'atus solehah sudah ada di hadapan mata ibu, termasuk menantu yang menemani kami di rumah sepanjang hari persekolahan. Jika ibu tiada, beliaulah yang menjaga makan minum ayah mertuanya. Kesolehannya sentiasa teruji dengan kesabarannya tanpa batas.

Alhamdulillah, petugas HALUAN Perlis selamat mengurus korban 10 ekor lembu, 3 bahagian daripadanya adalah dari keluarga kami. Kemeriahan ibu musim Haji kali ini dapat fokus tumpukan niat berkorban di Makkah, seolah-olah seluruh jiwa raga turut berada di Makkah menunaikan Haji. Hanya jasad sahaja berada di Perlis. Semoga pengorbanan kali ini, Allah nilai seolah-olah mendapat pahala Haji Mabrur walaupun tak berpeluang berada di sana kerana menemani suami yang kurang sihat di sini. Tahun 1999 Haji pertama ibu, 2009 Haji kedua. 2019 hanya mampu Korban kambing di Makkah sahaja dan menitip bingkisan doa melalui sahabat sahibah yang menjadi tetamu Allah (Dhuyufurahman)... Rancangan menunaikan umrah juga terpaksa ditangguhkan kerana perlu meletakkan keutamaan keadaan kesihatan suami. Insha Allah umrah dan Haji tahun ini tertangguh, ibu yakin Allah akan gantikan dengan peluang bermustautin di bumi nabi apabila telah sampai masanya kelak. Ya Allah, makbulkanlah...Aamiin
Pagi Jumaat, 16 Ogos lalu, ibu amat terhibur dan rasa berbaloi sampai Melaka dan Tangkak kerana program kali ini ibu ditemani oleh cucu-cucu yang sangat akrab dan memahami ibu. Kedua cucu ini adalah hasil tarbiyah kesolehan umi dan abinya yang sama-sama memahami erti Tarbiyah Madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. "sami'na wa ato'na' (Kami dengar dan patuh)...Mudah sahaja ajak temani Tok Ibu, lebih-lebih lagi masih dalam tempoh cuti sekolah.
Ibu rasa lebih terhibur kedua-duanya sudi duduk mendengar sekali bahan tarbiyah yang ibu kongsikan bersama staff dan ahli kariah rumah Ngaji Qur'an. Jika ada perkataan yang tidak difahami, secara spontan salah seorang akan bertanya. Contohnya apabila Tok Uda sebut dua perkara yaang bermula dari S. Salah satunya Syubhat. Spontan sahaja ditanya "syubhat tu apa?" Tok Ngasobah ulas tentang zaman Dajjal, terus ditanya "Dajjal tu macam mana?"
Ibu cuba bergurau dan menyakatnya, "nanti tok ibu dah mati, Mishary dan Maher bagi ceramah di sini ye, ganti tok ibu" Kedua-duanya tersenyum lalu abangnya menjawab "Oo nanti abang Ayi jadi ustaz la...hi hi hi" Tok ibu bukan ustazah, tetapi Allah hantar juga ke sini. Tak semestinya ustaz dan ustazah sahaja layak beri ceramah. Doktor, jurutera, usahawan, peguam pun boleh beri ceramah ajak masyarakat fahami Deen Islam jika mereka faham apa itu Deen Allah.
Sebenarnya ibu keberatan hendak bermusafir tanpa suami, lagipun memang kurang membuat persediaan. Namun suami ibu beri motivasi "adinda pergilah... dan cakap sahaja apa yang ingat walaupun tak cukup persiapan..." pujuknya. Selepas sahaja suami memujuk begitu, Alhamdulillah hilang segala rasa serba salah. Ibu rasa amat beruntung kerana suami amat memahami kerjaya utama ibu kini walaupun jauh, doa dan redhanya amat ibu harapkan. Redha Allah bersama redha suami, bagi para isteri.
Bagi anak-anak, redha Allah bersama redha ibu bapanya. Dan alangkah beruntungnya suami kerana semua anaknya juga memahami kerjaya utama ayahnya adalah dakwah dan tarbiyah walaupun fizikalnya nampak uzur. Alhamdulillah Allah limpahkan rasa yakin, bahawa DIA akan tolong walaupun tanpa suami di sisi. Setelah membaca satu halaman Al-Qur'an sahaja, segalanya terjawab, keyakinan semakin mantap agar ibu teruskan jihad untuk melahirkan lebih ramai pendidik yang memahami Deen Allah di Johor sana...
Ibu amat bersyukur semua anak cucu faham, jika ibu tak keluar bilik, bermakna sedang beruzlah mengaji buat persiapan untuk mentor mentee/halakah atau menulis. Bila ibu letih sangat terpaksa tidur@istirehat. Kudrat 'orang tua' tak macam dulu lagi boleh buat 5-10 kerja dalam satu masa. Setakat ini ibu hanya mampu sekadar menjaga kebajikan ayah kalian, tidak lebih dari itu. Bersyukurlah nanti Allah akan tambah nikmat, Jika banyak komen dan komplen, itu kufur nikmat namanya, azab Allah amatlah pedih.
Justeru itu kekalkanlah status 'mar'atus solehah' kalian menepati ciri-ciri wanita solehah seperti dalam Surah At Tahrim ayat 5 yang bermaksud;
"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)
Rujuk Tafsir, cuba fahami maksud tersurat dan tersirat, siapakah yang Allah maksudkan dengan istilah dan konsep;
i. Muslimat
ii. Mukminat
iii. Qonitat
iv. Taibat
v. Abidat
vi. Saihat
Himpunan dari 6 ciri di atas sudah cukup menjadikan kalian semua sebaik-baik perhiasan dunia lebih baik daripada bidadari di syurga. Maratus solehah yang musleh sentiasa bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga, bahkan untuk ummah sedunia. Semoga Allah sentiasa mendidik, mengasuh dan memproses ahli keluarga sampai ke anak cucu hingga hari kiamat cenderung memahami Deen Allah.
Ibu harap selepas ini ayah tidak mengulang lagi menyebut dengan penuh dukacita "depa tak faham". Perasaan seorang ayah yang terlebih dahulu makan asam garam dan banyak pengalaman amat sensitif dan mudah terasa jika ada 'silent critics'. Cuba fahami apa yang ayah kalian maksudkan. Syurga sedang menanti bagi mereka yang sabar untuk memahami. Lawan segala bisikan syaitan itu dengan keikhlasan untuk memahami minat utama ayah mengajak masyarakat memahami Deen Allah yang syamil, kamil dan mutakamil sekadar kemampuan yang Allah izinkan. Jika tidak mahu memahami, memang sukar untuk kita saling berkomunikasi. Diam adalah lebih baik.

![]() |
Alhamdulillah, Hero Ertugrul jadi 'body guard' Tok Ibu di rumah Ngaji |
Ibu cuba bergurau dan menyakatnya, "nanti tok ibu dah mati, Mishary dan Maher bagi ceramah di sini ye, ganti tok ibu" Kedua-duanya tersenyum lalu abangnya menjawab "Oo nanti abang Ayi jadi ustaz la...hi hi hi" Tok ibu bukan ustazah, tetapi Allah hantar juga ke sini. Tak semestinya ustaz dan ustazah sahaja layak beri ceramah. Doktor, jurutera, usahawan, peguam pun boleh beri ceramah ajak masyarakat fahami Deen Islam jika mereka faham apa itu Deen Allah.
![]() |
Latihan Mendengar yang baik |
Sebenarnya ibu keberatan hendak bermusafir tanpa suami, lagipun memang kurang membuat persediaan. Namun suami ibu beri motivasi "adinda pergilah... dan cakap sahaja apa yang ingat walaupun tak cukup persiapan..." pujuknya. Selepas sahaja suami memujuk begitu, Alhamdulillah hilang segala rasa serba salah. Ibu rasa amat beruntung kerana suami amat memahami kerjaya utama ibu kini walaupun jauh, doa dan redhanya amat ibu harapkan. Redha Allah bersama redha suami, bagi para isteri.
Bagi anak-anak, redha Allah bersama redha ibu bapanya. Dan alangkah beruntungnya suami kerana semua anaknya juga memahami kerjaya utama ayahnya adalah dakwah dan tarbiyah walaupun fizikalnya nampak uzur. Alhamdulillah Allah limpahkan rasa yakin, bahawa DIA akan tolong walaupun tanpa suami di sisi. Setelah membaca satu halaman Al-Qur'an sahaja, segalanya terjawab, keyakinan semakin mantap agar ibu teruskan jihad untuk melahirkan lebih ramai pendidik yang memahami Deen Allah di Johor sana...
Ibu amat bersyukur semua anak cucu faham, jika ibu tak keluar bilik, bermakna sedang beruzlah mengaji buat persiapan untuk mentor mentee/halakah atau menulis. Bila ibu letih sangat terpaksa tidur@istirehat. Kudrat 'orang tua' tak macam dulu lagi boleh buat 5-10 kerja dalam satu masa. Setakat ini ibu hanya mampu sekadar menjaga kebajikan ayah kalian, tidak lebih dari itu. Bersyukurlah nanti Allah akan tambah nikmat, Jika banyak komen dan komplen, itu kufur nikmat namanya, azab Allah amatlah pedih.
Justeru itu kekalkanlah status 'mar'atus solehah' kalian menepati ciri-ciri wanita solehah seperti dalam Surah At Tahrim ayat 5 yang bermaksud;
"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)
Rujuk Tafsir, cuba fahami maksud tersurat dan tersirat, siapakah yang Allah maksudkan dengan istilah dan konsep;
i. Muslimat
ii. Mukminat
iii. Qonitat
iv. Taibat
v. Abidat
vi. Saihat
Himpunan dari 6 ciri di atas sudah cukup menjadikan kalian semua sebaik-baik perhiasan dunia lebih baik daripada bidadari di syurga. Maratus solehah yang musleh sentiasa bermanfaat bukan sahaja untuk keluarga, bahkan untuk ummah sedunia. Semoga Allah sentiasa mendidik, mengasuh dan memproses ahli keluarga sampai ke anak cucu hingga hari kiamat cenderung memahami Deen Allah.
Ibu harap selepas ini ayah tidak mengulang lagi menyebut dengan penuh dukacita "depa tak faham". Perasaan seorang ayah yang terlebih dahulu makan asam garam dan banyak pengalaman amat sensitif dan mudah terasa jika ada 'silent critics'. Cuba fahami apa yang ayah kalian maksudkan. Syurga sedang menanti bagi mereka yang sabar untuk memahami. Lawan segala bisikan syaitan itu dengan keikhlasan untuk memahami minat utama ayah mengajak masyarakat memahami Deen Allah yang syamil, kamil dan mutakamil sekadar kemampuan yang Allah izinkan. Jika tidak mahu memahami, memang sukar untuk kita saling berkomunikasi. Diam adalah lebih baik.
Comments
Post a Comment