Dah Tua?

Tajuk 'dah tua' ini menyebabkan ibu tergelak kecil terkenang Maher cucu dari Johor menumpang Tadika di sebelah rumah. Ketika mana ibu ceritakan 'sakit kaki' dan bawanya turun dari tingkat atas...ketika mana memahamkannya keadaan ibu, tiba-tiba dia mencelah..."dah lah tua..." Memang benar-benar  dia faham, lantas menyedarkan tok ibunya sudah tua. Memang kelakar  cucu seorang ini, selamba sahaja dia  berkata-kata. Kekuatannya adalah sangat tegas dengan pendiriannya. Kelemahannya  menepati fitrah seorang  kanak-kanak begitulah hakikatnya

Budaya mengadu sana, mengadu sini biasanya menjadi amalan kanak-kanak atau mereka yang masih  berfikiran  kanak-kanak walaupun zahirnya sudah dewasa dan sedang menuju usia tua. Keadaan ini lebih terserlah menjelang  pilihanraya tidak lama lagi.  Bendera  parti pemerintah dan parti-parti  lawannya mulai berkibar di sana  sini walaupun Parlimen masih  belum dibubarkan. 

Bekas  PM terkenal  suatu ketika  dahulu, kita  sudah berusia melebihi 90 tahun juga  cuba menyatukan parti-parti pembangkang  untuk  menjatuhkan UMNO dan BN.  3 'Ta' masih menjadi alat memerangkap kita menyimpang  dari jalan kebenaran. Apakah 3 ta itu? Inilah yang sering  ditubikan ketika peringkat  awal kami mendapat tarbiyah iaitu menjauhi perangkap '3 Ta' iaitu  Harta , Takhta  dan Wanita. 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil