Tajuk 'Happiness'?


Sekembali  dari  Johor/Melaka 3 Mei lalu, Alhamdulillah, Isnin 1 Ramadhan bersamaan 6 Mei, ibu ikuti seminar persiapan PhD kedua di Jitra. Ibu disarankan oleh penceramah agar mencari tajuk berkaitan 'happiness' dalam Islam sebagai permulaan membuat proposal. Dalam perjalanan, ibu mohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan-jalan. Menarik tajuk itu jika dikaitkan dengan doa  yang ibu share semasa seminar di Tangkak.  

Alhamdulillah, Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah kami diundang  oleh pelajar-pelajar Matri ikuti majlis  hari guru  semalam, Khamis 16 Mei 2019. Temanya amat menarik, merujuk pepatah Arab    لو لا  مربي  ما عرفت  ربي 

Maksudnya : Kalau bukan kerana  guruku, tidak akan ku kenali Tuhanku 
Tema peringkat  kebangsaan :"Terima  Kasih Guru"
Ibu sangat tertarik  dengan pilihan semua pelajar siapakah  guru  paling perihatin dan  siapakah guru  yang paling penyayang di Matri. Ada juga pilihan guru penyabar, periang, tegas  dan sebagainya. Kenapa ibu tertarik dengan guru paling perihatin dan penyayang?. Kedua-duaanya  adalah pasangan suami isteri. Suaminya memang sangat prihatin manakala isterinya  memang seorang yang penyayang. Apa tidaknya, anak saudara ibu yang menangis terisak-isak rindu nak balik Bintulu  tahun 2017 (ketika itu belum baligh), dipeluknya bagai seorang ibu. Terus budak itu nak belajar di Matri sampai peringkat khassah (tingkatan 6). Bukan pelajar-pelajar sahaja  akui, bahkan penduduk Tunjung, termasuk  ibu amat mengenali pasangan suami isteri  ini memang perihatin dan penyayang. 

Mereka  adalah di antara 'model' hasil atau produk tarbiyah  Madrasah Rasulullah SAW  di Matri (bekas pelajar Matri tahun 1980an). Aset Matri bukan setakat  pasangan suami isteri ini sahaja, bahkan mereka berdua telah melahirkan  6 anak yang juga memiliki sahsiah yang menyejukkan mata kita yang memandangnya. Anak pertamanya belajar bidang pengurusan dakwah di salah sebuah IPT awam di Bangi, manakala  anak keduanya lelaki dipilih menjadi ketua umum Matri sesi  2019. Adik-adiknya  lebih beruntung lagi kerana  siibu mentarbiyah mereka agar  mencintai Allah, Rasul dan sentiasa  dekat  dengan Al-Qur'an. Anak yang kecil darjah satu dan tadika, sudah dilatih menyalin ayat Qur'an dalam keadaan ceria dan santai. bukan dipaksa. Sukar  kita  nak temui murabbi dan murabbiyah segigih ini  dalam alaf siber ini, sentiasa  bermanfaat di rumah dan di mana sahaja  mereka  berada."  Apabila  mereka  sentiasa  akrab dengan Al-Qur'an, Allah angkat darjatnya  dan membahagiakan mereka. Alhamdulillah.

Kenikmatan terbesar terhadap  Al-Quran adalah ayat Qur'an  yang ayatnya bermula dengan Hamdallah. Kalau kita ada nikmat tetapi tidak merasai kenikmatan, maka kita akan kesali setelah ia pergi. Nak bahagia  tak perlu keluarkan wang. Cukup  kita  mengenal Allah dan sentiasa dekat dengan Al-Qur'an. Alhamdulillah kesan sharing  di Tangkak, Allah izin hingga kini  masih  terngiang-ngiang  doa itu  untuk diamalkan. Masha Allah, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam mengajarkan  doa inilah  yang  membahagiakan kita.Doanya seperti berikut: Daripada  Abdullah  Ibn Mas'ud, Rasulullah berkata;

.اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجَلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي


ِ


Maksudnya:

" Wahai Tuhanku,  aku inilah hamba-Mu, anak dari dua orang  hamba-Mu (seorang lelaki dan seorang perempuan),  ubun-ubunku ( gerak fikiran dan  perasaanku)  di tangan-Mu, berlakulah  atasku hukum-Mu, adil atasku ketentuan-Mu (qada-Mu).
Aku bermohon dengan segala nama yang Engkau  punyai, yang Engkau  namakan diri-Mu dengannya  atau nama yang Engkau turunkan  pada kitab  Engkau  atau nama  yang Engkau   tunjukkan  kepada salah seorang makhluk-Mu, atau nama yang Engkau  pegang rahsianya  dalam ilmu ghaib-Mu. Aku bermohon dengan segala nama itu , supaya Engkau  jadikan Al-Qur'an  jadi musim semi (bunga) @ siraman qalbuku , cahaya di dadaku, jadi penghalau (penyingkap) dukaku, menghalau (pengusir)  gelisah  dan keluh kesahku."            (Dari Hadis Riwayat An-Nasai, Ibn Hibban, Al Hakim dan  At-Tarmizi) 

Taddabur doa ini; 
Tidaklah  seseorang mengalami kesedihan , apabila membaca doa ini, pasti Allah gantikan dengan kebahagiaan. 
Orang miskin  berharapkan dapat harta, apabila dapat harta tidak berhenti , akan cari lagi setelah kaya.
Orang yang sakit mencari kesihatan, bila sehat  masih mencari sesuatu setelah sehat. 
Orang yang tidak ada anak akan berusaha  mencari ikhtiar  dapat anak. Sifat material (harta) samada  harta, anak, sihat dan sebagai hanyalah perantara mencapai ketenangan  jiwa. Orang miskin lebih bahagia daripada orang kaya...
Bahagia di hati, kesenangan di jiwa. Inilah puncak keperluan iaitu  Al- Qur'an.
Pasti akan Kami (Allah) beri kehidupan yang taiyyibah ( yang baik), bukan nak jadi kaya, ada pasangan.
Kalau orang yang sedang bersedih, tak perlu doa minta Allah hilangkan sedih, cukup berdoa dengan doa, Allah gantikan dengan bahagia. dengan doa tersebut  Allah  gantikan dengan bahagia. Mana lebih baik Allah hilangkan sedih sahaja? atau Allah gantikan dengan bahagia?

Semua kata dalam doa ini mohon Allah gantikan dengan bahagia...
Teks wahyu,  
Orang yang mengalami  kesulitan yang  besar , disarankan baca kalimah syahadah, 

tak ada permintaanpun...
Doa ini  terbahagi kepada  dua bahagian: contohnya  Al Fatehah (Pembuka)
Mukadimmah ; pengakuan  dan pujian
kedua : permintaan

Fokus  kepada  isi permintaan
Ya Allah jadikanlah Al-Qur'an sebagai  rabia qalbi ( sebagai musim semi di hatiku)
Rabi' jenis  hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Ada hujan yang tak boleh menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ( di akhir zaman). Kita minta  agar Allah tumbuhkan hujan air  yang menumbuhkan di dalam hati kita. kalau air hujan turun ke bumi dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Jika Al-Qur'an di hati akan menjadi musim  semi, bukan sekadar di telinga, atau dibaca atau dihafal.
 Qur'an menumbuhkan  Iman di hati kita bahkan  menumbuhkan apa sahaja kebaikan
jangan jadi umat terdahulu tak manfaatkan kitab seperti keldai 

Doa ini  membahaskan tentang fungsi Al-Quran. Jika ingin bahagia, dekat atau akrabkan degan Al-qur'an. Musim semi nyaman, indah, bunga , warna  warni, indah , menyenangkan 

Wa Nura  Sabri = cahaya di dalam dadaku , Nur  yang terang menghilangkan kegelapan. Kita minta  cahaya itu  sumbernya  dari Al-Qur'an. Allah  adalah  cahaya  bagi langit dan bumi. Cahaya Allah di dalam wahyu-Nya (al-Qur'an). kalau  sudah  matahari, matikan cahaya ciptaan Allah. kalau anda tidak matikan cahaya  ciptaan manusia  setelah mendapat cahaya  Allah, maka anda tidak cerdas. inilah solusi, dari Allah. Tak perlu cari solusi lain.  Jika  masih tak hargai  cahaya  Allah. maka manusia itu masih angkuh dengan cahaya buatan sendiri.  yang kita  minta  adalah cahaya yang paling utama iaitu al-qur'an agar  menjadi  'Nur  sabri' 
Musim semi di qalbu, cahaya  di dada? why?
qalbu  itu ada di dalam dada
Ibn Taimiyah: "Mana  yang akan tumbuh?  Di qalbu sahaja  turun al Qur'an. Cahaya menyebar bukan hanya  di hati tetapi menerangi semua dada kita"

Apabila  musim semi di qalbu dan cahaya  sudah menyebar...
Minta  hilangkan kesedihan
Tersingkapnya  kesedihanku 'Huzni'
Dua kesedihan '
Orang  yng bersama Al-Qur'an ., ketiga-tiga  kesedihan  ini tak boleh ada  dalam dirinya. kita  minta  pada Allah  hilangkannya. 
Orang beriman  itu tidak takut dan tidak sedih
Huzni  adalah  kesedihan atas peristiwa yang telah berlalu. Apa manfaatnya  kesedihan yang diingati setelah bertahun-tahun?
Hammi? Ghammi?
Hammi  adalah kegundahan atas peristiwa akan  datang (belum terjadi), was-was, khuatir...
Ghammi adalah kesedihan  yang terjadi sekarang samada yang kita ketahui atau tidak ( kadang-kadang kita rasa hati tak nyaman..)
Ibn Sirrin : suatu  hari dia rasa kesedihan, dia  tak tahu puncanya. Doa apa yang aku lakukan hingga  menyebabkan rasa tak enak.. Baru teringat  dia buat dosa  20 tahun yang lalu..." Sedih yang disyukuri, kerana ada dosa-dosa yang  Allah ampuni dengan kesedihan.
Jika sedang sedih, jadikanlah peluang  mendapat keampunan dari Allah

ketiga-tiga  kesedihan ini hilang apabila membaca  dan taddabur  Al-Qur'an

Al-Qur'an bahas tema  kesedihan:
Contoh, tanya kepada  para profesional bahawa penyakit  fizikal manusia  seperti sakit jantung, strok dsb bukan hanya kerana  makanan dan kurang istirehat tetapi banyak berpunca dari masalah jiwanya yang  tidak terkawal menyebabkan timbulnya penyakit. Kenapa muncul? Kerana  kehidupan itu  tidak ada bahagia. yang ada  huzni, hamm dan ghamm...
Bahagia itu jadi mahal kerana  kita menolak kebahagiaan yang Allah berikan  secara  percuma. kita mencari bahagia yang sulit dan mahal. Antara  cahaya bulan dan lampu, mana lebih murah? Matikan  cahaya  buatan manusia dan lihatlah indahnya  cahaya  bulan dan bintang...

Al-Qur'an  mengangkat  kata sedih  dengan  kata 'Hazn' kadang-kadang 'Huzni'
Kisah Nabi Yaacob  yang buta gara-gara sedih. Sebabnya  'huzni' dan 'kazim' (kemarahan  yang disembunyikan  dalam  dirinya). Sedih kerana anaknya Yusuf hilang, kedua Bunyamin.  Kemarahannya  berpunca  dari ketidakjujuran anak-anaknya yang lain berbohong (sedih  yang menimbulkan kemarahan), kesannya  adalah dosa.  Nabi Yaacob tahu  anaknya  Yusuf masih hidup. Hazn adalah kesdihan yang amat berat, terjadi dan boleh  berakhir. Kesedihan ini  amat berat  bagi  Yaacob, apa lagi juga kehilangan  Bunyamin. Setelah bertemu kedua-duannya  dia boleh melihat kembali. 

Semoga  Allah kumpul kita semua dalam syurga, bersantai  dan bahagia, saling bercerita. Orang masuk syurga tidak ada kesedihan. bercengkerama  dan bernostalgia... 
alhamdulillahi lazi az abalnal hazn ( segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala  kesedihan..) dunia  ini hanyalah persinggahan untuk ke syurga.
Naik ke puncak gunung, akan bercerita  perjalanan  naik gunung..
al hazan dalam surah At Taubah...orang hendak ikut perang  tabuk, keadaan Muslim dalam kesulitan. kenderaan tak cukup  seekor unta  digilir-gilir..
Ada  sekumpulan mukmin nak ikut tetapi  tak ada  kenderaan...mereka  pergi dalam  keadaan sedih (hazanan) Sedih jika  tak berpeluang atau hilang kesempatan buat kebaikan atau  berjihad.

Hazan ahli syurga  adalah kesedihan yang telah berlalu  dan ringan...( fathah~ buka)
Hazan nabi Yaacob  ( zai di dhammah~ mencengkam) 
Abdullah Ibn Abbas- pakar Tafsir tafsirkan  Qur'an dengan 4 cara: huruf, baris, harakat dan kalimah.

Hazan dalam surah at taubah (sedang sedih) dalam perang  Tabuk (kesedihan yang memanjang) bahkan mungkin apabila sakratul maut, sedih itu mungkin tak akan hilang hingga  akhir  hayat. Apabila  Muslim pulang dengan kemenangan , kesedihannya  bertambah lagi... Kesedihan itu dapat  pahala.

Tafsir Tematik (sangat bermanfaat sekarang), menghadirkan solusi baru untuk  zaman kita hari ini.  Sejak  ibu hamil sampai  kita bincang di syurga. Allah kisahkan tentang Maryam hamil dalamkeadaan sedih "ala tahzani, makanlah kurma  itu. Makanlah, minumlah, dan bersenang hatilah kamu..." (jangan bersedih...) bahaya ibu hamil bersedih, potensi  kelahiran bayi  cacat.
Allah  dah siapkan kepada  kita  bahagia  percuma tak perlu  beli...
jangan bersedih la tahzan, la yah zanu. 

Say ' No'  before  Sad







Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil