Selepas 2018, Allah Aturkan Agenda Yang Terbaik, Ins Sha Allah

Tinggal beberapa  hari sahaja  lagi tahun 2018 meninggalkan kita. Benar kata Imam Ghazali  dalam teka tekinya "apakah yang terlalu jauh dari kita?"
Jawapannya adalah 'masa lalu' 
Kita tidak boleh kembali ke masa lalu walaupun naik jet paling laju sekalipun. 
Yang ada hanyalah kenangan iaitu kenangan pahit  dan manis berada di dalam 'mehnah dakwah dan tarbiyah'. Ibu amat  yakin dengan janji Allah bahawa  hanya Taqwa  dan kesolehan  ibu bapa  yang menjamin keselamatan  akidah anak cucu cicit  hingga  hari kiamat kelak. justeru itu amat perlu kita istiqomah  berdakwah dan mentarbiyah diri dalam  jamaah  hingga akhir hayat...Alhamdulillah  syukur ke hadrat  Allah SWT kini  ibu berada  di lubuk D&T dan masih mengaji input   yang menurut Murabbai, UAHO "input ini tiada di universiti mana sekalipun."



Agenda paling  menarik Allah aturkan buat ibu, menjelang tahun 2019 adalah idea  membumikan Kaunseling Rabbani dan Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga melalui slot 'Psikologi Pendidikan Kanak-Kanak.' Idea 'Win-win berpaksikan Tauhid' ini  bukan dari  ibu tetapi dari 'team work win-win' yang telah lama mengenal potensi yang Allah kurniakan. Jazakumullahu khyran kathira kepada semua ALP dan staff Korahmah dan SRATTI secara tidak langsung telah mengilap  potensi dan memberi kepercayaan agar ibu dapat membantu men'tarbiyah' staff taska, tadika dan Staff  SRATTI  (Sekolah Rendah Agama AtTrbiyah Al Islamiyah). Ibu hanyalah 'alat' menyampaikan risalah dakwah dan tarbiyah Rasulullah SAW yang Allah taklifkan secara  bertahap dan perlahan-lahan, ikut kemampuan. Tiada daya dan kemampuanku hanya dengan izin Allah SWT. 

Bermula tahun  2018, ibu hanya focus mentarbiyah staff Taska.  Harapan mereka agar  ibu bantu buat program untuk ibu bapa sekali. Ibu mohon kemaafan kerana  tidak mampu dan berharap ada pihak lain yang  boleh focus  bidang tersebut, khususnya di kalangan  ibu bapa muda  sekarang, alangkah bagusnya jika  mereka ada kerendahan hati (tawadhuk) kerana  mereka sangat mengharapkan anak-anak menjadi soleh dan solehah..

Dalam membantu  team work  di utara, ibu tidak boleh lupakan team work, teman 'win-win'  ibu di Johor. Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula  tempat  awal ibu mendapat tarbiyah. Ahli keluarga terdekat dan sahabat karib di Johor dan zon tengah juga perlukan input melahirkan  'insan Rabbani' sejak di awal usia 0-6 tahun. Kerjaya utama inilah yang amat membahagiakan ibu walaupun berulang alik setiap bulan  atau dua bulan sekali  dari utara-zon tengah-selatan. 

Sebenarnya  yang membahagiakan kita hanyalah Allah kerana  niat  untuk menolong Deen-Nya. Ibu selalu dinasihatkan agar tidak meletakkan  sebarang 'demand' (permintaan) dari segi keewangan atau kebendaan. UDMZ pernah  ingatkan UOHS suatu ketika dahulu "Dakwah kita ini memang lambat dan nampak lemah tetapi sebenarnya  kita  kuat"  Kekuatan kita  berpaksikan akidah@Tauhid@ iman. Mewarisi  dakwah para  anbia, di dalam Al-Qur'an berulang-ulang kali disebut balasan yang terbaik hanyalah dari Allah. Kita  kejar  akhirat, dunia  akan mengejar  kita. Ins Sha Allah...

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil