Nikmat Menangis

Dalam daurah murabiyyah bulanan terkini, timbul satu persoalan tentang sedih dan menangis.
 1. Adakah sedih itu tanda kita tidak redha?
2. Jika tidak menangis ketika berdoa, adakah itu tanda kita angkuh?



Murabbi memberi peluang kepada sahibah-sahibah menjawab soalan  pertama.
Ada yang menjawab, menangis itu fitrah menjadi ibadah jika kerana Allah. Yang penting menangis tidak menyalahkan sesiapa. Menangis kerana dosa-dosa diri atau diri rasa lemah berhadapan dengan ujian dan sangat mengharapkan pertolongan Allah.

Ibu diberi peluang menjawab soalan kedua. Sebenarnya menangis itu nikmat kurniaan Allah. Penilaian Allah bukan pada mata zahir, tetapi pada mata bathin (mata hati nurani) .Jika kedua-dua mata zahir dan bathin dapat peluang menangis ketika bersujud, Masya Allah, alangkah nikmatnya...
Angkuh itu bila kita tak berdoa. Berdoa tetapi tidak menangis, bukanlah angkuh sebab mungkin jiwanya menangis dan merintih kepada Allah. Wallahu alam.


Surat Al Isra Ayat 109
 وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا 
Maksudnya : Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.

Daam ayat  ini, Allah SWT  menerangkan  bahawa orang-orang yang diberi ilmu itu bertasbih, iaitu mengucapkan  lafaz Subhanallah ketika sujud sebagai tanda  syukur dan berterima kasih kepada Allah. Mereka menyucikan Tuhan daripada sifat-sifat yang tidak patut bagi-Nya, seperti memungkiri janji-Nya kepada  umat manusia  untuk mengutus seorang Rasul. Mereka juga  mengatakan bahawa sebenarnya  janji Allah  telah datang dan menjadi kenyataan. Ayat ini menunjukkan  kebaikan  membaca tasbih dalam sujud.
Aisyah ra berkata;
"Rasulullah SAW banyak membaca dalam sujud dan rukuknya, "Subhanaka Allahumma Rabbana Nusabbihu bihamdika Allahummaghfirli" (Maha suci Engkau  Ya Allah, Tuhan kami. Kami bertasbih dengan memuji-Mu ya Allah, ampuni aku) ~ (hadis riwayat Muslim)

Orang-orang diberi ilmu menelungkupkan muka dan bersujud kepada Allah sambil menangis disebabkan perasaan takut   kepada Allah dan syukur di atas kelahiran  rasul yang telah dijanjikan.

Rasulullah bersabda; "BacalahAl-Qur'an  dan menangislah. kalau kamu tidak boleh menangis, maka berusahalah supaya dapat menangis" (HR tarmizi drp Saad bin Abi Waqas)

Rasulullah SAW bersabda;
"Dua mata yang tidak disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang berjaga malam hari di jalan Allah (berjihad) (HR Tirmizi drp Ibn Abbas)


Surat Maryam Ayat 58
 أُولَئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ مِنْ ذُرِّيَّةِ آدَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَا إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا
 Maksudnya : Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israel, dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. 

Kesimpulannya daripada semua di atas,  Keengkaran  atau keimanan manusia kepada Al-Qur'an tidak akan sesekali  menjejaskan keagungan Allah.



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil