Nikmatnya Taman-Taman Syurga

Gaza dibedil bertub-tubi oleh Regim Zionist laknatullah. Anak-anak, kaum wanita dan warga emas yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jika ibu tidak istiqomah teruskan program taddabur Gema Fajar, kemungkinan besar persepsi ibu sama seperti ibu-ibu lain "kenapa Allah tidak binasakan sahaja puak Zionist itu!!!"

Syukur Alhamdulillah, berbekal dengan sedikit kefahaman hasil menjadi juru baca buku-buku taddabur, terbayang masa depan para mangsa sangat membahagiakan di sisi Allah SWT. Mereka berombongan berbondong-bondong masuk syurga tanpa hisab. Subhanallah, ibu bayangkan bedilan bom bertub-tubi itu seperti sebuah pesta mereka dijemput oleh malaikat rahmat menghadap Allah tanpa sebarang penderitaan lagi. Mereka semua sudah siap menunggu kematian yang merupakan satu perjalanan menuju alam abadi menuju Kekasih yang sedang merindui mereka.

Allah izin sepanjang minggu ini kami bertadabur surah Zumar yang bermaksud berombongan samada menuju ke destinasi Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa. Manakala golongan yang zalim berombongan masuk neraka kerana mensyirikkan Allah, bahkan mendustakan hari akhirat.

Alhamdulillah, nikmat kurniaan Allah ini wajib disyukuri dengan aktifkan kerja-kerja Islam yang tidak akan pernah habis.  Allah tarbiyah ibu, abaikan sahaja jika ada sampah-sampah atau toksid-toksid yang bertali arus menganggu fokus menuju ke destinasi yang abadi. 

Rakan seperjuangan ibu dalam Gema Fajar sering menyebut ibu sentiasa iltizam dan insijam tanpa jemu bersemangat meneruskan taddabur tanpa henti. Hazamin fadhli rabbi. Semua adalah anugerah dari Allah SWT. 

Ada Sejarah yang sangat menyedihkan yang memotivasi ibu terus menerus gemakan suara setiap pagi membacakan buku tafsir Qur'an. Ibu sangat rindu hendak balik kampung di akhirat...

Tahun 1990, ibu menjalani pembedahan telinga kanan buat Kali kedua. Tampal gegendang yang bocor. Sebelum dibius, Doktor Badrul, pakar bius ingatkan ibu doa dan baca ayat-ayat Qur'an tanpa sedar tiba-tiba roh ibu dibawa ke suatu tempat yang menawan hati ibu untuk masuk ke sana. Ibu merayu beberapa Kali sampai menangis teresak-esak hendak masuk tetapi terhalang. Lama juga dapat lihat sahaja alam yang serasi dengan fitrah ibu, diiringi dengan tangisan tanpa henti merayu-rayu nak masuk...

Tiba-tiba nama ibu dipanggil "Norlida, kenapa menangis?..." ibu terkejut, rupanya pembedahan sudah selesai. Masuk jam 11 tengah hari.  Dalam keadaan mamai ibu terdengar suara Azan. Ibu Tanya sahibah yang melawat, Azan apa tu?. Sahibah pertama yang datang ziarah ibu  jawab "Azan Asar."

Kerana rindu hendak ke 'sana' ibu berhajat sisa-sisa umur ibu akan ibu wakafkan untuk kerja-kerja Islam. Alhamdulillah ramai yang faham dan berikan moral support. Yang Masih belum nak faham, ibu tak mampu nak fahamkan , biar Allah uruskan mereka hingga faham secara sukarela sebelum dipaksa dengan musibah yang bertub-tubi.


Syukur Alhamdulillah, walaupun ibu sudah bersara, namun kerja Islam tidak mengenal erti pencen. Impian ibu nak jadikan rumah ini sebagai Taman-Taman Syurga, Allah permudahkan dan realisasikan sejak bilik kaunseling ibu siap tahun 2017 lagi. Sekarang jadi wad VVIP suami ibu. Namun aktiviti Taman-Taman Syurga diteruskan juga, semuanya dengan pertolongan Allah SWT jua.

Di Palestine sudah mendarah daging jihad dengan nyawa untuk membebaskan tanah air umat Islam dari Perompak antarabangsa, Zionist laknatullah. Kita di sini baru bertatih melaksanakan jihad menyebabkan ilmu atau fikrah Islam yang syamil, kamil dan mutakkamil. Semoga kami di sini juga dapat ganjaran pahala jihad melalui dakwah menjelaskan antara Tauhid dan Syirik, antara Haq (Islam) dan Batil (selain Islam), antara Taqwa dan fujur.

Dalam mentaddaburi surah Al Ghafir@Al Mukmin, Allah kurniakan hikmah dapat kaitkan dengan isu semasa, pentingnya keberanian menampilkan diri dalam gerak kerja dakwah. Puas juga ibu disindir oleh peng'hasad dengki' seolah-olah ingin mematikan semangat untuk istiqomah dalam rutin Gema Fajar. Sekali sekala termakan juga  toksid mereka...Hawa nafsu cenderung nak istirehat saja macam dulu. 

Memikirkan bekalan yang hendak dibawa pulang ke alam akhirat macam cetek lagi, ibu berdoa agar Allah kurniakan  Mukhlasin ditetapkan hati ibu untuk teruskan juga, dan abaikan saja mereka yang hasad dengki tu. Orang Perlis habaq 'biaq pi depa', bahasa Johor lagi keras bahasanya 'gasak le engkau, nak kata apapun kata lah!' Jika dilayan, semua kerja tak menjadi. Bagi ibu, cukuplah jika suami Redha. Redha Allah bersama Redha suami. InshaAllah. Suami ibu selalu pesan "Kerja Islam memang tak akan habis sampai kiamat. 

Inilah di antara Taman-Taman Syurga kami bersidang hampir setiap minggu di taman syurga UOHS. Kuwakafkan tempat ini untuk persidangan bagi halaqah yang memerlukan tempat ber'usrah' . Kereta Alzapun kuwakafkan untuk mengangkut anak-anak ber'usrah' asalkan ada pemandu yang sudi memandunya menuju ke taman syurga yang lain. Ini yang dapat kubantu suamiku selaku tuan rumah mendapat manfaat ganjaran Amal soleh berterusan yang bertali arus. 
Tahun 2015 ramai sahibah seronok dapat hadir ketika dijemput ber'usrah' di rumah kami "ini first time dapat tengok dalam rumah UOHS. Sebelum ini kami mai kenduri dok luaq je." Ibu memang biarkan depa mai buat macam rumah sendiri sampai cuci pinggan masing - masing di dapur.



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil