Ingatan 1st Class

 Bismillahi Rahmani Rahim

Segala puji-pujian milik Allah yang memiliki sekalian alam bermula dari alam roh, alam Rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhirat , malah memiliki Syurga untuk dikurniakan kepada hamba-Nya yang taat serta patuh. Manakala neraka untuk mereka yang mensyirikkan Allah, mendustakan Rasul,  membelakangkan wahyu Allah serta tidak percaya dengan hari kebangkitan.

Hari ini hari Rabu ibu dapat istirehat beberapa hari Memberi laluan kepada sahabat ibu dari Johor (ukhti Asnah) mentaddabur rumusan tentang labah-labah ( surah Al Ankabut) di samping taddaburi surah Abasa. Ibu cuma mempengerusikannya di samping mengulas di hujung program. Ibu rasa sangat lega apabila ada yang sudi membantu, kalau boleh lebih ramai, lebih baik. Syukur ukhti Asnah menawarkan diri, mudah-mudahan tidak lama lagi ada asatizah berumur 30-40 an bakal ambil alih tugas ibu apabila sudah sampai masanya kelak.

Masalah kebanyakan asatizah terlalu sibuk dengan agenda masing-masing hingga tidak ada masa langsung merutinkan aktiviti taddabur sebagai aktiviti utama setiap hari sepertimana keseharian Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat .

Pukul 3.00 petang  Rabu tadi ibu merancang buat usrah bersemuka. Tiba-tiba hujan lebat, terpaksa diganti dengan  usrah online. Pembaca Qur'an masuk lewat. Tiada  siapa yang bersedia membaca Al Qur'an. Alhamdulillah tergerak hati nak mengisi kekosongan. Ibu baca surah Al Ankabut ayat 41-43.

Hujung ayat 41, ibu tidak sangka suami ibu terdengar kesilapan ibu menyebut 'alimin'a sepatutnya 'alimun' yang bermaksud mereka yang berilmu. Subhanallah, dalam keuzuran dan memang mudah terlena, tak sangka suami ikuti Usrah hingga selesai lalu menegur kesilapan perkataan itu. Ibu dengar  kembali rakaman wassap voice. Masha Allah tabarakallah, memang ibu tersilap sebut dan tak berani nak kongsi  dan tak memviralkan rakamannya. Alhamdulillah ala kullihal

Sepanjang hari sejak Rabu lalu ibu rasa sangat bahagia. Abang dari Jakarta bersama isterinya serta 2 kakak, adik bungsu juga anak  saudara dan ayahnya ziarahi kami di Perlis . Rasanya seronok dapat pic nic sebelum Maghrib di taman hijau ruang terbuka di halaman rumah Sudah lama ibu tidak berpeluang dengar gelak ketawa seperti itu. Penting juga suasana menceriakan seperti itu sekali sekala. 

Anak saudara ibu, Imam Zul Ikram Amry juga turut serta...

Sesi pertemuan Allah aturkan tiba-tiba adik bungsu bertanya kenapa Allah jodohkan ibu dengan Ustaz Omar? Abang ibu pulak kata Ustaz Omar ni 'wali Allah tersembunyi'. Ikram pulak berpeluang berdua 



Pesan suami ibu kepada Ikram " anta Imam, manfaatkan mimbar beri kesedaran kepada ramai lagi orang Jahil di luar sana.

Ikram sempat memaklumkan beliau akan membantu Shahid Travel n Tours urus pakej Umrah. Jika itu lubuk rezekinya apa salahnya. Ada sejarah yang perlu dikenang sahaja agar menjadi iktibar buat Ikram dan anak muda yang melibatkan diri dalam business apa sekalipun. 

Hargailah  isteri pertama yang bersusah payah membangun keluarga sakinah mawwadah warrahmah. Jangan ada niat menyimpang menyebabkan termasuk dalam jerat-jerat syaitan. Asalnya pernah jadi MN Johor, oleh kerana nak kawin lagi Dan isteri yang lebih muda, sanggup tinggalkan tugas utama membangun ummah di Johor. Bahagialah di sana mengejar  dunia yang diimpikan tetapi tanpa disedari terkongkong dan tidak bebasa bersama sahabat seperti awal kami mendapat tarbiyah madrasah Rasullullah sallallahu alaihi wassalam. 

28 tahun hidup kami sakinah mawwadah warrahmah, tiba-tiba difitnah menyebabkan kami bercerai. Pendek kata dalam bahasa mudah 'sudah habis jodoh'

Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan ibu dengan kehidupan yang sentiasa mendaulatkan Al Qur'an selepas berhijrah ke Perlis tahun 2015.  Suami sentiasa di sisi menjadi sumber inspirasi agar teguh bertadabur Al Qur'an dan taddabur alam.
Radhitu billahi rabba, wa bil islamadina, wabi Muhammadin nabiya wa rasulla Move on!

Semoga kita semua diberikan keinsafan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah dengan Qalbun Salim dan mendapat husnul khatimah. Amiin Ya Allah Ya Mujib 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil